Mak nak buat apa ubi kayu tu?
tanya si bongsu saya,Tasha..
tu bkn ubi kayu
ubi keledek la...
mak nak buat kuih cek mek molek ptg ni
dia terus ketawa
sambil nyanyi lagu M.Daud Kilau
senyumlah..senyumlah..ahai cek mek molek

sekilo ubi keledek
yg kaler oren ja
sesuai dan cantik
dibuat kuih cek mek molek
kaler lain pun boleh
tp tak berapa cantik bila masak

rebus dan lenyek ubi tersebut
kemudian campurkan dgn secawan tepung gandum
nampak kaler putih tu
tu adalah tepung gandum
yg ditabur
supaya tak melekat antara satu sama lain
kuih2 tersebut

goreng dgn api yg perlahan
sehingga kekuningan

jgn makan semasa masih panas
kerana gula yg cair didalamnya
boleh melecurkan lidah anda...