09 August 2020

Spageti Aglio Olio,Macaroni Cheese Baked ,Meatball

Makanlah...sementara masih ada selera
Dah takda selera nanti
Terkulat2 tgk ja makanan

Makanlah..sementara chef ada kt rumah ni
Minta la dia masak apa ja
Pasti ditunaikan permintaan dari ibunya 

Spageti aglio olio
Lupa beli tomato ceri la pulak

Makaroni cheese baked
Dibuatnya banyak2
Nak makan masukkan ja dlm ketuhar

Meatball ala2 ikea katanya
Saya sukakan kuah yg pedas
Mau letak black pepper lebih 
Dalam rumah ni
Hanya suami ja yg tekak 100%  melayu
Western food lansgsung tak disentuhnya

07 August 2020

Penat Lagi Memenatkan...


Pada kunjungan saya kehospital sultanah bahiyah
Yang terakhir dulu
Petugas dikaunter unit kardiologi
Dgn jelas memberitahu

“Puan datang pd 4/8 nanti
Terus naik ke wad 3 ya...”

So pada 4/8 yg lepas
Saya bersama suami dan 2 org anak
Yg lelaki tu sanggup turun dari KL
Dan yg perempuan tu amik cuti 10 hari
Siap booking hotel lagi
Semata2 utk menemani ibunya yg akan masuk wad




Sampai ja kt HSB
Suami terus masuk lkeunit pendaftaran masuk wad

Tp diarahkqn supaya naik terus ke tingkat 3,wad 3

Begitu begini di wad 3
Kononnya saya dh terlepas tarikh
Diarahkan turun ke unit kardiologi

Setelah ditunjukkan kad dan segala bagai
Saya disuruh pulang dulu
Amik darah kt hospital lulim akhir bln 8 ni
Dan disuruh ke HSB semula pada 7/10

Ya Allah...
Saya dah penat..letih...kecewa...
Bagaimana dgn tabung bantuan perubatan saya yg nak
tamat tempohnya bln ni
Tuhan...berilah aku kekuatan...kesabaran..

















Oleh kerana Alia dh buat bayaran penuh utk hotel 
Rasa rugi pulak kalau balik rumah
Burn mcm tu ja duit tu
Tp suami tak mai tido kt hotel 
Tp dia izinkan saya utk bermalam di hotel bersama anak2
Dia naik bas utk balik ke kulim




Seri malaysia takda lif la pulak
Sedngkan saya berkerusi roda
So Alia minta tukar ke ground floor



Malas nk keluar cari makanan
Beli kt cafe hotel ja










































Ni makan petang
Malam nanti makan lagi
Sejuk2 perut dok rasa lapar ja




Sarapan pagi sebelum bertolak balik














Pulang dgn penuh kecewa





05 August 2020

Nasi Daging




Dah lama dok mengidam nasi daging
Kalau beli ada ja yg tak puas hati
Air asam sikit la,tak pekat la
Daging liat la

So kebetulan si chef balik bercuti
Minta la dia masakkan
Kebetulan si abangnya jugak balik
Berbaloi la memasaknya

Alhamdulillah lunch hari ni
Makan nasi daging




Saya mintanya buatkan gulai daging
Ikutkan selera saya lebih suka dalca
Tp anak2 tak makan

Dan air asam yg pedas menyengat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.