Abg dan 2 org kakaknya dulu
mula berpuasa penuh ketika
di tahun 1-umur 7 tahun
Tp yg bongsu ni lain sikit
nak kata dimanjakan berlebihan..tak jugak
Kelmarin...hari pertama berpuasa
dia bersemangat bangun bersahur
selepas menjamah 2,3 suap nasi
dan hampir terlena dimeja makan
dia menyambung tido
dan saya ,kakaknya dan abgnya
terlelap seketika..lepas solat zohor...
bila saya bgn ja...jam 2 lbh
dgn selamba dia berkata
"Mak...Tasha makan roti sikit...sikit ja.."
haaa...adakah dia pikir
makan sikit ja takpe...
"Tasha lapar sangat.."
sambungnya dgn muka tak bersalah...
tak apalah Tasha
kelmarin mungkin boleh bertahan sampai jam 2 ja
hari ni mungkin lebih sikit..
tp sebelum kesekolah pagi tadi
dia berpesan pd saya..
"Nanti mak kunci la peti ais....baru Tasha tak buka.."



Pintu Kayu Durian