30 March 2011

Ketagih CityVille

Sejujurnya..
sejak mendaftar dgn FB
saya tak pernah buka/main game
Tak pernah...!!!!

Melihat anak2 bermain segala game kat FB
saya mencebik
buang masa...takde faedah...

dan dia org membalas balik
"mak tak main..
mak tak tau best giler..."

Anak lelaki saya 'memberi amaran'

"mak jgn main..
nnt mak ketagih
mcm cikgu abang
lambat masuk kelas
rupanya dok layan game"

dan beratus notifications kat FB saya
ajak join game tu,game ni
jadi neighbour la
jadi crew apa2 tah la
dia org igt saya yg main

tidak...!!
anak saya yg main
guna akaun FB saya

sehinggalah disatu hari
anak saya 'menunjukkan' bandar saya
yg dibinanya...
bla..bla..bla..
dia beri penerangan

sekali saya cuba...
ok..biasa ja..
kali kedua cuba...
eh best jugak ya
kali ke 3..
kali ke 4..

seterusnya...
saya dah kemaruk main cityville

seronok membina bandar
membeli tanah
membina rumah
melawat jiran2
mengutip syiling hehe
dan segalanya..

patutlah pernah keluar kat paper
tahun lepas

jutaan org didunia(penguna FB)
kemaruk dgn permainan ini..


oppss...mai la jadi 'jiran' saya :)

26 March 2011

Surirumah....





1. Sikap sambil lewa dan suka bertangguh.
Mungkin kerana mereka sepanjang hari
berada di rumah dan tidak perlu
buat kerja dengan segera.
Sepatutnya suri rumah sepenuh
masa dapat mengurus rumah
dengan lebih baik dan kemas.
Tidak melakukan kerja secara tergesa-gesa
hanya apabila ada orang nak datang.

2. Tidak menjadikan kerja mengemas
rumah sebagai satu budaya hidup.
Sesungguhnya apabila mengemas
menjadi budaya harian,
mereka tidak memerlukan masa
yang panjang untuk mengemas rumah.

3. Tidak mendidik anak-anak
supaya sentiasa bersih dan kemas.
Sepatutnya anak-anak sejak kecil lagi
dididik agar menghargai kebersihan.
Jika sejak kecil sentiasa
hidup dalam suasana bersih,
sudah tentu ia akan menjadi
budaya anak-anak kita pula.

4. Tidak berminat mengemas rumah.
Hal ini berkemungkinan kerana mereka
sudah biasa hidup dalam suasana
yang tidak kemas dan tak terurus.
Akibatnya bila sudah berkahwin,
budaya itu turut terbawa-bawa.

5. Merasakan bahawa mengemas rumah
bukan perkara penting malah
merugikan masa kerana mesti dilakukan berterusan.

6. Suka mengunjungi rumah jiran tanpa
mengira waktu sehingga tidak
sempat hendak mengemas rumah.
Macam ahli mesyuarat tingkap

7. Lupa bahawa itulah imej yang mempamerkan
peribadi sebenar seseorang wanita.
Tentu tidak wajar wanita Islam mengabaikan
kebersihan dan kekemasan rumahtangga,
sedangkan Islam amat menyuruh
umatnya sentiasa bersih.

buatlah segala kerja dgn redha dan ikhlas
kerana segala rungutan
akan menghilangkan segala pahala

'syurga bagi lelaki adalah didunia
syurga wanita adalah disana..'


SESUNGGUHNYA BKN
SENANG MENJADI SURIRUMAH..


23 March 2011

Di Rumah Ayah

Dari Gua Musang ke kampung saya
Gunung,Bachok
mengambil masa lbh kurang 2 jam


sebelah ptg,mengunjungi pantai irama



ada pasar malam disitu


berbagai warna dan bentuk layang2 dijual


sekolah ku dulu
berada disini selama 2 th (6 rendah & atas)
nasib baik lah FB menemukan semula
bekas2 pelajar sekolah ni



pasar jelawat..
mencari kuih muih tradisional kelantan
yang dicari dah jumpa
tapai ubi kayu..


pagi sebelum bertolak balik
berposing didapur yg sgt berselerak...

kanan sekali
mak sedara (adik arwah emak)
dari Thailand
beliau sampai beberapa minit sebelum saya bertolak balik


semoga ini bukan pertemuan
yg terakhir..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.