24 September 2020

Baby Nenas

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
 mengesahkan bahawa 'baby nanas' jenama Dragon King dari Thailand
 yang tular didakwa mengandungi siklamat tidak dieksport ke Malaysia.

So baby nenas ni ditanam di Kedah
Boleh dimakan tanpa ragu2

Pasal apa dipanggil baby nenas
Sbb ianya kecik...comel..
Manis..ranggup..tak gatal lidah
Saya membelinya yg telah siap dikupas
Disediakan sekali dgn serbuk asamnya
  

22 September 2020

Ujian MUET

Hari ni anak ke 3 
Menduduki ujian MUET utk menyambung ijazah perakaunan

Oleh kerana di Kulim dh pun full
Terpaksa terima jugak la
Walaupun nun jauh di Baling
Nun tersergam Gunung Baling


Ni dia sekolah tu
SMK Kuala Pegang

Mak doakan agar adik tenang
Dan berjaya mendapat band yg tinggi


15 September 2020

Suntikan Insulin

Diabetis dan suntikan insulin 
umpama irama dan lagu
Berkait rapat

Sewaktu mula2 disahkan mengidap diabetis dulu
Dok berulang alik pi amik ubat
 chek paras gula
Tak banyak penurunannya
Hinggakan doc tak larat nk berleter dh

Akhirnya doc mengsyorkan saya amik suntikan insulin
Dengar ja suntikan
Berkerut dahi saya

Akhirnya terpaksa la menyuntik diri sendiri
2 kali sehari dgn dos yg ditetapkan

Satu hari ke hospital utk follow up
Doc bertanya adakah saya akhir2 ni pening2
Mual2,rasa loya
Ya doc..malah pening kepala smp tak boleh nk bgn

Puan tau tak
Paras gula puan terlalu rendah
1.1 ja
Puan boleh pitam bila2 masa
Saya minta puan hentikan  suntikan insulin
Mkn ubat ja utk control diabetis


Itu citer th lps
Dh setahun lebih saya bebas suntikan insulin

Tp peralatan suntikan masih tersimpan rapi
Doc memberikan 2 batang pen utk suntikan
Satu utk ubat kaler hijau
Dan satu lg utk ubat kaler kuning
Kalau beli sendiri pen ni berharga rm200 lbh satu

Doc akan ajar cara mengunakannya dgn betul

Stok jarum
Ada berbagai warna jarum
Saya pilih kaler ungu utk jarim palin pendek


Percayalah...suntikan insulin sikit pun tak rasa sakit
Malah lbh sakit jika digigit semut gatal


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.