24 November 2019

Khasiat Sayur Taugeh


Taugeh..
antara sayur yg paling murah
namun kaya dgn pelbagai khasiat
(Taugeh goreng)


Taugeh adalah sejenis sayur-sayuran yang malang sekali kurang digemari oleh kebanyakan individu tanpa mengira jantina dan usia.

 Sebenarnya, ia mempunyai pelbagai khasiat yang ramai tidak tahu.

 Manfaat Sayur Taugeh

 1. Kaya protein Taugeh sebenarnya mempunyai dua kali ganda lebih banyak protein berbanding daging lembu atau ayam. 

 Antara kebaikannya adalah ia mampu meningkatkan kesuburan terutamanya lelaki yang sangat memerlukan protein untuk menghasilkan hormon untuk tujuan kesuburan.

 2. Kaya enzim Berbanding sayur-sayuran lain, taugeh mengandungi 100 kali ganda enzim. 
 Ia sangat penting untuk fungsi tubuh badan terutamanya untuk proses pencernaan. 
 Enzim mampu membantu individu yang mempunyai masalah penghadaman dan perut kembung.

 3. Kaya serat Dalam pada itu, taugeh juga baik untuk fungsi penghadaman kerana ia mengandungi kandungan serat yang tinggi. 

 Serat ini akan membantu meleraikan lemak dan toksin dalam tubuh badan lalu mengeluarkannya. Ini sekali gus dapat membantu anda mengawal berat badan.

 4. Kaya antioksidan Taugeh yang kaya antioksidan dan asid amino sebenarnya mampu memberikan pelbagai kebaikan.
 Antaranya yang penting adalah melawan kanser dan memperbaiki fungsi otak. 
 Dalam masa yang sama, makan taugeh juga sebenarnya adalah amalan awet muda yang sangat bagus untuk diikuti. 

 5. Kaya asid lemak Selain itu, taugeh juga sangat kaya dengan asid lemak.
 Kebanyakan individu tidak mendapatkan asid lemak omega-3 kerana hanya bergantung kepada makanan laut atau telur sahaja. 
 Oleh itu, tidak salah rasanya jika anda mengambil taugeh sebagai alternatif, bukan?


 6. Kaya vitamin Paling penting, taugeh sebenarnya sangat kaya dengan vitamin seperti vitamin A, C, E dan pelbagai lagi dalam keluarga vitamin B. 
Vitamin-vitamin ini sangat penting untuk tumbesaran dan perkembangan tubuh badan anda.

22 November 2019

Kuih Kaswi

Kuih kaswi ni sangat simple
tp rasanya sangat sedap
sesuai utk sarapan mahu pun utk minum petang

                                   BAHAN-BAHAN:

 2 cawan tepung gandum 
1/2 cawan tepung ubi
 1 cawan gula
 1 cawan gula merah
 5 cawan air 
3/4 sudu teh kapur makan
 Kelapa parut putih


 CARA MENYEDIAKANNYA:

 Masukkan semua bahan-bahan kedalam mangkuk besar kecuali kapur makan.

 Gaul sampai sebati dan gula larut. 

Tapiskan adunan kedalam mangkuk lain.

 Campurkan kapur makan dengan 3 sudu mkn air. 

Masukkan kedalam adunan yang telah di tapis tadi. 

Aduk hingga kapur sebati.

 Oles acuan dengan minyak masak dan tuangkn adunan kedalam loyang tadi.

 Kukus selama 30 minit.

 Sila pastikan air kukusan mendidih dulu baru dikukus. 
Balut penutup kukus dengan kain mengelakkn air menitik ke atas kuih.

20 November 2019

Spageti Aglio Olio Seafood

Bila tekak tak mau terima nasi
maka beralih selera menjadi mat saleh kejap
spageti aglio olio seafood
en suami tak makan pasta2 ni
saya dan anak2 ja dok pulun makan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.