30 April 2014

WW :Udang,Ikan,Kerang

Kampung Sg Udang,Kedah

merah bagaikan udang kena bakar
(kolam penternakan udang,Langkawi)

Lumut
jangan ditanya replika ikan apa
kerana saya tak mengenalinya
 yg ni..pun tak kenal jugak..
(tau makan ja)

makan seafood kat Teluk Tempyak,Penang...sedapppp..

28 April 2014

Resepi Sotong Rebus Serai

Menu yg sangat2 simple
tp sangat2 sedap (di tekak saya)
menu yg sangat2 familiar kat Kelantan

Sotong rebus serai


Seeloknya guna anak2 sotong
kalau yg ada telur,lagi la terangkat


-sotong dibersihkan namun jangan buang kulitnya
-kalau sotong kecik2,tak perlu dipotong2
-tp saya cuma jumpa sotong yg dah akil baligh,terpaksa la dipotong2

-2,3 batang serai,diketuk2
-seulas bawang putih,diketuk
-sebiji bawang besar/atau bawang putih
-garam dan sedikit gula melaka atau serbuk perasa
-kalau nak pedas,tambah cili padi

campurkan kesemuanya dan rebus
jgn masukkan air terlalu banyak
cukup sekadar tenggelam sotong tu ja
saya suka kepala sotong

27 April 2014

Sambal Belacan Lebih Sedap

...cinta itu boleh diumpamakan 
bagai makan sambal belacan, 
walau pedas,
 hingga mengalir air mata, 
masih mahu dimakan jua..

 Alleycats - Cinta Sambal Belacan (Cinta Itu)  

haha..sambal belacan pun boleh dijadikan lirik lagu 

 Membuat sambal belacan mmg mudah
 tp menghasilkan sambal belacan yg sedap,
 memerlukan sedikit kerajinan

 1 ) Pilih cili yang segar sahaja. 
 Jika ada bahagian yang sudah lembik atau layu, 
 akan mempengaruhi rasanya.
2) Tumbuk cili bersama garam terlebih dulu.
 Lepas itu baru masukkan belacan atau bahan lain jika ada.
 Ini kerana garam akan lebih mudah meresap ke dalam cili
 berbanding jika dicampurkan kesemua bahan lain sekaligus.

(belacan hendaklah dibakar 
atau goreng tanpa minyak sekejap)
3) Guna lesung batu atau batu giling. 
Tapi ramai yang gunakan blender sekarang
-sebab nak cepat …( termasuk saya)
-sbb tak mau pijar tgk kepanasan terpercik cili

tumbuk ya puan2,
sambil buat senaman lengan

berbagai bahan tambahan boleh digunakan
utk 'meng up kan' rasanya
boleh tambah seulas dua bawang putih
atau sedikit ikan bilis
buah bacang atau kuini 
amat sedap jika dicincang dan gaul kedalam sambal belacan

semua jenis ulam2an sedap dicicah sambal belacan


tarik..tarik..petik..petik..pucuk gajus
sampai terkopak dahannya
(dan masalahnya..pokok ni kt rumah org haha)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.