21 December 2011

Pulut ikan kering + kelapa

Sarapan pagi ni
makanan yg popular di kelantan
pulut bersama ikan kering digaul dgn kelapa
seeloknya kelapa yg masih muda

beras pulut tu
kalau tak mau berkerak
atau terlebih lembik
boleh dikukus
(bg yg tak tau anggaran air
sebanyak mana kalau di tanak)

lagi satu
saya cukup pantang
(geram sebenarnya)
kalau sapa2 yg memasak mengunakan beras pulut
buat pulut kuning ke
buat tapai ke
buat seri muka ke
pulut panggang ke
apa2 ja la...

tapi pulut tu masih rasa 'berbiji2'
mula la pot pet pot pet

kata anak buah saya
lbh sedap dimakan dgn ikan selayang
yg direbus terlebih dulu
kemudian digoreng..

16 December 2011

Nasi Briyani

Salam hari jumaat
penghulu segala hari
hari yg ceria,
anak2 masih bergembira
bangun lewat,mandi lewat
makan nak cepat...

saya cuma sediakan hidangan yg ringkas
nasi briyani
tak perlukan beberapa jenis lauk
cukup kari ayam serta acar timun+ nenas

hari ni jugak
suami akan pulang...:)

13 December 2011

Kek Batik



Bahan-bahan:

250g biskut marie- (ikut selera sbyk mana nak letak)
250g butter
1 cawan milo
5 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar esen vanila
1/2 tin susu pekat
1/2 cawan air



Cara-cara
Campur milo, serbuk koko,
esen vanila, susu pekat,
air dan telur di dalam periuk.

Kacau sehingga sekata
dan panaskan di atas api yang sederhana.
Masukkan butter ke dalam periuk dan
kacau sehingga adunan menjadi pekat.
Masukkan biskut marie dan kacau sehingga sebati.
Masukkan adunan ke dalam bekas dan mampatkan.
Sejukkan dalam petik sejuk
selama 1 jam sebelum dihidangkan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.