Showing posts with label Hobi. Show all posts
Showing posts with label Hobi. Show all posts

22 February 2011

Recycle


Hanya sumbangan kecil saya
terhadap alam sekitar
dgn menguna semula botol2 yg telah habis isinya...






hanya botol2 kaca saja yg disimpan
boleh isi macam2...

Kita biasanya (termasuk saya)
tidak memikirkan di manakah
sampah sarap kita dibuang
atau apakah yang terjadi kepadanya
sebaik sahaja ia dipungut.
Hakikatnya lori sampah tidak
dapat menghapuskannya begitu sahaja.

Kapasiti tapak pelupusan sampah kita semakin terhad.
Di masa yang sama kita terpaksa menghabiskan
jutaan ringgit untuk mengangkut dan melupuskan sampah.
Lebih membimbangkan lagi,
kini timbul rungutan tentang pencemaran serta
resapan bahan kimia ke dalam sumber air bawah tanah


Fikir dulu sebelum buang !!

27 January 2011

Minat Seiring Usia

Bila ada masa terluang
saya suka ber bw ke blog teman2
yg baru..yg telah lama dikenali..
seronok membaca pelbagai kisah yg dipaparkan
seronok melihat berbagai minat dia org

dan saya tersenyum sendiri
bila membaca entri tentang drama2
yg disiarkan di tv
ada yg promote baik punya
ada yg siap bg ulasan...
dan saya rasa..
saya amat jauh ketinggalan zaman..!!

kerana saya langsung tak berminat
dan tak mengetahui tentang semua itu
seiring pertambahan usia
minat terhadap tv makin lama makin tiada
yg ditonton hanyalah berita
itupun 'dipertengahan' berita
permulaan berita...tentang politik
(lbh2 lagi bila ada pilihanraya ke)
langsung saya tak minat

teringatlah dulu semasa drama indon
tgh panas-Bawang putih bawang merah
disana sini...mereka bercerita..
bkn anak2 remaja tp makcik2 yg telah berusia
dikedai runcit,ditepi jalan
saya yg mendengar...ternganga..tak tau apa..

hebatkah drama Nur Kasih...?
sampaikan anak2 saya ketika itu
akan ajak cepat2 balik
jika keluar pada malam drama tu disiarkan


sungguh...saya bkn anti drama melayu
tp saya benar2 tak minat


dulu2 saya suka menonton tele novela Amerika Latin
pelakonnya cun2 dan hensem2
seperti Cesar Evora ni
pelakon Luz Clarita

dan mamat hensem ni
pelakon Yo Soy Betty La Fia
Jorge Enrique Abello
nilah drama amerika latin yg terakhir saya tgk

anak saya kdg2 bertanya
mak kenal tak si polan..si polan
berlakon drama tu...drama ni...
(nak bergosip la tu)

saya membalas
"pernah tgk tak mak
dok terconggok depan tv tgk drama"

skrg dah tak tanya dah
sbbnya dia org tau
maknya tak kenal artis..
tak minat tgk drama




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.