14 March 2011

Cendawan a.k.a kulat bertelur...

Cendawan bertelur..?
oppss..bkn bertelur macam ayam/itik
tp kulat yg digoreng bersama telur



segar dari ladang...:)

carik2kan kulat tu
pecahkan sebiji/dua telur kedalamnya
masukkan bawang besar
yg telah dihiris
cili merah..
kalau ada daun bawang boleh jugak dimasukkan
sedikit garam

ni la hasilnya
peberet my hubby
(dia sorg yg makan hehe)
anak2 ta berapa gemarkan kulat

ni peberet saya
kulat dimasukkan kedalam sup

11 March 2011

Kita Meninggalkan...Kita Ditinggalkan...

Dulu...sebagai anak
bila telah sampai masa dan ketikanya
kita melangkah keluar dari rumah
samada kerana (berkahwin) -mengikut pasangan
atau memulakan hidup sendiri

ketika itu...jarang diantara kita
dapat menyelami perasaan ayah bonda
yg mencurahkan segala keringat
dan seluruh hidupnya demi sianak

mungkin ramai diantara kita
melangkah kelaur dgn gembira
dek 'kebebasan' yg bakal dirasa
sedangkan dihati orgtua
penuh sebak dan resah


sekarang giliran kita pula
menerima keadaan yg sama
seorang demi seoarng anak melangkah keluar
menyambung pelajaran
mencari erti hidup

(ayah...yg kesepian di kg)



pulang ke kampung
samada kg sendiri atau kg suami
keadaan yg sama dirasa
sunyi...sepi...



yg tinggal hanya org tua
menghabiskan sisa hidup dlm kesepian
sedang sianak menantu,cucu cicit
pulang bila hanya ada kelapangan...

(MIL....juga keseorangan di kg)







ohh...semalam my son sms
dan tag kat FB
AirAsia hantar emel
utk interview cadet pilot
kat LCCT
bulan 6 ni

last year..interview pilot MAS
tp tiada rezeki
sangkut kat tahap 2 semasa interview




Tiba masanya..yg tinggal hanya
saya & hubby kat rumah..
(jika panjang umur)

09 March 2011

Kalau Ke Kelantan...

Salam
Bagi anda yg pertama kali ke kelantan
mesti terpingga2
mendengar dialek yg dituturkan

Namun saya bukan nak memperincikan
tentang dialek tersebut
sebaliknya beberapa perkataan
yg berbeza maksud dgn negeri2 lain

Jika berada di Kelantan
jangan sesekali menyebut 'kopek'
jika anda bermaksud
merujuk kepada dompet kecil
seperti juga di Perak 'kopek/kopik'
membawa makna 'breast'..


Rozita Che Wan...janda
tetapi di Kelantan...janda/duda
disebut Orang Bujang
pelik ke?
sbb di negeri lain bermaksud
mereka yg belum kawen

Jika anda ingin mengunakan
perkhidmatan 'teksi'
jgn sesekali bertanya
"mana saya boleh dapatkan teksi?"
kerana anda akan ditunjukkan 'beca'.
teksi disana dipanggil 'kereta sewa'


inilah rupa 'rojak' di kelantan
jika di tempat lain
kedah/penang contohnya
rojak bermaksud buah2an
seperti timen,nenas,mangga,jambu dll
digaul bersama kuah rojak


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.