24 January 2014

Muzium Kamera,Pulau Pinang

Satu tempat yg patut dikunjungi
pengemar fotografi ialah Muzium Kamera di Pulau Pinang
terletak di
Jalan Muntri, Georgetown,

Di bina di kawasan lot kedai lama,
 muzium ini adalah tempat untuk kaki gambar melihat
 perubahan teknologi kamera sehingga 
dari 100 tahun lalu hingga ke kamera digital yang ada kini.

Waktu operasi :8 pagi -8 mlm (setiap hari)
Harga tiket :RM20..student RM10





 



muzium kamera yg pertama di Asia Tenggara







 
Muzium dua tingkat seluas 371 meter persegi ini
menempatkan pameran fotografi dan kedai menjual barangan cenderamata
 serta kafe di tingkat bawah
manakala galeri pameran yang menempatkan lebih 300 kamera vintaj di tingkat atas.



antara jenis kamera yang terdapat  ialah SLR
 kamera polaroid, kamera obskura, kamera pengintip,
 kamera refleks lensa berkembar, kamera, kamera plat basah dan kamera lipat.


kamera berjenama DIANA pun ada..




mcm piring satelit,kan..
bilik gelap utk memproses gambar


23 January 2014

Kisah Duit

'surat cinta' PDRM
Terkena 'perangkap' ketika bercuti di Terenganu tempohari
tak pasti en suami dah bayar ke belum
kang melepasi tempoh..harus terbang RM300 

 Ketika menjemput en suami pulang dari Langkawi
pada 16 hb lepas di jeti Penang
kereta bergesel- kemek dan bercalar
pemandu kereta tu,cina meminta RM300
terbang lagi rm300 dari dompetku


bantuan persekolahan
2 org anak-dapatlah rm200

ketika amik duit kat sekolah menengah
saya bertanya cikgu
berapa rm yuran utk th ni
sbb saya belum menjelaskan yuran sekolah lagi

"pihak sekolah belum mengeluarkan surat
bayaran yuran lagi..takpe..tunggulah dulu sbb kami faham beban ibubapa
ketika mula2 sekolah baru dibuka.."
terimakasihlah cikgu
(yg kemudiannya bersembang sakan
bila mengetahui kami sama2 org kelantan)

hak milik kita
belum tentu rezeki kita
duit dalam dompet kita
hak milik kita namun belum pasti ianya rezeki kita
kerana rezeki ialah sesuatu yg telah selamat kita gunakan dan mendapat faedah darinya
umpama makanan....walau terhidang didepan mata
belum tentu ia rezeki kita
selagi belum masuk kemulut,dikunyah dan ditelan..

22 January 2014

Murtabak Cream Crakers

Murtabak Lapis Cream Craker ni
sesuai utk minum petang
(dan kenyang sampai ke malam)
Bahan-Bahan inti
1 mangkuk daging/ayam dicincang
1 biji bawang besar -didadu 
2 ulas bawang putih - tumbuk 
1 inci halia - tumbuk 
1 sudu besar cili kisar 
1sb serbuk kari daging+ sedikit air (jadikan pes) 
garam
 2 biji telur

1. tumis seketika bawang putih dan halia yang ditumbuk hingga wangi.
 Masukkan cili kisar & pes serbuk kari. 
Kacau hingga naik bau.
 2. masukkan bawang besar yang didadu...kacau hingga wangi. 
3. masukkan daging/ayam,.
 4. perasakan dengan garam dan biarkan hingga daging kering airnya. 
Ketepikan.
Bahan² Untuk Topping
 Biskut Cream Crackers secukupnya
1 cawan susu UHT
1 biji telur (untuk lapisan terakhir)
keju

CARA
 Rendamkan krackers dalam susu
 Oleskan dulang pembakar dengar mentega.
 Susun krackers yang telah dicelup tadi ke dalam loyang.
Lapiskan dengan lapisan daging.
 Pukul ringan telur dan tuangkan separuh dari telur ke atas lapisan daging tadi.
Susun lagi krackers atas lapisan daging dan telur tadi.
Tuangkan lagi separuh dari susu tadi.
 Ulangi proses lapisan sehingga habis, lebih kurang tiga lapis.
 Akhir sekali tuangkan baki susu sehingga habis.
Bakar selama 45 minit pada kadar 190C.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.