12 December 2019

Petua Dari Chef


Chef Alia
Petua dari chef Alia
jika nak bg bihun / mi / kueteow
goreng lbh sedap
lbh ummmpphh..
masukkan sesudu dua cuka makan
masukkan cuka sebelum
bihun dimasukkan

InsyaAllah bihun akan rasa sedikit
kenyal2 gitu,tak putus2,pendek2


Utk ayam masak merah ke,masak kicap ke
kebanyakan dari kita
akan mengoreng dulu ayam tersebut
goreng separuh masak

Tp utk mendapatkan ayam yg betul2 gebu lembut
rebus dulu ayam tu bersama sedikit
serbuk kunyit dan garam
setelah hampir empuk
baru dimasukkan kedalam kuah masak merah / masak kicap



Bagaimana nak dapatkan brokoli
yg kekal hijau dan ranggup..
rendam dlm air sejuk beberapa minit
toskan
panaskan satu/ dua sudu mentega/majerin
bila dah cair masukkan brokoli tadi
jgn lama2,cukup seminit bolehlah diangkat


11 December 2019

Pergi Sekolah Jam 2.30 Pagi

 Kejadian ini berlaku semasa saya
di tingkatan 4
walau dh berpuluh tahun berlalu
ia tetap segar diingatan

Ketika saya sedang nyenyak tidur
pintu bilik diketuk bertalu2 oleh emak
suruh saya bangun....dh lewat katanya
Saya yg terpisat2 dek terkejut
 mengintai dicelah2 dinding

Ya Allah..
dah terang benderang
tengok jam...dh pukul 7.30 pagi

Sepantas kilat saya bersiap
cuma gosok gigi dan basuh muka ja

Buku2 pun main sumbat ja dlm bag sekolah

Amik basikal..,terus kayuh sampai ke simpang jalan
jaraknya lbh kurang setengah km
jalan tu melalui tebing sungai

Sampai ja dekat simpang tu
kenapa sunyi sepi ja ni
(Saya menunggu kawan kt situ)

Sebuah kereta,moto pun tak lalu

 Mana kawan saya ni..
saya merunggut sambil tgk jam

Ya Allah...
baru jam 2.30 pagi
tadi kenapa nampak mcm 7.30 dh..

Tiba2 rasa seram,takut..
nak terus tunggu kawan 
(Ada pondok kt situ)
Atau nk blk ke rumah semula

Ahhh...
nak melintas rimbunan pokok buluh
tu yg seram tu..

Nak tunggu pun seram jugak
kang datang org gila ke apa ke..

Last2 dgn bacaan Bismillah...saya tawakkal
balik kerumah semula

 mak bkn main terkejut

"Hahhh kenapa blk.."

" baru pukul 2.30 pagi..."
Saya menjawab dgn airmata bertakung
dan berjalan naik sambil hrntak2 kaki tanda marah


Rupanya yg mak tengok
terang benderang tu adalah cahaya bulan.


Waktu pagi dikampung

Kampungku nan permai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.