22 September 2021

Ikan Tenggiri Masak Cuka

Rezeki kakak ipar bg ikan tenggiri lagi
Minggu lepas saya masak ikan tenggiri gulai/kari
Kali ni masak asam cuka pulak
Bahan2:
- 4 ulas bawang merah
-3 ulas bawang putih
-seinci halia
-setengah biji bawang besar
-2 sudu cuka
-sedikit serbuk kunyit
-setengah sudu kecil biji sawi
Tp saya tak letak sbb habis
- kalau ada timun dan tomato boleh jugak diletakkan
-beberapa biji cili padi dan cili merah

Cara2:
Ikan dilumur garam dan serbuk kunyit
Goreng dan ketepikan
Dalam minyak yg sama masukkan bwg putih,bwg merah dan halia
Bwg putih dan bwg merah tu tak perlu dihiris
Biarkan sebiji2
Dah agak layu masukkan cili padi cili merah,bwg besar dan sedikit air
Masukkan sedikit garam,serbuk kunyit dan serbuk perasa serta cuka

Kemudian masukkan timun yg dipotong memanjang,buang empulurnya

Kemudian masukkan ikan,tutup api dan boleh diangkat


Ikan talapia ni jugak diberi kakak ipar
Saya goreng ja
Dan sayur goreng sbg peneman


13 comments:

  1. Soalan mudah mengenai Etuza:-

    1. Secara ringkas blogger ini asal daerah di mana di Negeri Sabah?
    2.Berapa anak lelaki dan berapa anak perempuan blogger Etuza?
    3.Di manakah Negara yang pernah blogger Etuza lawati? ( melancong)
    4.Brand atau jenama bunga hidup paling digemari Etuza?
    5. Apakah nama syarikat pengeluar minuman kegemaran blogger Etuza?
    6. Antara 3 branded minuman pada gambar jenis minuman yang mana paling blogger Etuza gemari? bagi satu sebab mengapa Etuza sangat gemar minum minuman ini.
    7. Apakah maksud TIDAK MENGABUKAN DUIT? Pada fikiran anda?

    ada soalan no 4 ya..maaf terlupa. Nak ke kebun awal pagi tadi.
    Nanti buat entri di laman anda selepas 4/10/2021 ya,,
    ada masa nak letak di blog..macam kita promotlah blog sesama kawan kan..
    Tahnia telah mencuba

    ReplyDelete
  2. Rasanya jangan dulu terbitkan jawapan ini. Kecuali di laman Etuza, saya ada terbitkan ..apapun no 4 tu rahsiakan ya

    ReplyDelete
  3. Sudah pernah makan lauk ikan masak cuka. Memang sedap. Orang Kedah yang buat.

    ReplyDelete
  4. sedapnya ikan tenggiri dan talapia goreng. saya lagi suka ikan berbanding ayam.

    ReplyDelete
  5. ikan tenggiri sedap nya masak apa pun kak, tapi kene cuba jugak masak cuka nih... lama tak rasa

    ReplyDelete
  6. Ammi suka masak ikan cuka ni. Haritu lepas along and abg ipar kluar dr hospital akibat covid.. Ammi masakkan lauk ni. Byk dorang makan.

    ReplyDelete
  7. menu mcm ni pun cukup menyelerakan :)
    tq sharing resepinya..

    ReplyDelete
  8. Sedapnya ikan tenggiri. Ikan talapia goreng garing cicah sambal belacan sedap tu kak.

    ReplyDelete
  9. Ikan tenggiri masak cuka tu sedapnya. Anak saya, Fuad suka sangat masakan begini.

    ReplyDelete
  10. Ikan tenggiri tak pernah tak sedappp hehehe. Tapi ni first time saya dengar masak asam cuka. Nampak sedappp jugakkk.

    ReplyDelete
  11. Haaa...akak dah bagi resepi...boleh la cuba...SA nak masak macam ni la...nak ubah2 selera...selalunya ikan tenggiri jarang laku kat rumah ni

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.