04 March 2014

Resepi Sambal Hitam

Dah lama teringin mencuba sambal hitam ni
tp tak jadi2 jugak
belimbing buluh habis dimasak lemak bersama udang ja
kali ni bila ada belimbing buluh,cili padi,ikan bilis
rajinkan diri utk mencubanya
sbb ramai yg cakap
ianya super sedap

 BAHAN-BAHANNYA
10 biji belimbing buluh rebus
20 biji  cili padi
segenggam ikan bilis
(rendam sekejap dan toskan)
6 ulas bawang merah (3 biji ditumbuk, 3 biji dihiris)
 kicap manis  secukup rasa
 Garam dan gula secukup rasa
 Minyak masak utk menumis

CARA MEMBUATNYA



Cuci belimbing buluh
Masukkan ke dalam periuk,
, JANGAN letak air.
Masak dengan api perlahan hingga belimbing
 mengeluarkan jusnya sendiri, nak cepat, masa masak tu,
 tutup periuk sekejap, nanti ia akan berwap dan cepat berair.
 Kemudian kacau dan kecilkan api pada tahap minimum,
masak hingga belimbing kecut dan jusnya kering.
 Pastikan anda kacau setiap 1 - 2 minit sekali
 hingga ia bertukar menjadi gelap.
Matikan api dan sejukkan.

UNTUK BAHAN SAMBAL :-

Tumbuk cili padi hingga lumat,
tumbuk 3 ulas bawang merah dan ikan bilis hingga lumat,
 tapi jangan halus sangat.
Tumbuk juga 1/2 cawan belimbing buluh rebus tadi,


 UNTUK SAMBAL HITAM PAHANG :-

Panaskan  minyak dalam kuali,
 tumis bawang hiris hingga harum,
masukkan semua bahan2 tumbuk sekali gus
(cili padi, bawang merah, ikan bilis dan belimbing rebus),
 kacau rata dan tumis hingga bahan2 tadi nampak garing,
 masak dengan api sederhana.
 Tambah kicap manis, kicap pekat, garam dan gula secukup rasa,
 kacau rata dan masak dengan api kecil hingga sambal menjadi kering

secukup rasa-masam,manis,masin,pedas
boleh dimakan dgn ulam2an atau apa saja

03 March 2014

Snow Cheese Cake

Kalau dibeli
snownya tak berapa 'lebat'
nipis ja...
so bila di bake sendiri
boleh tabur sebanyak mana yg mahu
 Bahan untuk kek
 6 biji telur ayam (buang 2 biji bahagian putihnya)
100 gram gula halus
(cuma gunakan 50g utk kurangkan manis)
100 gram tepung hong kong
 60 gram tepung jagung (maizena)
50 gram air sejuk (dr peti ais)
1 sudu teh baking powder
 2 sudu makan ovelet
 75 gram mentega (dicairkan)

 Bahan untuk krim
 1 kotak cream cheese philadelphia
Sedikit susu pekat manis

 1/2 kotak kraft cheddar cheese (diparut)

Masukkan semua bahan2 kecuali
mentega cair dan putar sehingga pekat dan putih gebu.
 Pelahankan putaran dan masukkan mentega cair.
 Kaup balik dengan spatula sehingga mentega cair sebati dengan adunan.
 Tuang ke dalam acuan  yang telah digris/alas
dan bakar sehingga kek kekuningan dan masak.
 Boleh potong potong kek menjadi dua lapis
 dan sapu krim cheese ditengah2 dan lapik.
 Sapukan krim selebihnya sekeliling kek
dan parutkan cheddar cheese tadi sebagai hiasan.
so cheezy....so yummy...

02 March 2014

Ufti Bunga Emas

entri saya sblm ni mengenai 
pokok bunga kertas
bagai kelas horticulture 

Kali ni mari belajar sejarah pulak hehe

Bunga emas merupakan ‘alat diplomatik’ yang
 diamalkan oleh negeri yang dinaungi
menghantar bunga emas itu kepada negeri naungan
 sebagai tanda penghormatan dan persahabatan.

Bunga emas akan dikaitkan melalui perhubungan kuasa Siam 
dengan negeri-negeri Melayu Utara termasuk Kedah.
(Selain Kelantan dan Terenganu)

 Negeri-negeri Melayu ini menghantar bunga emas bagi mengelak
Bangkok menyerang negeri mereka. 
Selain bunga emas,
bunga perak juga mengambil tempat yang sama sebagai tanda
 penaungan sesebuah
wilayah yang dinaungi.
Mercu tanda replika bunga emas di tepi jalan besar dari Kangar ke Arau.


Sebanyak 28 pokok bunga emas telah dihantar
 kepada pemerintah Thailand di Bangkok
 sebagai tanda persahabatan dan hubungan mesra dua negara berjiran.

 Menurut Altarikh Salasilah Negeri Kedah 
penghantaran bunga emas dan perak ini bermula pada era pra-Islam,
 di mana kerajaan Thai di Ligor 
iaitu Nakhonsithamarat membantu Kedah apabila diserang oleh Burma.

 Bunga emas dan perak dihantar sebagai tanda terima kasih 
selain pampasan kerugian kerana membantu Kedah dalam peperangan itu.

 Selain bunga emas,
 pemberian lain termasuk dua kayu kain kasa berkepala benang emas, 
12 perisai, 12 tombak, 12 lembing dan 12 kayu kain putih. 
Pemberian ini dihantar disertai surat beradat dengan iringan 100 ekor gajah. 

 Bunga emas dan bunga perak berketinggian dua meter
 dan mempunyai empat cabang dengan kuntum bunga 
berbentuk bunga cengkih dan daun tiruan flora ketika itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.