Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

29 March 2012

Petua Sakit Dalam Telinga

Ada sesiapa yg mengalami sakit dlm telinga?
sakit yg berdenyut2
nak telan makanan pun tak boleh
nak tido apatah lagi

dalam telinga ada mcm biji jerawat gitu

dulu2 saya mmg kerap
alami sakit telinga

bermacam ubat dan petua dah dicuba
namun hasilnya sementara saja

bayangkan sepaket putik kapas
tu hanya 2 hari ja
habis saya gunakan
dek kerana gatalnya dalam telinga


ni petua yg diberi abg ipar saya
yg diperolehi dari kawannya berbangsa cina

telan segenggam lada hitam
jgn sesekali dikunyah tau
nanti berasap pulak telinga

kalau boleh,buat 2 atau 3 kali

ketika mencubanya dulu
2 hari lps ditelan lada hitam tu
telinga saya mengeluarkan air
dikatakan air bisa
3,4 hari jugak baru kering
lps habis air bisa tu keluar

sampai sekarang
Alhamdulillah dah setahun lbh saya langsung
tak gatal2 lagi dlm telinga
walaupun saya mkn udang,belacan,sotong
dan segala mak nenek
yg menjadi pantang larang
sewaktu membeli ubat di farmasi
atau jumpa doctor dulu

petua ni jugak sesuai yg
yg mengidap sakit bisul

11 February 2011

Pewarna semulajadi

Makanan yg berwarna warni
memang cantik dipandang
menambat selera
mengoda mata

Tapi saya pasti
ramai yg sedia maklum
akan bahaya pewarna tiruan dalam makanan
seperti menyumbang kepada hiperaktiviti
dalam kalangan kanak-kanak;
mungkin turut menyumbang kepada
gangguan visual dan pembelajaran,
kerosakan saraf;
mungkin menjadi penyebab kanser.

Disekeliling kita
berbagai tumbuhan boleh digunakan sebagai pewarna
semulajadi...


Roselle...mengeluarkan warna merah kehitaman
boleh gantikan pewarna merah


pulut kuning..
lebih sedap jika direndam dgn serbuk kunyit
daripada mengunakan pewrana tiruan kuning...

pandan...sapa yg tak kenal
harum dan mengeluarkan warna hijau
sesuai utk semua jenis kuih muih



asin-asin atau cekur manis
selain sedap dimasak lemak bersama keledek
jika ditumbuk atau blend
mengeluarkan warna hijau



pokok/bunga telang
mengeluarkan warna ungu kebiruan
di kelantan....digunakan utk mewarnakan nasi kerabu
masukkannya semasa nasi tgh mendidih




ni daun lemuni
mengeluarkan warna biru kehitaman jugak


nasi daun lemuni






Bunga keembung atau balsam
Buahnya yang matang akan meletup
dan menebarkan biji benih di sekitarnya.
Sesetengah tempat memanggil
nama pokok ini sebagai Pacar Air.

Mengeluarkan warna kuning kemerahan
pucuk yg muda boleh ditumbuk
dan dipakai sebagai inai
(pilih pucuk pokok keembung
yg berbunga merah)
keembung ada beberapa warna
antaranya merah,ungu ,putih...







dragon/pitaya fruit
berbagai warna
sedap dibuat jus
atau dimasukkan kedalam jeli/agar2
tak perlu warna tiruan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.