05 March 2020

Kenakalan Si Bongsu

Anak bongsu sering dikaitkan
dgn sifat manja,mengada2,merenggek2..
yalah sbb semua org dlm rumah beri perhatian padanya

Tapi tidak pd si puteri bongsu dlm rumah ni
teringat segala kenakalannya,telatahnya
membuat siibu tersenyum sendirian

kebanyakkannya dibuat ketika uumurnya 3-5 tahun


1)Waktu harijadi kakaknya Eleena
suami beli kek pd sebelah pagi
plan nk buat makan2 sikit sebelah petang ya

Sebelum kesekolah,Eleena berkali2 pesan pd saya

"Mak jaga kek adik elok2 tau.."

Eleena blk sekolah terus buka petiais

"Makkk...Tasha dh hancurkan kek adik.."
Katanya sambil menangis

Bila saya tgk ,dh takda rupa kek
dgn lilin  terpacak
dgn  mancis sekotak dicucuk2 atas kek tu

Saya tak jadi marah,terus tergelak

"Alaa Tasha cuma tlg pasang lilin ja,katanya tanpa rasa bersalah...



2)Satu hari Eleena tertidur di sofa
dgn perlahan2 Tasha mebuka spek kakaknya
dan pakai kt perutnya yg montel tu

"Makkkk..Tasha bg rosak spek adik.."

Menangis Eleena bila speknya longgar dan hampir patah

3)Saya mengajaknya solat bersama saya

"Tasha ikut apa yg mak buat ya.."

Sebaik habis solat
tengok2 dia dh lesap

"Mak solat lambat sangat,katanya..



3)"makkk..tgk kakak ni..
dia kata Tasha gemuk.."

"Mana adaaaa..mak tak dengar pun.."

"Tu mulut dia bergerak2...dia nk kata dh tu..."


4)satu hari dibulan puasa
kakaknya balik dari sekolah

"Kakak..sedapnya buah tembikai ni.."
Menangis la kakaknya sbb teringin

03 March 2020

2 Hari Berumah Di 2 Hospital


1 mac saya ada temujanji dgn doktor
Di hospital Sultanah Bahiyah
Utk amik darah dan jumpa doktor
Pukul 10 lbh baru setel amik darah
Turun makan kt cafe dulu

Jam 12.30 naik semula
Jam 3 lbh baru naik nombor giliran saya

Keputusan ujian darah saya
masih tak mencukupi 
Masih dibawah 10

Saya cakap kt suami
Ni kalau kita pergi kt mana2 bomoh
Mesti dia cakap
Hantu yg dok hisap darah saya ni haha

Doktor bg surat rujukan ke Hospital Kulim


2 mac
Jam 7.30 pagi dh bergerak ke hospital
Tanpa apa2 persediaan sbb saya ingatkan cuma
 inject ubat ja

Rupa2nya kena masuk wad 

Ni zink atau lbh dikenali air kopi dikalangan doktor
50ml ni mengambil masa sejam utk habis
So tak boleh kemana2 walau utk ke toilet pun

Suami bertanya sakit tak
Saya katakan padanya saya dh lali
dgn jarum,yg pendek,yg panjang
yg besar,yg kecik
semua dh rasa


Lega bila dh habis satu tiub ubat
Kena rehat sejam
Nasib baik badan saya boleh menerima
ubat yg dimasukkan
Sbb nurse asyik berpesan
Kalau rasa gatal2,loya ke apa cepat2 bgtau


Lepas rehat sejam
Dimasukkan pulak ubat 50ml lagi
Kali ni mengambil masa 3 jam utk habis

Dlm masa sehari suntuk tu
saya menyaksikan pesakit sebelah katil meninggal

Pesakit didepan saya pulak
Dh 3 bulan terlantar diwad sbb jangkitan kuman pd paru2

Saya terpaksa ulangi lagi sekali proses ni
Sebelum ke hospital sultanah bahiyah semula pd 23/4  nnt

01 March 2020

Ketika Kau Mekar


Kau bunga
Ketika kau sedang mekar
mewangi..indah berseri
beribu serangga dan ungas menghampiri
cuba mendekati

berhati-hati...
kerana bila engkau telah layu
gugur kebumi
tiada yg sudi



















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.