28 November 2012

Free Fridge Magnet Lagi

salam
6 ketul fm ni
pemberian teman blogger
yg dikenali sbg Mulut Payau
empunya blog Siratan Hidup
saya meneka destinasi percutian beliau dgn betul
entrinya kat sini

pada mulanya tertanya2
siapa gerangan pengirim
beralamat di Gua Musang
tempat tu so familiar bg saya
kerana kakak ke 2 tinggal disana

bkn 1 yg dikirim
tp 6...banyak tu

terimakasih daun keladi
tertanam hajat dihati
satu hari pasti singgah di terataknya

27 November 2012

Selamat Ulangtahun Sayang....

Tanggal 27 Nov 2006
kau menjengah dunia
berselang masa 7 tahun
dari kakak Eleena
kehadirannya disambut penuh keriangan
oleh abg dan kakak2nya


kemana2..pasti pipinya dicubit org
dek kerana tembamnya

jika tertdo di sofa
hanya ayah yg mampu mengangkatnya ke bilik
mak tak larat..mau patah pinggang


ulangtahun ke 3





tp makin besar makin susut berat badannya


dan makin cumel...:)



Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu
(Imran Ajmain)



2 biji kek dibawa ke tadika
utk dimakan bersama kawan2

26 November 2012

Durian Crepe

Sekadar tak mahu ketinggalan
tgh hot skrg...tgh femes...
ramai yg dah tayang kat blog/fb
ramai yg berkata sedap hingga menjilat jari
so oder la seketul dua
walau saya bkn kaki durian
serta saya kurang mengemari krim yg lemak manis


sekali rasa...dah tak mau dah...
bkn selera tekak saya..

24 November 2012

Selamat Pengantin Baru...

Hari ni berlangsung majlis kenduri kawen
dirumah abg ipar saya
di Sg Petani
oleh kerana  dia org mengunakan khidmat katering
maka adik beradik cuma datang bawak badan ja la hehe

majlis perkahwinan dlm taman
bertemakan putih-hijau
pelamin di luar rumah



goddies bag utk tetamu cilik
berisi gula-gula


 utk tetamu dewasa
hmm tertera nama pasangan pengantin baru

 bunga tisu sbg bunga telur...cantik..


 antara hantaran dari pihak lelaki...
 sepupu sepapat pengantin
apa motifnya gaun pengantin
tersidai di beranda hehe...
kek kawen

gambar pengantin terpaksa di crop
kerana free hair hehe

23 November 2012

Free Fridge Magnet


Bermula dgn sebaris komen bernada gurauan
di blog En Thomas
pada entrinya- disini

"belikan I fridge magnet boleh.."

2 hari lps tu
saya menerima pesanan kt chatbox
meminta adress saya
2 hari lps tu
saya benar2 menerima kiriman beliau

Laos
Sarawak
 FM Brunei

 yg ni hadiah dari
kawan suami yg ke HK...


Thanks Thomas
beliau satu2nya kawan 'baik' kt dunia maya ni
yg berlainan bangsa
dan antara yg rajin
mengomen kat blog saya...

21 November 2012

Alhamdulillah...dah selamat kembali..

Alhamdulillah...tgh hari kelmarin
Mak mertua dan adik ipar saya 
telah selamat kembali ke tanah air

bagaikan tak percaya
dan terasa cepatnya masa
hampir 50 hari mereka berada di tanah suci
kini telah selesai
menunaikan rukun Islam ke 5 itu

Penang Airport


anak2 cucu,menantu...

dibawa balik kerumah adik ipar di kampung


musim durian tgh meriah skrg...
rambutan,manggis serta dokong...

20 November 2012

Tapai Pulut

Secara peribadinya
saya kurang mengemari tapai pulut
tapai ubi kayu adalah kesukaan saya

Namun saya 'dicop' tokey tapai pulut
kerana 'dipaksa' membuatnya
tiap kali raya/kenduri kendara


utk hasil terbaik
gunakan beras pulut susu

yg ni,ori dari Siam

saya bkn memperkecilkan brg tempatan
tp ada perbezaan dari segi tekstur,warna
berbanding beras tempatan

Siam punya lbh lembut,wangi,putih melepak
dan tiada langsung rasa 'biji2' bila dimakan

oleh kerana anak buah suami saya
bersuamikan kastam
yg bertugas di Padang Besar
tiada masalah utk mendapatkan beras ni



ni ragi...import dari Kelantan
rm1=2 biji


ni rupa ragi yg telah dihancurkan


ni beras pulut yg telah dikukus kali pertama


renjis2kan sedikit air
kemudian kukus lagi
bila dah sejuk
taburkan ragi
sebiji ragi utk 2kg beras pulut


cup ni pun dah naik harganya...

jika mengunakan 'cup'
boleh tahan berbulan2 dalam peti ais
lagi pun mengisinya lbh cepat
berbanding proses membungkus mengunakan daun pisang/getah







versi daun pisang

tunggu 48 jam/2 hari
baru boleh makan...
(utk kenduri rumah
abg ipar sabtu,24 hb ni)

19 November 2012

STPM...Streamyx & Sibuk bagai....

Salam
Hari ni anak kedua saya
mula menghadapi STPM
8-11 pagi...paper Pengajian Am 2
semoga kamu dan rakan2 dipermudahkan segalanya
(..mak tahu kamu berpuasa hari ni...)

bersama 2 bff nya..digelar 3 stooges


Kes Streamyx

Saya telah menjadi pelanggan Streamyx hampir 13 tahun
dari zaman dial up
up grade tah berapa kali dah...

kemudian pasang WI-FI kat rumah
bermula lah masalah
DSL astik blinking memanjnag
2 minit guna...kemudian putus...
10 minit kemudian ok...kemudian putus

jgn kata saya tak report
tp bila technician TM datang
belek2 sana,sini..
check kabel
semua ok...

"ni bkn masalah kt umah akak.." katanya

saya 'korbankan' telefon rumah
buat direct connection

oklah 2,3 hari

lepas tu masalah lbh teruk melanda

internet akan putus sekitar jam 9 pagi
dan hanya ok semula jam 12 malam nanti
SETIAP HARI...

saya buat report lagi khamis lepas
mcm biasa
TM hantar techniciannya datnag
belek2...

"ni bkn masalah kat rumah akak ni
masalah line tak stabil.
takpe saya balik check kat port kami..."

janji tinggal janji
masalah tetap saya hadapi...

kerana masalah itu
saya jrg dapat ber BW ke blog kekawan

dan bil tetap sama
tiada sesen diskaun..!!
<
<
<
<
esok 20 hb
Insya Allah mak mertua saya
akan tiba di Penang Airport
balik dari tanah suci

24 hb-kenduri dirumah abg ipar
27 hb-besday Tasha



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.