09 December 2011

Pesta Pulau Pinang

Walaupun pesta pulau pinang
diadakan setiap tahun
tp dah berpuluh tahun
saya tak mengunjunginya

rasanya...sejak jadi org utara ni
baru 2 kali kesana

semalam..kebetulan suami cuti
dan cuaca pun baik
(kulim hujan tp penang panas)
bawak anak2 kesana

seronok dapat parking dkt dgn pintu masuk..



Dan adegan sawan bergambar pun bermula








I love u..:)














hantuuuuu...




produk dari Indonesia


nak bergambar di sini
kena bayar rm1




ni pulak..shisha ...



karpet berderet2...



tak berani nak naik
tgk ja org dok menjerit2
dan ada yg terhuyung hayang bila turun



cenonggeng?apa benda tu...



kelainan...air boleh diisi dalam benda comel ni
dalam cawan plastik biasa
air rm1
dalam bekas ni,rm3..



05 December 2011

Kenduri sana sini sinun...

Cuti sekolah masih panjang
senarai kenduri masih banyak
wekend ja ada kenduri
adik beradik,sedara mara,jiran serta rakan taulan


ni kenduri salah sorg rakan hubby sabtu lepas
oleh kerana ada 3 jemputan kenduri
ke 3,3 adalah kawannya
kami keluar awal
utk ketempat kenduri pertama


Tasha dah tunjuk muka boring...
haha oleh sbb awal
walaupun jemputan dah ada yg tiba
tp majlis tahlil belum selesai lagi
so terpaksa tunggu dulu
sebelum makan



pic hubby ni Tasha yg snap
oleh sbb boring sesangat
comei ja skuter ni

pusing2,ronda2...
sampai ke Jeti untuk ke Pulau Aman

nothing's here...

utk kesana,tambang bot rm6 pergi balik



sebuah kedai menjual cenderamata


otw balik rumah
sempat singgah pekena mi rebus
berhampiran mengkuang dam

01 December 2011

Ya ALLAH..Kasihanilah mereka....

Salam utk semua

Ketika ini
kedua org tua saya
ayah (di kelantan)
dan ibu mertua,disini...
berada dalam keuzuran

My MIL..mengenalkan saya dgn 'paku rawan'
yg saya tak pernah makan sebelum ni
di kelantan,pokok ni tak dimakan
sentiasa membantu...


gamabr terbaru MIL..19/11 lepas



kini..mak mertua saya
berkerusi roda dalam rumah
kerana tak mampu berjalan/bergerak
terpaksa diuruskan anak2 segalanya


cerita ayah saya pula:

ayah saya sewaktu masih sihat
sekarang..ayah telah berusia 75 tahun

akibat kemalangan pada 27/9 lepas
kesihatan ayah terganggu
bangun utk makan
dan kdg2 berjalan disekitar halaman rumah ja
bersolat dalam keadaan duduk







Ya Allah......
Rahmatilah kedua ibubapa kami
, dan ampunilah dosa mereka,
Redhailah mereka dengan keredhaan
yg melayakkan mereka mendapat segala keredhaanMu.
Dengan Engkau meletakkan mereka
di dalam Negara kemuliaanMu, keamananMu,
kemaafanMu dan keampunanMu.

Ya Allah ..........
ampunilah mereka dengan sesempurna keampunan
yang dengannya Engkau hapuskan dosa-dosa
mereka yg terdahulu dan kejahatan
yg mereka lakukan secara berterusan.

Rahmatilah mereka dengan rahmatMu yg dengannya
Engkau menyinari tempat pembaringan mereka di dalam kubur.
Engkau amankan mereka pada hari Kiamat
ketika mereka dibangkitkan dari kubur mereka.

Ya Allah...

kasihanilah di atas kelemahan mereka sebagaimana
mereka telah mengasihi kami ketika kami lemah,
rahmatilah mereka ketika mereka terlalai daripada
mengingatiMu, sebagaimana mereka tetap
mengasihi kami semasa kami masih kecil.

Ya Allah....
peliharalah bagi mereka kasih sayang yg telah
Engkau curahkan di dalam hati mereka,
belas kasihan yg telah Engkau penuhi hati mereka,
dan kelembutan yg telah Engkau
sibukkan ke atas anggota mereka.

Ya Allah...

Jadikanlah kami penyejuk mata hati mereka pada hari kiamat,
perdengarkanlah kepada mereka sebaik-baik
seruan daripada kami pada hari Kiamat,
Jadikanlah mereka disebabkan kami
dari kalangan ibubapa yg dicemburui
disebabkan anak-anak mereka yg soleh,
sehingga Engkau mengumpulkan kami dan mereka
serta sekalian muslimin di Negara kemuliaanMu (syurga)
di tempat penetapan rahmatMu dan tempat
auliya kekasihMu bersama orang-orang
yg telah Engkau kurniakan Nikmat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.