24 February 2016

WW :15 Jamadilawal

Hari ni 15 Jamadil awal
bulan mengambang penuh
cantik..indahnya ciptaanMU YA ALLAH

Selepas subuh gigih memacak tripod
didepan rumah
utk snap gambar bulan ni


فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
42. Maka nikmat Tuhanmu manakah yang kamu dustakan?

Astarghfirullahaladzim...
Ampunkan aku Ya ALLAH atas segala dosa yg pernah aku lakukan..

23 February 2016

Cafe Roti Bakar Landmark Kulim

waktu pagi..ketika Tasha dan Eleena kesekolah
saya dan Alia merayap ke Giant utk membeli sedikit barangan dapur
seronoknya..jalan lengang ja
kat dalam Giant pun tak ramai org lagi waktu pagi

Oleh kerana keluar rumah belum bersarapan lagi
perut dah mula berkeroncong

Sebelum ni tak nampak pun kafe ni kat Giant
oo..mengantikan restoren nasi ayam penyet rasanya

instant fried noodle
nampak ja sikit tp saya terpaksa 'meminta' Alia habiskan

konsepnya ala2 Oldtown White Coffee

3 set roti bakar
sepinggang mee
2 gelas air
RM38...

22 February 2016

Resepi Daging Goreng Kunyit

Ni resepi dari Kelantan
daging goreng kunyit
boleh dimakan dgn pulut kuning
nasi impit atau ratah mcm tu ja

bahan2nya pun simple ja

-sekilo daging batang pinang
dipotong nipis2..basuh dan toskan

-2 labu bawang besar-potong bulat
-3 ulas bawang putih 
-seinci halia
-sedikit serbuk kunyit
-beberapa sudu sos tiram

Rebus daging bersama 2 cawan air
masukkan serbuk kunyit dan halia yg dipotong nipis
biarkan hingga kering airnya

lepas tu masukkan minyak masak
dan masukkan pula bawang putih yg dimayang/ditumbuk

kemudian masukkan sos tiram
tak perlu masukkan garam jika mengunakan sos tiram
masukkan bawang besar,cili merah
nak masukkan beberapa bji kacang panjang yg dipotong pun boleh jugak

siap...

21 February 2016

Tiba-Tiba Dapat Hadiah Rexona

Kelmarin saya menerima hadiah mengandungi
2 botol Rexona
Tertanya2..sapa yg memberinya?
Seingat saya..saya tak pernah join mana2 GA 
Satu utk lelaki dan satu utk wanita



Nak kata hadiah dari WOOP
tak jugak sbb saya belum Redeem
saya punya points



mungkin hadiah dari mana2 survey yg saya join
entahlah..banyak sangat yg saya join..sekadar suka2
malah dah beberapa kali jugak terima hadiahnya

15 February 2016

Resepi Sayur Pak Choy Goreng

Azam nak update blog setiap hari tak tertunai
dgn batuk yg masih bersisa
anak2 pun batuk2 jugak dan selesema

tinggal bertiga ni 
saya cuma masak yg simple2 ja
lagipun budak 2 org tu 
jarang makan sayur



Pak Choy Goreng

3 batang sayur pak choy
leraikan dan rendam dalam air
(tak payah dipotong)

rebus air hingga mendidih
masukkan sesudu minyak masak
(supaya sayur kekal hijau)

celur lbh kurang 2 minit
siramkan air sejuk dan toskan
susun dalam pinggan

3 ulas bawang putih dicincang
3 sudu sos tiram
sesudu kicap manis
 sebiji cili merah

panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan
masukkan 2 sudu air yg digunakn utk mencelur tadi
lps tu masukkan sos tiram serta kicap
tuangkan keatas pak choy tadi

tadaa..siap..


07 February 2016

Mee Udang Sungai Dua

Kata En suami
hanya ada dua tempatt mee udang yg sedap kat utara ni
satu kat Teluk Kumbar dan satu lagi kat Sg Dua

mula2 kena pilih udang dulu
berapa ekor nak
kami amik 10 ekor udang
harganya..??
rm92..huhu utk harga udang ja

tp terasa puas
kuahnya pekat,pedas dan terasa semua rempah2nya
dan yg paling penting 
 you can taste the prawn-ness in the gravy
Sedap  dan puas..


02 February 2016

Resepi Ayam Masak Bali

Assalamualaikum
Tuan blog baru ok dari batuk2..
huhu hampir 2 bulan  dok batuk2
segala petua diamalkan
ubat batuk habis sebotol
akhirnya ok jugak...alhamdulillah...

Ni resepi ayam masak Bali
dah jadi viral kat FB..
tp sebab takde selera makan...
dok tgk ja la kawan2 dok tayang

Bahan2: 
5 biji bawang besar 
8 ulas bawang putih 
1 inci halia
 1/2 inci belacan
(blend semuanya) 

 1/2 ekor ayam saiz sederhana, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan* 
1 camca teh penuh kunyit serbuk* 
3/4 camca teh garam*
(*disatukan, gaul rata dan perap sekejap) 

6 batang serai, diketuk
4 pelepah daun kari 
1 camca besar kicap lemak manis 
 1/3 cawan cili kisar
 1 camca besar rata gula (atau secukup rasa)
 Garam secukup rasa
1/2 cawan air

Car2:
 Goreng ayam tadi hingga hingga masak, tapi jangan sampai garing,
 Dalam kuali yang sama, cedok keluar minyak
dan tinggalkan kurang lebih 1/4 cawan minya. 
Tumis serai hingga harum,
 masukkan daun kari dan masak sekejap.
 Tambah bahan2 kisar halus dan cili kisar.
 Kacau rata, masak hingga garing dan naik minyak. 
Masukkan gula dan garam secukup rasa. 
Tambah ayam, gaul rata dan tuang air.
 Masak hingga pekat. 
 Akhir sekali masukkan kicap lemak manis, gaul rata dan masak sekejap
 Rasa dan jika ok boleh matikan api.