28 December 2019

Kecil Pemberian Tp Besar Maknanya

Musim cuti panjang ni
berderet2 panggilan kenduri
org kata musim gantung periuk belanga

Zaman dah berubah
dah jarang2 tuan rumah bg bunga telur
berganti dgn goodies bag
yg diisi berbagai jenis jajan

Saya seronok dapat kicap dan sos cili ni
walaupun botolnya kecil
tp besar kegunaannya

kicap tu dpt 4 botol
kenduri rumah besan

Sos cili tu dapat 3 botol
kenduri rumah jiran/ kawan
alhamdulillah..



27 December 2019

Sek Keb Keting,Sekolah Pertamaku..

Disini...langkah pertamaku mengenal dunia
Disini...aku mula mengenal A,B,C
1,2,3
Alif,Ba,Ta..

Dulu hanya sekolah papan
semasa saya di tahun 4,5
baru sekolah baru ni dibina
sempat la jugak merasanya..

Sekolah ni hanya sepelaung ja dari rumah
so waktu rehat sempat la curi2 balik rumah
bawak geng...

Dulu satu darjah satu kelas ja
dan masih saya ingat lagi nama2 kawan2
lucunya kebanyakannya berakhir dgn huruf H

-Kamsiah
-Rabiah
-Zahariah
-Zakiah
-Rogayah
-Rohaniah
-Salmiah
-Fadillah

Rindunya kenangan itu..

26 December 2019

Fenomena Gerhana Matahari Anulus

 Fenomena Gerhana Matahari Anulus merupakan peristiwa yang jarang berlaku
 Kali terakhir ia berlaku dalam negara kita adalah pada 22 Ogos 1998,
iaitu 21 tahun yang lalu di Mersing, Johor.

 Fenomena gerhana merupakan fenomena alam yang unik dan menjadi satu keajaiban khusus di zaman terdahulu kerana kejadian alam berubah dari keadaan yang biasa.

Apatah lagi jika gerhana matahari ia berlaku apabila bulan melalui antara bumi dan matahari dengan melindungi matahari.
 Bezanya pada Gerhana Matahari Cincin dengan Gerhana Matahari Penuh ialah daripada segi keadaan bulan yang melindungi matahari.
Pada model bumi sfera, dalam fonomena cincin, bulan tidak menutupi matahari sepenuhnya dan nampak seperti cincin.

Gerhana: Tanda kekuasaan Allah, bukannya khurafat 

 Dari perspektif Islam, kejadian fenomena alam seperti gerhana matahari juga pernah berlaku di zaman Nabi Muhammad S.A.W. Pada asalnya masyarakat jahiliyyah mengait kejadian pelik fenomena alam dengan kepercayaan khurafat seperti berhubung kait hidup dan matinya seseorang.









Dihari Kelahiranku

....selagi hidup belum sudah
aku akan terus melangkah
ku yakin rahmat buatku
dihadapan menunggu...


Dihari ulangtahun kelahiranku ini
ya..Alhamdulillah...
sudah 49 tahun menumpang dibumiNya
tiada apa yg kupinta ya Allah
berilah aku kesihatan yg baik
lanjutkan usiaku
peliharalah maruahku
limpahkan taufik dan rahmatMu pada
kami ya Allah..


25 December 2019

Sotong Kangkung

Saya adalah seorang pengemar sayur kangkung
tak kisahlah dimasak macam mana sekalipun
samada dimasak lemak putih,
dicelur buat ulam
digoreng 
ianya tetap membuka selera saya

Sayur kangkung juga boleh menurunkan
suhu badan

Yg ni sotong kangkung
kangkungnya tetap krup krap krup krap
walaupun dah dicelur

Lepaslah mengidam dok nak makan sotong kangkung

23 December 2019

Menu Simple2 Ja..

Saya tak da keinginan 
langsung nk makan ayam
daging,kambing

Mungkin sbb faktor usia kot
makin hari makin berkurang selera makan

Tp bila mengadap lauk pauk
yg simple mcm ni
habis jugak la sepinggan nasi
nasi mesti panas2..dan keras sedikit..

-telor masin
-kangkung goreng
-ikan rebus goreng
-gulai pisang muda campur bilis
-ulam dan sambal belacan 

21 December 2019

Gertak Sanggul,Balik Pulau,Penang

Semalam en suami cuti
so saya mengajaknya menjenguk
Alia di Penang
sambil membawa adik2nya tgk tempat kerja kakaknya
kebetulan Alia kerja syif petang

pondok ni kalau waktu ptg mmg meriah
dgn nelayan yg pulang menangkap ikan
angin menderu2...sejuk..
lengkap ada lipas angin lagi..
Oleh kerana saya baru baik dari demam
tak larat nk masak apa2 bekalan
so beli nasi kt sana sajalah

Malangnya nasi saya yg berlaukkan ikan grg,sayur grg
2 ekor udang,2 ekor sotong
tuan kedai tak bubuh sekali dlm plastik pulak
tertinggal la atas meja kt kaunter bayaran tu..


Jeti lama yg tak digunakan lagi

Tasha ni nk berposing tak kira 
panas 
lit lit...redah ja..

20 December 2019

Macaroni Goreng

Ini airtangan anak dara
si bongsu berusia 13 th tu
semasa dia  buat macaroni goreng ni
saya dh berhari2 takda selera mkn
5 hari,sebiji nasi pun tak tertelan

So Tasha tanya mak nk mkn apa
Tasha masaklah apa yg ada ,kata saya

Udang ,sotong,ayam..takda la mak
bubuh ja apa yg ada
fishcake,fishball


Tung tang tung tang
dia bawak kt saya sepiring

Tak sedap ke mak...tanya bila tgk saya tak sentuh pun
mak takda selera..nnt mak mkn la ya
kesian pulak kt dia
tp saya benar2 takda selera mkn..

19 December 2019

Rindu Itu Menyiksakan..

Percayalah...
rindu yg paling dalam
yg paling memeritkan
adalah rindu pada yg telah tiada

hilang dari pandangan mata
hanya kenangan yg ditinggalkan

Arwah emak dijemput ke sana pada bln 2,2002
ayah menyusul pulak pada 31 julai 2016

Alfatihah..
mak...anak2 cucu rindukan emak...

Pada anak2 yg masih punya ibu dan ayah
berbaktilah,sayangilah,hargailah mereka
sementara nyawa masih ada..

17 December 2019

Nostalgia Wayang Pacak


Kalau ditanya anak2 zaman sekarang
pasti mengeleng kepala...
tak tau apa itu wayang pacak

Di tempat saya dulu wayang pacak
dipanggil wayang gambar
Zaman 70an..

Ketika tu jika van Jab Penerangan
masuk kampung
sambil mengwar2kan

"Malam ni sila datang beramai2
ada wayang gambar dipadang sekolah..."

Itulah saat yg paling mengembirakan
cepat ja berpakat dgn kawan2
nk keluar rumah pukul berapa
nk bwk bekal apa
ada yg kena bwk tikar
tukang bawak selimut pun ada
(Menghalang gigitan nyamuk)

Sebelum tayangan bermula
depa bg ceramah dulu
biasanya pasal penanaman padi
ataupun dekat2 pilihanraya
ceramah la pasal politik sikit2

Bg yang tak tahan mengantuk
berdengkur sebelum habis tayangan filem
kawan2 berpakat...
nnt kita jgn kejutkan dia
kita tinggalkan dia kt sini haha

Meskipun sekarang dgn pawagam serba canggih
saya tetap rindukan keadaan dan kenangan itu


15 December 2019

Rojak Tonggek Dan Hati Ayam


Bagi orang Penang
nama rojak tonggek ni
dah biasa didengar
kenapa dipanggil rojak tonggek...?
Sebab ketika makan kebanyakan org 
akan menonggek sikit punggungnya
utk mengelak kuah rojak terpercik kt baju
sebenarnya boleh ja buah2an tu
dibeli, dipotong kt rumah
kalau extra rajin
cucuk la kt lidi satay tu


Ni pulak hati ayam goreng kicap
nak tambah zink dlm badan
pulun telan ja la
walaupun tekak tak berapa nk lalu
harap2 masa jumpa doktor
bln 3 tahun depan
akan meningkat la darah,zink semua dlm badan


13 December 2019

Rangka Ayam Goreng

Kat rumah saya ni
kalau beli ayam sekor
mesti bahagian yg banyak isi tu
takda sapa yg makan
yg larisnya bahagian kepak,paha..

So saya minta suami belikan rangka ayam
rm1 satu
sedap jika dibuat sup,gulai,dalca



Kali ni digoreng
bersalut tepung bestari
Ranggup..krup krap krup krap
dgn tulang2nya sekali dimakan

12 December 2019

Petua Dari Chef


Chef Alia
Petua dari chef Alia
jika nak bg bihun / mi / kueteow
goreng lbh sedap
lbh ummmpphh..
masukkan sesudu dua cuka makan
masukkan cuka sebelum
bihun dimasukkan

InsyaAllah bihun akan rasa sedikit
kenyal2 gitu,tak putus2,pendek2


Utk ayam masak merah ke,masak kicap ke
kebanyakan dari kita
akan mengoreng dulu ayam tersebut
goreng separuh masak

Tp utk mendapatkan ayam yg betul2 gebu lembut
rebus dulu ayam tu bersama sedikit
serbuk kunyit dan garam
setelah hampir empuk
baru dimasukkan kedalam kuah masak merah / masak kicap



Bagaimana nak dapatkan brokoli
yg kekal hijau dan ranggup..
rendam dlm air sejuk beberapa minit
toskan
panaskan satu/ dua sudu mentega/majerin
bila dah cair masukkan brokoli tadi
jgn lama2,cukup seminit bolehlah diangkat


11 December 2019

Pergi Sekolah Jam 2.30 Pagi

 Kejadian ini berlaku semasa saya
di tingkatan 4
walau dh berpuluh tahun berlalu
ia tetap segar diingatan

Ketika saya sedang nyenyak tidur
pintu bilik diketuk bertalu2 oleh emak
suruh saya bangun....dh lewat katanya
Saya yg terpisat2 dek terkejut
 mengintai dicelah2 dinding

Ya Allah..
dah terang benderang
tengok jam...dh pukul 7.30 pagi

Sepantas kilat saya bersiap
cuma gosok gigi dan basuh muka ja

Buku2 pun main sumbat ja dlm bag sekolah

Amik basikal..,terus kayuh sampai ke simpang jalan
jaraknya lbh kurang setengah km
jalan tu melalui tebing sungai

Sampai ja dekat simpang tu
kenapa sunyi sepi ja ni
(Saya menunggu kawan kt situ)

Sebuah kereta,moto pun tak lalu

 Mana kawan saya ni..
saya merunggut sambil tgk jam

Ya Allah...
baru jam 2.30 pagi
tadi kenapa nampak mcm 7.30 dh..

Tiba2 rasa seram,takut..
nak terus tunggu kawan 
(Ada pondok kt situ)
Atau nk blk ke rumah semula

Ahhh...
nak melintas rimbunan pokok buluh
tu yg seram tu..

Nak tunggu pun seram jugak
kang datang org gila ke apa ke..

Last2 dgn bacaan Bismillah...saya tawakkal
balik kerumah semula

 mak bkn main terkejut

"Hahhh kenapa blk.."

" baru pukul 2.30 pagi..."
Saya menjawab dgn airmata bertakung
dan berjalan naik sambil hrntak2 kaki tanda marah


Rupanya yg mak tengok
terang benderang tu adalah cahaya bulan.


Waktu pagi dikampung

Kampungku nan permai

09 December 2019

Disakat Makhluk Halus

Ketika ini anak saya sedang
menghabiskan cuti sem
sementara menunggu utk buat latihan industri
akhir bln 12 nnt

Sepanjang tempoh pengajiannya
ketika tinggal diluar hostel
beberapa kali jugak la dia kena
usik/ sakat dek makhluk tu...

Pada suatu malam
jam 2 lbh...dah setel semua tugasan
kawannya mengajak keluar
utk mengisi air
air nk minum dh habis
dia pun ok ja..

Depa keluar 4 orang
otw balik tu
di depan rumah yg kosong
(Rumah tu dh lama kosong, terbiar,
dh naik lalang dah)

Ada sebuah kereta Kenari kaler kelabu dok parking
so anak saya yg memandu ni
nampak mcm benda bergerak2 ditempat pemandu
bila dia lalu betul2 depan Kenari tu..

"Ya Allahhh..." terus dia menjerit...
kawan2nya pun menjerit sama

"Eleenaaa..cepat  Eleena...
dia pandang kita.."

Yg anak saya ni pulak terasa kereta tersangat berat
tak bergerak...


"cepat eleena...dia dok belakang kita..."

Benda yg depa nampak tu menyerupai
mayat yg berbungkus

Last2 sampai rumah sewa
semua meluru masuk
air kemana...nk tutup gate pun takut..

Keesokkan harinya
4, 4 orang tu demam
ada yg mak ayah pergi ambil bawak
balik rumah

Akhirnya sorg ustaz kt U tu datang
Dan buat air penawar utk pulihkan semangat

Bila dia cerita kt saya
haha kena bebel pulak

" tu la lain kali keluar lg lewat2 mlm
tu baru jumpa hantu
kalau jumpa org jahat, mcm mana.."

07 December 2019

Asam Jawa @ celagi


Di kelantan buah asam jawa
dipanggil buah celagi

Kalau dapat yg dijeruk bersama gula melaka
huhu enaknya
Setiap pagi saya kena telan ubat 15 biji
malam lg
so mulut memang terasa pahit,payau...
nk mkn benda2 yg masam ja

Asam jawa ni saya oder dari kawan fb
rm18/kg
bkn made in Siam
tp ayah kawannya yg buat secara kecil2an

06 December 2019

Teresek Jantung Pisang

Teresek jantung pisang
menu dari kelantan
yg dibawa oleh my sis

Jantung pisang dimasak bersama
bahagian ayam yg tak mempunyai isi
seperti tengkuk,kaki,hujung sayap,hati,pedal..

Cara membuatnya
bahan2:

Jantung pisang(dihiris nipis lalu direndam dalam air 
garam)
lepas tu rebus
 Bawang merah besar 3 labu * 

Bawang puteh 3 ulas *
 Halia 1 inci* 
Kunyit hidup 1 inci*
 Lengkuas 3 hiris*
 Lada kering 7 tangkai (rendam, tos)* 
Rempah ketumbar 1 sudu besar 
Santan pekat 2 cawan 

Rempah kari ayam/daging 2 sudu besar
Asam keping 1
 Kerisik 2 sudu besar
 Gula/nise garam
 Lada merah 1 dihiris
 Bawang besar 1 dihiris

Blend bahan2 bertanda *

Masukkan ayam ke dalam periuk/kuali.
Masukkan bahan2 kisar dan santan,garam , nisan,asam keping masak seketika, atau ayam separuh masak. Kemudian masukkan jantung pisang ,
 guna kan api yang sederhana, selepas itu masukkan kerisik, dan cili hijau. 
masaklah sehingga kuah tinggal sedikit, atau hampir kering. 
Siapppp


05 December 2019

Projek Solok Lada Frozen

Kakak ke dua saya yg tinggal di Gua Musang
bgtau nk datang ke Kedah
 melawat cucu baru nya
dia tanya kut2 saya nk pesan apa2 utk dibawa

Bagaikan org mengantuk disorong bantal
pantas ja saya senaraikan barang2 yg susah
nk dapat kt Kedah ni

-lada buat solok
-laksa kuah lemak
-petai jeruk
-tempoyak
-budu
-keropok

Dibawa juga kuih akok yg super sedap

Tak sangka dia turut bawakan inti
solok lada sekali


Saya cukup pantang kalau beli nasi kerabu
ada solok lada tp tak mcm solok lada
kelapa dan sikit ikan bersepai2

Bg saya kalau mahu hasil yg terbaik
guna isi kelapa yg kulitnya masih hijau
ditumbuk bersama ikan rebus
bawang merah,sikit halia
garam dan gula

Saya buat kesemuanya lada yg diberi
simpan dlm tupperware
frozenkan
Nak makan baru kukus atau rebus
yg ni dikukus sbb nak amik gambar
saya lbh duka yg direbus bersama sedikit santan..

04 December 2019

Satay

Antara satay daging vs satay ayam
saya lbh suka satay daging
tp mestilah daging yg lembut
dan ada sedikit lemak gitu

Ni saya beli dari Pakku Satay
dia orang ada buat services
delivery smp depan pintu



sedap ke..?
Memang yg tersedap di Kulim setakat ni
kuahnya cukup rasa
dagingnya cukup rasa,juicy,amat lembut

02 December 2019

Nasi Lemak Gulai Udang


Saya tak pasti kt tempat /negeri lain
ada nasi lemak gulai udang mcm ni

rm1 sebungkus
udang seekor,jgn harap udang lebih ya
kacang panjang 3,4 potong
nasi 2,3 kali suap dh habis
biasanya saya makan 2 bungkus

Bila dibungkus dlm daun pisang
aroma dia tu menusuk kalbu sangat
bagai minta dimakan2..

30 November 2019

Ambil Darah Memang Lah Sakit..

Tular di laman fb
tangan seorang bayi penuh
dgn kesan suntikan utk
memgambil darah oleh doktor pelatih..

Saya turut bersimpati dgn nasib bayi tersebut

Maka ramailah netizen menyerang doktor pelatih
dan nurse
sambil menceritakan pengalaman 'buruk' masing2..

Saya cuma membacanya saja
dan tak berniat utk menokok tambah cerita

Memasukkan air atau ubat atau darah

Sebagai seorang yg sering keluar masuk hospital
saya faham sangat prosedur mengambil darah
kadang2 3,4 kali dicucuk masih tak jumpa uratnya
sakit...memang la sakit..
tp saya tarik nafas dlm2,
dlm hati Allah..Allah..

Rasa pedih dan membataskan pergerakan
pernah sekali wayar tercabut bila saya pusing kiri,kanan
hingga darah menitik2 keluar
 Mengambil darah ke bahagian jantung
paling menyakitkan ..
dgn jarum besar dan panjang..Allahuakbar
tp saya tau mereka cuba menjalankan tugas sebaik mungkin


tangan saya membengkak
akibat dicucuk ditempat sama berkali2

Tp..tak pernah sekalipun terdetik dibibir ni
utk berkata doktor bodoh..tak tau buat kerja..

Melihat dgn mata kepala sendiri
kehidupan nurse,doktor,kakitangan hospital
membuatkan saya amat2 menghargai jasa2 mereka..

29 November 2019

Keputusan Ujian Darah

26 nov lepas
ada temujanji dgn doc
di hospital sultanah bahiyah

Keluar rumah jam 6.30 pagi
sampai kt sana sblm pukul 9

Setel amik darah 9.30 pagi

Nak tunggu jumpa doc tu
yg amik masa lama tu

Turun ke cafe makan nasi ayam dulu


Sesuatu yg best kt hospital
ni adalah cafe nya yg besar
dan terdapat berbagai jenis makanan
suami kata dok spital ni boleh habiskan duit

Pukul 2 lbh baru dipanggil jumpa doc
alahhhh..tak boleh buat angiogram lagi
sbb darah masih rendah
ada sikit peningkatan ja
dulu 7++
Skrg 8++

Kata doc 10++  baru boleh buat angiogram
so kena mkn ubat lagi utk 3 bln

28 November 2019

Betik Masak Bening

Dah lama dok mengidam
betik masak bening ni
saya masak kelantan punya style

Cuma tumbuk bawang putih seulas
3 ulas bawang merah
ikan yg direbus
(Nak kuah lekat bubuh la beberapa ekor)
Lada hitam
garam
iman bilis /udang kering( terpulang)
Kuahnya yg habis dulu dihirup

26 November 2019

Akhirnya Dia Pergi Jua...

Alia beli haiwan comel ni
dgn harga rm240
dari mula lahir lg
dibelai,dimanja..dibawa kemana ja tuannya pergi

 Tony Stalk nama diberi
pernah beberapa kali hilang dalam rumah
dan hilang dilaman rumah
tp akhirnya dia masuk ke bilik tuannya


Yg  paling tak tahan
si tony ni boleh 'terbang'
Hinggap kat bahu,kt kepala,melekat kt baju kita..



Namun akhirnya
tony jadi arwah jugak
tak tau dimana silapnya
menangis jugak la tuannya tu