27 March 2016

Alhamdulillah..

Alhamdulillah..
dan syukur pada ALLAH
semoga kecemerlangan ini berterusan..

23 March 2016

Pulut Mempelam

Memenuhi permintaan anak dara
yg teringin nak makan pulut mangga

  Bahan-Bahan:

 Bahan-bahan untuk pulut mangga 

3 cawan beras pulut,
(saya guna beras pulut susu siam
so rendam beberapa minit ja)
 1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
 2-3 sudu besar gula
sedikit garam
beberapa helai daun pandan,
beberapa biji mangga

 Bahan untuk kuah santan:

1 cawan santan pekat
1 sudu kecil  tepung jagung
( bancuh dengan sedikit air )
1 helai daun pandan, carik dan simpul
garam secukup rasa

 Cara Penyediaan:

 Cara-cara untuk pulut:

 Panaskan pengukus. Lapik dulang pengukus dengan daun pandat.
 Bilas pulut yang telah direndam  dan tapis keluar airnya.
 Masukkan ke dalam dulang kukusan dan kukus sehingga lembut.
Anggaran masa kukus adalah selama 20 minit.
Satukn santan pekat, santan cair, gula dan garam dan kacau sebati.
 Tuang bancuhan santan ke dalam pulut yang masih panas tadi.
Balik-balikkan pulut dan biar seketika supaya kuah bancuhan meresap ke dalam pulut
 Apabila pulut sudah kering meresap kuah santan, ambil garfu dan gemburkan pulut.
 Hidang bersama kuah santan,dan buah mangga

Cara-cara untuk kuah santan:

 Panaskan santan pekat di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana.
 Masukkan garam, daun pandan dan bancuhan tepung.
 Teruskan kacau supaya santan tidak berketul.
. Angkat dan sejukkan.

19 March 2016

Cita-Citanya Nak Jadi 'Photographer'..

Ni folio Tasha
selain kerja sekolah,
folio ni jugak kena siap dalam
masa cuti persekolahan ni

Folio Subjek Sains

Bila ditanya kakaknya apa cita2 Tasha
dengan confidentnya dia jawab nak jadi Photographer

kenapa tak mau jadi yg lain..?
sikakak terus  bertanya

"I think it's so fun and creatif.."
haha terkedu kakak dgn jawapan siadik
Hobi: Melukis dan bermain
hah..Bermain..?
"Bermain Komputer,kakak..
kita kena jujur bg jawapan.."

18 March 2016

Terimakasih Jari Manis

Saya dah beberapa kali menerima
cenderahati dari Miss jari Manis
yang suka travel keserata pelusuk alam tu

Yang ni diterima kelmarin
terimakasih banyak2 cik adik yg manis

walaupun persahabatan ini terjalin
hanya dialam maya
namun kemanisan nya tetap sampai ke sanubari..

dah selamat landing ke peti ais akak..

bloglist saya 'hilang' ntah kemana
mungkin amik masa sikit utk senaraikan semula blog kekawan..

17 March 2016

Resepi Asam Pedas Keladi

Hari ni masak awal
jam 9.30 dah siap terhidang
Alia nak balik ke Shah Alam jam 11 pagi nanti
so ni sbg sarapan merangkap makan tengahari sekaligus

Alah masak pun yg simple2 ja
ikan goreng dan ayam goreng serta asam pedas keladi ni
dah mencukupi

asam pedas ni bahan dan cara memasaknya
 amat mudah dan rendah kolestrol

blend beberapa biji cili kering,bawang merah,bawang putih
tuang kedalam periuk yg berisi air
masukkan beberapa keping asam gelugur
sebatang bunga kantan dan daun kesum


saya tak letakkan belacan atau ikan bilis
sbb nak jaga BP saya
saya suka bahagian isi keladi tu..

16 March 2016

ww: Jom Menguji Minda

Memenuhi waktu cuti sekolah anak2
dgn  mencari perkataan tersembunyi

bukan hanya anak2 yg pening kepala
mak nya pun kadang2 berpinar mata dibuatnya

15 March 2016

Churros

Churros ini kuih popular di Spanyol, Perancis, dan Itali
yang berasaskan doh pastri yang digoreng dan dicelup coklat.
 Bila makan di cafe atau restoran harga boleh mencecah RM 20-30
 lebih senang buat sendiri di dapur.

Bahan-Bahan

Bahan-bahan buat churros:
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan air
- 1 gm butter
- 1 biji telur
- 1 sudu besar gula halus
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 sudu teh serbuk cinimon (kayu manis)
- sedikit gula halus

Bahan-bahan buat sos coklat churros:
- 60 ml heavy cream / tick cream
- 10 gm syrup glucos
- 100 gm dark choc (coklat cincang)
- 1 sudu besar Hazelnut paste atau Nutella

Cara buat churros:
  1. Mula-mula satukan air, gula halus, garam dan butter ke dalam periuk, masak hingga mendidih.
  2. Sambil menunggu air mendidih, ayak tepung gandum bersama baking powder.
  3. Bila air dah mendidih, tutup api dan masukkan tepung tadi sedikit-sedikit sambil tangan sebelah mengacau terus adunan supaya tepung tidak bergentel-gentel.
  4. Bila dah lembut, masukkan telur dan esen vanilla, terus kacau sampai adunan likat.
  5. Biarkan sejenak dan bersiap panaskan minyak dengan api sederhana.
  6. Sediakan nozel bintang dan letakkan doh ke dalam piping bag.
  7. Bila minyak sudah cukup panas, paipkan doh dalam kuali dan gunting panjang mana kita suka.
  8. Goreng sambil di balik-balikkan supaya masak keseluruhan.
  9. Tunggu hingga berwarna kuning keemasan dan angkat.
  10. Letakkan ke dalam bekas yang berlapik kertas tisu untuk serap minyaknya.
  11. Gaul churros ke dalam gula dan serbuk cinimon (kayu manis) semasa ia masih hangat, bila dah sejuk susah lekat dah di churros tu.

  1. Cara buat sos coklat churros:
  2. Gaul heavy cream dan syrup glucos, lalu masak hingga timbul buih kecil di tepi periuk.
  3. Angkat dan tuangkan di atas coklat cincang
  4. Tambahkan Hazelnut paste atau Nutella dan gaul hingga rata.
  5. Churros dan sos coklat sudah sedia dihidangkan

14 March 2016

Tapai Pulut Daun Getah

Sejujurnya saya dah lama stop
dari mengambil tempahan tapai berbungkus daun
samada daun getah,daun pisang dll
Sebab ianya sangat2 renyah dan meletihkan serta mengambil masa yg lama...

Tapi dek kerana kakak ipar punya pasal
siap hantar daun pisang serta lidi kerumah saya
yg mahukan tapai dalam daun getah
terpaksa akur jugak la

nasib baik sekarang anak2 sedang bercuti
boleh la jugak tolong bungkuskan

 3kg beras pulut
saya hanya mengunakan beras pulut susu
yg diimport dari Siam
bekalan tak jadi masalah 
sbb anak sedara sebelah suami
bekerja dan tinggal di Perlis

dah siap utk  di pick up
katanya utk dibawa kerumah jirannya yg kenduri

kata depa tapai dalam daun getah
mengeluarkan aromanya yg tersendiri..

12 March 2016

Tempahan Kek Keju

Alhamdulillah
walaupun pasaran dari mulut ke mulut ja
tempahan yg diterima memberangsangkan
kebanyakan tempahan oleh kawan2 siadik..Eleena..

ni tempahan kek pelangi 
oleh anak cikgu sekolah
katanya nak bawak naik flight
jangan terburai keknya dah la ya..
sebiji rm50


ni pulak berbagai perisa kek keju
dek kejunya mahal
sebiji rm60
rm5/slice
perisa strawberi
 

perisa blueberi
 

 ada jugak yg sukakan kek keju coklat


kalau malas nak datang amik kat rumah
kami sediakan perkhidmatan delivery sekirtar Kulim..

11 March 2016

Peri-Peri Chicken With Butter Rice

Nah amik..title bukan main lagi omputihnya
Menu dinner kami 4 beranak semalam
dimasak oleh anak dara... Alia.
tak payah pergi Nando's dah..
 ayam ni diperap semalaman
saya dah pesan..jgn letak cili api terlalu banyak
(dalam pada tu dok gelak2-cili mata burung
bird's eye chili kata omputih)


 mengejar masa
dah hampir waktu maghrib
sedangkan nak ambil gambar kat luar rumah
katanya dia suka masak menu mat saleh 
sbb tak payah menumis segala bagai

04 March 2016

Dating Dengan 3 orang Puteri

Pagi tadi...lebih kurang jam 11 pagi
sekali lagi saya mendatangi 
sebagai memenuhi janji terhadap 2 orang budak2 tu
yalah beberapa hari sblm ni saya kesana bersama Alia ja

 


saya punya order-bubur nasi
no nasi goreng sbb BP saya tinggi

 wahh..terer guna chopstick budak kecik ni
zup zap zup zap..dia yg paling awal habis makan..

02 March 2016

Siakap Bakar Ala2 Portugis

Pagi saya saya ke klinik
setelah hampir 2 bulan lebih batuk2 on off on off
ketika malam langsung tak boleh tido
nafas tersekat2

"dah 2 bulan lebih baru nak datang klinik
kenapa tak datang bila 3 bulan lbh ja.."
haha menanah telinga kena sound kat doktor

bila check tekanan darah...
tu dia..190 bacaan atasnya..
lagi sekali kena sound kat doktor

"dah berapa lama tak amik ubat ni..
bla bla bla..
"

"saya amik ubat tradisional doc.."


"saya nak ingatkan..jgn sesekali percaya pada petua2 kawan,adik beradik
makan /minum air itu ini..
kalau ianya mmg berkesan..dah lama kami para doc mengunakannya.."

Akhirnya 5,6 jenis ubat  diberi..

"jangan minum minuman berais atau  makan benda2 sejuk.."

balik rumah..anak dara yg masak semuanya
antara menunya ikan talapia bakar ala2 portugis ni

"mak cuma boleh makan masakan yg direbus,dibakar ja.."

haha mak redha ja lah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.