14 August 2020

Damailah Disana Anak Syurga

Assalamualaikum wahai penghuni dunia

Afeeya Zaura
Lahirmu tanggal 20  mei 2020
Namun sehingga detik terkhir nafas kau hembus
Ibumu tidak berpeluang utk 
mendakapmu...menyusumu..membelaimu..
Kau ditempatkan didalam incubator
Dibawah pengawasan rapi para doctor
Dengan wayar2 berselirat dihidungmu, mulutmu..

Spinal musculer atrophy...
Itu kata ibumu sebagaimana yg diberitahu doctor
Penyakit berkaitan saraf dan tulang belakang

Kau menghembuskan nafas terakhirmu
Tanggal 11 ogos 2020

Sesungguhnya perancanganNya paling sempurna
Tunggulah ibu dan ayahmu dipintu syurga
Afeeya Zaura adalah anak kpd anak sedara sebelah suami

13 August 2020

Berbaris...

Masa berkawad berdua -dua
Masa berbaris usahlah rebah
Dari muda sampai ke tua
Budaya yg baik jangan diubah



 





Sekawan itik pulang petang
Berjalan berderet tiada payah
Baik-baik dirantau orang
Jangan sampai berbuat salah






Ada burung dalam sangkar,
Burung lepas susah tangkapnya;
Buat apa kita bertengkar,
Bertengkar tiada untungnya



12 August 2020

WW: Mee Bandung Muar

Alhamdulillah
Dengan izinNya masih mampu memasak
Walaupun simple2 ja

Menu hari ni
Mee bandung muar
Jangan ditanya resepinya
kerana saya mengunakan pes segera
Cuma tambah sos labu
Utk menaikkan warnanya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.