22 March 2014

Resepi :Chewy Cheese Ala2 Kfc


 BAHAN-BAHAN :
 5 biji ubi kentang (saiz sederhana)
1 1/2 cawan tepung gandum
 (ikut sukatan kentang, kalau kentang lebih, lebihkan tepung)
secubit garam
 1/2 keju cheddar (dipotong kecil-kecil)
Serbuk Roti
2 biji telur

CARA-CARANYA :
1. Rebus kentang bersama garam.
(kentang dikupas terlebih dulu)
 Bila dah empuk, angkat dan toskan.

2. Gaulkan kentang tadi bersama tepung gandum.
Jangan terlebih letak tepung gandum,

. 3. Bentukkan adunan kentang--tepung gandumi menjadi bebola kecil.

5. Masukkan keju/cheese yang dipotong kecil ke dalam bebola kecil tadi.
lebih kurang mcm buat buah melaka tu

6. Dah siap bubuh keju/cheese tu salutkan dengan serbuk roti.
Kemudian, gaulkan pula dengan telur yang dah dipukul.
 Kemudian, gaulkan lagi sekali dengan serbuk roti.

 7. Sedia untuk digoreng.

21 March 2014

Muzium Jeruk Madu Pak Ali


 Muzium ni terletak di
Lot 420, 421, 652-655 
(Kawasan Perindustrian IKS, Perda Tasek), Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang

 Fakta Mengenai Jeruk Madu Pak Ali


-Perusahaan Jeruk Madu Pak Ali telah dijalankan sejak tahun 1985 lagi.
 Ketika itu, ia dijalankan secara kecil-kecilan di rumah, yang diasaskan oleh Hj. Ali Omar.

- Jeruk Madu Pak Ali mula dikomersialkan pada tahun 2007, 
di bawah syarikat Kunci Kreatif Sdn Bhd, dengan modal permulaaan sebanyak RM15,000. 

-Jeruk Madu Pak Ali merupakan satu-satunya kilang jeruk bumiputera 
yang menghasilkan jeruk secara komersil di Malaysia. 

-Jeruk Madu Pak Ali mendapat sokongan dan bantuan dibawah
 Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), 
Kementerian Pertanian (MOA), Jabatan Pertanian, FAMA dan MARA. 

-Jeruk yang dihasilkan adalah buah-buahan segar yang dipajak terus
 dari ladang-ladang seperti ladang Mempelam Sala di Perlis.

- Kini, terdapat lebih 30 jenis jeruk basah dan 50 jeruk kering yang dihasilkan 
di kilang Jeruk Madu Pak Ali yang terletak di Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan. 

-Ramai pekerjanya adalah di kalangan surirumah dan ibu tunggal sekitar kawasan. 

didalam tu,pekerja sedang membungkus jeruk
Berbagai kuih tradisioanl dijual disini
saya terus menuju ke tempat membuat kuih peneram


sapa suka makan kuih ni??

saya  lebihsuka membelinya di pasar malam 
sbb ianya dijual ketika baru lps diangkat dari kuali
tersangat la fresh..

dodol pun ada...

Di sini juga ada Agro Bazaar
yg menjual berbagai produk-produk Fama dan juga jenama produk Jeruk Madu Pak Ali.
Ada banyak produk IKS yang boleh dibeli termasuk madu,
cuka, kicap, mee segera, jeruk basah, jeruk kering, biskut,
kordial dan macam-macam lagilah.
Semuanya keluaran bumiputera dan Fama. 

pernah makan buah kiwi yg dijeruk?


Apa keistimewaan Jeruk Madu Pak Ali?
 Jeruk Madu Pak Ali menggunakan gula pasir (tiada ibu gula)
 seperti kebiasaan pengusaha lain.
Dan ia ada tambahan madu lebah asli sebagai citarasa unik yang menjadikan ia Jeruk Madu.
 Jeruk yang dihasilkan menggunakan cuka epal yang memang baik untuk kesihatan

Jika makan Jeruk Madu Pak Ali tidak akan batuk dan tidak sakit tekak
(tersedak)seperti kebiasaan kita makan jeruk lain yang ada di pasaran.
 Satu-satunya perusahaan jeruk di Pulau Pinang yang ada sijil halal Jakim.



20 March 2014

Terimakasih...

Pernahkah kita mengucapkan TERIMAKASIH pada
-posmen
-pemungut sampah
-pemotong rumput
-pak guard



Terima kasih, 
kalimah yang pendek dan ringkas, 
tetapi kesannya cukup besar.

 Ia melambangkan akhlak serta kehalusan pekerti kita.
Ia juga sebagai tanda menghargai dan kegembiraan kepada mereka yang membantu kita. 

Di dalam kehidupan sehari-hari kita tidak terlepas daripada mengucapkan terima kasih. 
Kita mempunyai banyak sebab untuk berterima kasih.
 Kita banyak menerima bantuan dan pemberian 
daripada orang lain ketika menjalani kehidupan seharian. 
Jika tersesat jalan, 
lalu ada yang membantu menunjukkan arah,
 kita berterima kasih kepadanya. 
Begitu juga kepada posmen yang menghantar surat, 
pemungut sampah yang memungut sampah 
atau pekerja yg memotong rumput didepan rumah kita

tanpa pemotong rumput,tukang sapu sampah
laman ni pasti tak berseri..

Cubalah ucapkan terima kasih yang tulus daripada hati yang paling dalam. 
Lihatlah kegembiraan mereka dengan penghargaan ini.
 Renungkanlah pula ke dalam hati kita,
 bukankah dengan kegembiraan mereka kita juga turut merasa gembira?

 Mengucapkan terima kasih dengan benar-benar ikhlas, 
hakikatnya kita bersyukur kepada Allah SWT.

 Dalam satu hadis riwayat Imam Tirmidzi ada menyatakan: 
"Tidaklah berterima kasih kepada Allah sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia". 

 Justeru ringan-ringankanlah lidah untuk mengucapkan terima kasih, 
mudah-mudahan kita termasuk di kalangan orang yang bersyukur kepada-Nya.

Terimakasih kerana membaca entri ini...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.