Teresek jantung pisang
menu dari kelantan
yg dibawa oleh my sis
Jantung pisang dimasak bersama
bahagian ayam yg tak mempunyai isi
seperti tengkuk,kaki,hujung sayap,hati,pedal..
Cara membuatnya
bahan2:
Jantung pisang(dihiris nipis lalu direndam dalam air
garam)
lepas tu rebus
Bawang merah besar 3 labu *
Bawang puteh 3 ulas *
Halia 1 inci*
Kunyit hidup 1 inci*
Lengkuas 3 hiris*
Lada kering 7 tangkai (rendam, tos)*
Rempah ketumbar 1 sudu besar
Santan pekat 2 cawan
Rempah kari ayam/daging 2 sudu besar
Asam keping 1
Kerisik 2 sudu besar
Gula/nise
garam
Lada merah 1 dihiris
Bawang besar 1 dihiris
Blend bahan2 bertanda *
Masukkan ayam ke dalam periuk/kuali.
Masukkan bahan2 kisar dan santan,garam , nisan,asam keping masak seketika, atau ayam separuh masak.
Kemudian masukkan jantung pisang ,
guna kan api yang sederhana, selepas itu masukkan kerisik, dan cili hijau.
masaklah sehingga kuah tinggal sedikit, atau hampir kering.
Siapppp
