05 June 2012

Balik Kampung (Part 1)

Salam
Saya tak berkesempatan menjenguk blog
3,4 hari
terasa begitu lama...begitu rindu...

Namun...berada di kampung beberapa hari
jiwa saya benar2 relaks...bebas...

1 jun...bertolak dari rumah jam 7.15 pagi
Kulim-Simpang Pulai -Cameron Highlands
mengambil masa lbh kurang 3 jam
hanya singgah sekejap di Cameron
tak best...musim cuti sekolah
manusia melimpah ruah...


Sebelum jam 2 ptg
dah sampai di Gua Musang
(rumah kakak no 2)

selepas solat ,makan tghari..
anak2 dah tak sabar ajak ke sungai
disini..ada beberapa btg anak sungai
yg masih terpelihara kejernihan airnya

yg seronoknya..anak sungai ni
terletak didalam kebun abg ipar saya
so takde org lain yg masuk mandi kat sini
kita anak beranak bebas mandi manda
plan nak ber BBQ tepi sungai
namun dek kekenyangan
selamatlah ayam2 tu didalam peti ais


dan menu wajib
(sebenarnya saya memaksa kakak membuatnya)
laksam

dan dah bertahun2 saya tak membeli asam gelugur
kerana dapat free kat rumah kakak
pokok asam gelugurnya sentiasa berbuah

hanya kutip buah yg gugur
potong nipis2...jemur sampai kering

dan baru saya tahu
asam gelugur dan asam kandis tak sama
walau buahnya sama
dan sama2 dibuat asam keping

19 comments:

  1. bestnye dapat mandi kat sungai.. siap bawak gayung lagi.. hehehe..

    psstt: saya rasa saya pun berada dalam situasi 'balik kampung' akak tu.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. Salam Kam,

    Selamat bergembira di kampong dan selamat bertemu sanak saudara.

    ReplyDelete
  3. Balik kampung sambil bercuti.. hilang rindu dan happy..

    ReplyDelete
  4. sedapnya Laksam tu...

    cameron comfirm la cuti sekolah ramai...

    ReplyDelete
  5. cantiknye sungai tu..ayu mmg suke picnic kt sungai @ air terjun.. kak, laksam & strawberi tu sungguh sedap nengoknyer.. Terliur pulak. :)

    ReplyDelete
  6. Seronok kan..bila citer pasal cuti ni..semua problem leh lupa..huhhu..:)

    ReplyDelete
  7. ya Allah..bestnya sis..rindu nk gi cameron.suasan aman, sejuk, pokok2 keliling, bunga2 segar.besttt =)

    ReplyDelete
  8. kg kat cameron highland...pergh mmg best gile....musim2 panas dpt mandi air sungai....sejuk jee

    ReplyDelete
  9. bestnya kak dpt mandi kat anak sungai yg jernih airnya. anak2 saya mesti suka

    ReplyDelete
  10. Seronoknya tengok air jernih yang mengalir tu..lebih2 lagi hak persendirian, bila2 je boleh terjun tanpa ragu2. Kalaulah punya kebun sendiri dengan sungai mengalir jernih ... oh, hebatnya, takpelah...tak dapat di dunia, moga dapat di syorga.

    ReplyDelete
  11. Bestnya sungai tu ada kat kebun sendiri,boleh tiap2 hari mandi sungai.....

    ReplyDelete
  12. Memang best kat kampung kalau alam semula jadi masih terpelihara.

    ReplyDelete
  13. memang damai dan tenang ketika bersiar di kawasan hutan dan ada air terjun. Mesti anak2 happy

    ReplyDelete
  14. nmpak strawberry, air jernih dan laksam
    semua tu favaret...

    ReplyDelete
  15. assalam
    salam kenal
    jauhnya perjalanan
    sejuk tgk air sungai mengalir...rindu suasana camni zaman kecik2 dulu sungai tmpt bermain setiap hari

    ReplyDelete
  16. wah sangat seronok bercutikan..damai sangat biler tgk gambar air terjun...ermm menyelerakan sungguh laksam tu kak..

    ReplyDelete
  17. asalamualaikum saudaraku keluarga Kamsiah, datang lagi benar2 terpikat nampak strewbery. adakah di tanam di pasu besar tu? saya ada beli benih strewbery ni di Kundasang ranau time bercuti hari tu, sekarang ada 4 pasu kecil saya benihkan harap menjadi. anak bongsu saya benar2 suka makan ni..tq

    ReplyDelete
  18. alhamdulillah..berseronok di musim cuti sekolah..

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.