06 July 2012

Si Comel Datang Berkunjung...

Beberapa hari lepas
si comel yg pernah
menjadi sebahagian dari keluarga saya
datang melawat...
(saya menjaganya selepas ibunya mula bekerja
sehabis pantang)

beberapa hari sebelum tu
ibunya meng MMS pic Widad
terlantar di GH Penang
akibat terkena air panas
melecur separuh badan hingga ke peha

saya bercadang melawatnya disana
tp ibunya bimbang akan menyusahkan saya
biarlah mereka yg datang kerumah,katanya

alhamdulillah..saya lihat parutnya dah ok
dah hampir sembuh

cuma yg saya tak sanggup lihat
video yg dirakam abahnya
semasa proses membersihkan luka dihospital

si comel ni terpaksa dipegang oleh 3,4 org nurse
tangisan tak payah cakap lah
sampai terketar2 bibir


seperti biasa,dia akan malu2 meow
ketika mula2 sampai
dan seperti biasa jugak
ibu & abahnya akan meninggalkan dia
bersama saya beberapa jam
utk membolehkan anak2 saya
bermain dan melepas rindu
bersama 'adik angkatnya' ni

bkn Widad namanya
kalau dok diam ja
ada ja kerja yg dia nak buat





habis lecur anak sawi yg baru tumbuh


nasib baik la air panas
tu tak terkena mukanya yg comel
<
<
<
<
<
dulu2,ramai yg menganggap Widad dan anak bongsu saya,Tasha
adalah adik beradik..

11 comments:

  1. Salam Yong,
    eee ngeri bila dengar orang kena air panas, kekanak pulak tu. Alhamdulillah dah pulih dia.
    Yaaa muka dia dgn anak Yong tu seiras!

    ReplyDelete
  2. teringat masa dak Adik kena air panas dulu.. tapak tangan dan tapak kaki.. :(
    wujudnya blog ni pun kerana dia..

    ReplyDelete
  3. comelnye kak, kene dgn panggilan sicomel tu ..
    kene kat mana air panas kak?..
    kesiannyya la hai..

    ReplyDelete
  4. assalam kamsiah..memang comel widada ni dan gambar berdua tu memang betul2 macam adik beradik

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Kamsiah

    comel nyer dia....

    dah besar nanti tentu rajin tu...

    ReplyDelete
  6. comel nye widad
    memula acu ingat kan widad nie lelaki..hehehehe

    ReplyDelete
  7. kesian..memang comel kedua2 anak ni, macam adik beradik..seiras.. :)

    ReplyDelete
  8. Kasihan ..macamanalah tersimbah air panas tu ya?. usia dia memang aktif jika tak diperhati macam2 boleh berlaku, syukurlah ya tak kena muka comel dia..ngeri pula ni. hati2 lepas ni ..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaiku dan salam kenal dari akak ^_^

    ReplyDelete
  10. comei comei blaka tuh ..
    boleh tempah tempat utk puteri UMNO ..
    ha..ha..ha....

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.