Cempaka putih ni ditanam didalam pasu
dulu2 saya agak rajin mencantasnya..
renek dan rimbun
tp dah lama saya tak 'mempedulikannya'
dibiarkan tinggi lampai..langsing..
seminggu dua ni
bila keluar rumah/masuk rumah
atau mereka yg lalu lalang depan rumah
tercium bau harum bunga ni
rajin pulak berbunga
bunga cempaka ternyata turut mempunyai keistimewaan
sebagai perubatan herba.
Tidak kira samaada, bunga cempaka kuning ataupun putih,
cempaka putih ini berguna untuk merawat pitam,
bisul dan radang tengkuk.
untuk merawat pitam
ambil beberapa kuntum bunga untuk direbus.
Untuk merawat radang tengkuk,
cara adalah sama dengan merawat pitam.
Cuma ia ditambahkan dengan madu sebelum diminum.
Untuk penyakit bisul pula, cara menggunakannya adalah mudah ,
iaitu dengan mengambil beberapa helai daunnya
yang segar dan ditumbuk hingga lumat,
setelah itu ditempek kan ke tempat yang terkena bisul itu.
boleh jugak dimasukkan kedalam bedak sejuk
atau letak dalam sanggul
(layan lagu Cempaka)
Cempaka Di Rembulan – Spring
Kerinduan bersama masih bermain di jiwa
Namun rembulan tak mungkin berkembar siang
Di depanku hidup yang tanpamu
Kau kekasihnya pencinta yang abadi…
Hanya jemarimu telah digantikan
Dingin salju dan air mata
Yang kian lenyap dan terbenam
Kerana syurga yang kita idamkan
Kita terpisah di dalam igauan
Engkau hampiri aku yang tertinggal menantikan