03 April 2013

Bergurau Biawak

Sejujurnya saya bkn nak mengangkat diri sendiri
 kedalam bakul dgn kenyataan ini...

 -dirumah saya...'diharamkan' perkataan negatif,
merendah2kan ahli keluarga lain spt bodoh,lembab,pemalas,tak guna...

 -tiada perkataan 'aku' ..'hang' kat rumah saya

 -tiada gurauan melampau,spt tunjal2 kepala,
sekeh2 kepala tunjuk2 penumbuk dsb..
 dan anak2 saya tak pandai bergurau kasar org kata gurau biawak..

 dan bila Tasha ke tempat mengaji Al Quran
 dia dibuli dgn gurauan biawak

 sungguh...sbg ibu yg membesarkannya dgn kelembutam
 dan kasih saynag
 saya tak boleh terima bila :

 -beg mengajinya yg mengandungi muqaddam
diambil dan diletak tgh2 jalan

 -seliparnya setiap hari disorok atau dibuang

 -pen/pensel/pemadam dibaling jauh2 kemudian dia
 disuruh ambil semula sambil diketawakan 

-bila balik,mukanya memutih dek diconteng kapur 

 ya..kerana dia yg paling muda dan kecik disitu
 dan yg memberitahu saya perkara
 ni adalah sorg ustazah sementara 
(kdg2 bila nampak,dia larang)

 mungkin budak2 tu hanya bergurau 
mungkin dah biasa bergurau kasar dirumah 
 tp maaf...bg saya ianya keterlaluan..!!
 

yaa...sblm saya naik angin,
naik tangan pelempang anak org 
sblm suara saya bertukar jadi tarzan,marahkan anak org

 saya mengambil keputusan drastik 
 menukarkan tempat mengajinya 
walaupun membayar lbh sikit 
 (dulu rm30..tempat skrg rm 35 termasuk van)

 beberapa sesi disediakan ikut yg mana bersesuaian 

saya mengambil sesi jam 3-5.ptg
 yg bestnya,setiap sesi..murid2 diwajibkan
 bersolat disana 



 dulu kakaknya pun mengaji disini

02 April 2013

Tarik Mengkarung

Siapa yg pernah kena sakit ni...?
Di utara ni ianya  dipanggil Tarik Mengkarung 

bahasa sopannya Kekejangan/Cramp kaki

biasanya berlaku dimalam hari ketika tidur
(sedang enak2 mengeliat ketika tdur)
dan biasa terjadi kat betis

sebelum kawen tak pernah alami kekejangan otot mcm ni
tp akhir2 ni kerap pulak terjadi
sakitnya hingga tak boleh bergerak beberapa minit

badan kekurangan kalsium?
kena amik byk potasium?



Sedikit petua yg saya jumpa
utk mengurangkan kesakitan cramp kaki


Petua Terkena Simpul Biawak atau Tarik Mengkarung 
1. Minum banyak air dan makan kacang bergaram
 (Pastikan garam ada walaupun sikit dalam makanan anda).
 2. Banyakkan makanan berpotassium tinggi seperti pisang. 
 3. Banyakkan minum susu, beras basmathi atau biskut bijan.
 4. Tekan tapak kaki dan picit-picitkan agar cepat lega.
 5. Picit ibu jari kaki sekuat hati untuk 60 saat. 
 6. Picit bahagian pergelangan kaki. 
 7. Tarik semua jari kaki.
 8. Sapu minyak panas pada jari kaki dan atas kaki (dekat tulang-tulang kaki). 
 9. Kalau anda sedang duduk, terus bangun dan cuba berjalan 
 (memang mulanya sakit, tetapi akan cepat hilang kalau anda bergerak).

sorg tukang urut pernah memberi petua
Jika betis kanan yg sakit,tekan dgn tumit kaki kiri
pada tempat yg sakit tu
begiru juga sebaliknya jika betis kiri yg sakit

atau Tuan Doctor,Daddy Ziyyad
ada penjelasan ilmiah ttg hal ni..

(jarang dgr lelaki terkena
tarik mengkarung ni
maybe mereka tak kehilangan kalsium
dari badan akibat pregnant/breastfeeding)

01 April 2013

Dermagic SimplySiti

dah lama dok  perati Demagic SS ni
dan dek terpengaruh dgn iklan kat TV
"rasa mcm nak sterika ja muka ni.."
(kata anak saya,iklan paling lawak)

tp di Tesco..harganya RM49.90
beberapa kali saya tanya jurujual
harga tetap sama

tak sanggup saya nak layangkan RM50
utk sesuatu yg belum tentu berkesan
atau sesuai dgn saya

Tp bila ke Watsons
harganya cuma RM29.90
seperti yg diiklankan kat radio
tak apa lah..Tok Ti dah kaya raya
bg diskaun 50% pun tak menjejaskan pendapatannya

pertama kali mencubanya
kulit terasa segar,bebas,rileks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.