Selepas disahkan mengalami masalah jantung tersumbat
Doktor di hospital kulim bg surat rujukan utk ke hospital sultanah bahiyah
Saya cuba minta ke hospital penang tp tak boleh katanya
Sbb kes under KKM kedah
Selepas 2 kali ke HSB
Sorg doc perempuan yg muda dan comel
Menerangkan tentang proses angiogram
Yg bakal saya jalani
“1 stent berharga 6k ya puan
So puan kena masukkan 3 stent
Bermakna puan kena bayar 21k ...”
3k lg tu utk lain2 perkhidmatan
Gullppp
Saya memandang suami
Suami memandang saya
“Tp kami tak sekejam tu puan
Pihak hospital ada menyediakan Tabung Bantuan Perubatan
Dibawah jabatan kerja sosial
Utk membantu golongan kurang berkemampuan..”
Setelah diterangkan dgn panjang lebar dan memastikan kami benar2 faham
Doctor tersebut akan submit borang permohonan
Dan meminta kami datang ke HSB bila dipanggil utk interview
Ni antara dokumen yg wajib dibawa semasa proses interview
Kata pegawai tersebut
Biasanya bantuan yg diberi bkn sepenuhnya
Mcm dalam kes saya
Bantuan yg diberi 18k
Dari jumlah kos 21k
3k lagi kena keluar duit sendiri
Selepas bersetuju saya diminta tandatangan berbagai borang
Dan menunggu surat kelulusan
InsyaAllah proses angiogram akan dibuat pd 5,6/8 nanti














Pintu Kayu Durian