27 June 2010

Nasi Kerabu

Pagi ni yg tinggal kat rumah
hanya saya bersama hubby dan Tasha
mengubah selera,bersarapan kat luar
pilihan saya-nasi kerabu
sebenarnya sejak saya 'menjadi'
org kedah,dah 20 th
jika teringin nak makan
kuih muih,masakan kelantan
saya memasaknya sendiri
kerana jika dibeli kat luar
rasanya mmg tak sama dgn yg asli di kelantan
ada2 ja yg ditokok tambah,diubah suai



kata hubby,owner restoren ni org kelantan
dan rasa nasi kerabu ni mmh umphhh..
sebiji macam kt kelantan punya
cuma takde solok lada
barangkali kesukaran utk mendapatkan
lada/cili hijau utk membuatnya

ni rupa solok lada
nak kelihatan cantik,kukus
nak rasa lbh sedap,direbus sekejap bersama santan

ni lada/cili utk membuat solok lada
saya perhatikan,kat sini diaorg
buat guna cili biasa
kdg2 cili merah pun dia org guna..


dan ni pilihan Tasha-nasi dagang
dia memilih ayam goreng
gulai ikan tongkol utk nasi dagang ni pun sedap
post signature

22 June 2010

Langkah Demi Langkah

Ha..ni dia cara pakai tudung yg betul...
langkah demi langkah
(memunggah tudung sebenarnya)



jgn lupa pakai anak tudung


pin kan dgn brooch kat bawah dagu
alamakk...badan takde cutting la nak pakai kebaya



lipat ke belakang sebelah kiri..


pin kan...

jeng jeng jeng...dah siap..

dah sedia utk keluar
ikut mak pi dengar ceramah agama..
dok 5 minit...dah ajak balik..:)


alamak..kembang hidung bila di puji...

post signature

20 June 2010

Hari Bapa...???Hari Ayah...??

Kata mereka...
Hari Bapa @Papa@Ayah@Daddy@Walid
Disambut pada Ahad minggu ketiga
bulan Jun setiap tahun
Entahlah...saya tak pernah menyambutnya
kerana saya meningati Ayah
setiap masa,setiap hari..
Dalam Islam pun takde Hari Ibu/Hari Bapa dll...
kerana kita diwajibkan menyayangi
orgtua sentiasa..




(Ayah,Hj Yusoff Hj Yaakob)

Ayah,
Setiap kali memandang wajahmu
Hati ini begitu bersyukur
Hati ini begitu bahagia
Kedapatan seorang ayah sepertimu.

Ayah,
Kehidupanku serasa bermakna
Dengan titik peluhmu
Aku dan adik-adik mengenali dunia
Dengan kasih-sayangmu
Aku dan adik-adik mengenali bahagia
Dengan ilmumu
Aku dan adik-adik mengenali Allah Yang Maha Esa.

Ayah,
Aku tahu susah payahmu
Aku tahu deritamu
Aku tahu budimu
Semuanya kau persembahkan
Tanpa sedikit pun rungutan
Tanpa sedikit pun kemalasan
Demi membela diri kami sekeluarga.

Ayah,
Jutaan kasih dan penghargaan ku hulurkan
Buatmu yang sentiasa jerih dan perit
Sanggup berkorban segalanya
Hanya kerana keluarga tercinta.

post signature

18 June 2010

Bihun Singapore


Kenapa dinamakan bihun singapore
saya pun tak pasti (tak tau)
senang2 ja singapore dapat nama..:)
rojak singapore,singapore pie..

apa pun nak masak bihun ni
amat ringkas dan cepat
anak2 kecik suka makan kerana tak pedas



dan ini cili padi yg diblend bersama kicap masin


kalerful pulak bila dicampur carrot,sawi,kubis,taugeh dan cili merah
bahan dan cara memasaknya
saya pasti semua dah tau kan...

post signature

17 June 2010

Puteriku Nan Ayu....

puteri ayu..memang ayu
mmg sedap..samada utk sarapan atau minum petang
cara membuatnya pun tak sesukar mana




KUIH PUTERI AYU

Bahan-bahan:
3 biji telur
240gm gula
240ml santan
1 sudu besar esen pandan
Sedikit pewarna hijau...Gunakan air daun pandan asli pun ok.
270gm tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu kecil ovallette
Kelapa parut muda, digaul dengan sedikit garam dan sedikit tepung jagung

Car-cara:
1. Pukul telur dan gula hingga kembang, gunakan mixer.
2. Masukkan santan, ovallete, esen pandan, pewarna hijau. Putar dengan kelajuan rendah.
3. Sementara itu panaskan kukusan.
4. Sapukan sedikit minyak masak pada dalam acuan kuih.
5. Ambil kelapa parut muda yg telah digaul dgn sedikit garam & tepung jagung dan tekan padat ke dlm acuan.
6.Tuangkan adunan tepung ke dlm acuan dan kukus selama 15 min atau kurang. Jangan terlalu lama.





post signature

13 June 2010

Lappy Baru..........

Lappy dulu diangkut my son ke kolej matrikulasinya
pc pulak meragam...belum sempat hantar services lagi
maka...Nokia X6 saya jadi mangsa anak2 utk berinternet
dalam pada tak best,kecik...
depa dok pulun guna jugak...

maka dgn rela hati(?)
hubby angkat lappy baru-ASUS...
yg kecil molek...



boring ke menunggu.........?




dan acara wajib jika keluar-mengisi perut...

post signature

10 June 2010

Pulut Dakap

pulut dakap...
tak pasti pulak saya apa namanya kat tempat lain
tp kat tempat kelahiran saya,kelantan...
kuih ni dipanggil pulut dakap..
huhu sikit punya romantis apa...

nak buatnya tak la sesusah mana
yg perlu...rajin je..:)




memula masak santan yg diambil dari 2 biji kelapa
masukkan gula,garam dan daun pandan


kemudian masukkan beras pulut

yg telah direndam beberapa jam


ambil sedikit,ratakan diatas daun pisang


letakkan pisang yg telah dibelah dua
jgn gunakan sebarang pisang
kerana tidak semua pisang sesuai digunakan
saya gunakan pisang abu


kemudian balutkan pisang tersebut dgn lapisan pulut tadi
saya suka letakkan lapisan pulut yg tebal...


lepas tu...ikat elok2...
jgn terlalu ketat atau terlalu longgar.


ni sebelum dikukus..


dan ni pulak selepas dikukus...sedia utk dimakan...
tp lbh sedap makan lepas ia betul2 sejuk...
post signature