22 November 2019

Kuih Kaswi

Kuih kaswi ni sangat simple
tp rasanya sangat sedap
sesuai utk sarapan mahu pun utk minum petang

                                   BAHAN-BAHAN:

 2 cawan tepung gandum 
1/2 cawan tepung ubi
 1 cawan gula
 1 cawan gula merah
 5 cawan air 
3/4 sudu teh kapur makan
 Kelapa parut putih


 CARA MENYEDIAKANNYA:

 Masukkan semua bahan-bahan kedalam mangkuk besar kecuali kapur makan.

 Gaul sampai sebati dan gula larut. 

Tapiskan adunan kedalam mangkuk lain.

 Campurkan kapur makan dengan 3 sudu mkn air. 

Masukkan kedalam adunan yang telah di tapis tadi. 

Aduk hingga kapur sebati.

 Oles acuan dengan minyak masak dan tuangkn adunan kedalam loyang tadi.

 Kukus selama 30 minit.

 Sila pastikan air kukusan mendidih dulu baru dikukus. 
Balut penutup kukus dengan kain mengelakkn air menitik ke atas kuih.

20 November 2019

Spageti Aglio Olio Seafood

Bila tekak tak mau terima nasi
maka beralih selera menjadi mat saleh kejap
spageti aglio olio seafood
en suami tak makan pasta2 ni
saya dan anak2 ja dok pulun makan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.