01 April 2021

Kelah Si Raja Sungai

Ikan kelah..Si Raja Sungai
harga kelah merah boleh mencecah ribuan ringgit sekor
dan kelah liar lbh mahal dan sedap
berbanding yg diternak
sebabnya hanya memakan buah2an sungai saja










Masak apa yg sedap dgn si kelah ni ya
Saya grg sekali dgn sisiknya



30 March 2021

Tips Mengelakkan Bendi Berlendir

Bendi
Antara sayur yg murah dan mudah didapati
Boleh dimasak dgn pelbagai cara
Namun ada jugak segelintir mereka
Yg tak menyukai bendi
Sebab lendirnya

1. Rendam dengan cuka makanan

Rendam bendi yang telah dipotong bersama dengan 2 sudu cuka makan. Biarkan selama 5 minit. Kemudian, rendam airnya dan rendam kembali dengan air biasa. Ramas bendi dan buangkan lebihan lendir yang masih ada. Toskan semula dan cuci lagi sebelum digunakan untuk memasak.

2. Basuh dengan asam jawa

Potong bendi, kemudian basuhkan bendi bersama dengan air asam jawa. Boleh juga rendamkan bendi seketika dengan air asam jawa untuk hilangkan lendir.

3. Garam

Selepas memotong bendi, cuci dan bersihkan bendi seperti biasa. Ambil garam secukupnya dan gaulkan. Biarkan seketika dan cuci terlebih dahulu sebelum masak. Perhatikan lendir pada bendi sudah berkurangan.

4. Rebus

Salah satu kaedah yang tanpa memerlukan beberapa cara di atas adalah dengan merebus. Gunakan teknik memasak yang melibatkan proses merebus seperti singgang, masak asam pedas dan kuah kari.

5. Lapkan

Kadangkala beberapa teknik di atas seperti merendam dengan air asam jawa dan menggaulnya dengan garam mampu menghilangkan rasa ‘manis’ atau rasa semula jadi pada bendi.

Cara ini mungkin agak remeh, tetapi bolehlah dicuba bagi mengekalkan rasa bendi. Caranya belahkan bendi terlebih dahulu. Bersih dan toskan. Kemudian biarkan bendi bertapis dalam bekas berlubang. Ambil kain yang bersih dan lapkan tengah-tengah bendi.



6. Basuh bendi terlebih dahulu

Sebelum dipotong dan disiang. Basuh bendi terlebih dahulu kemudian sejatkan dalam penapis. Bila air benar-benar kering, barulah bendi dipotong. Tak perlu membasuh lagi bendi selepas dipotong.

7. Jangan potong bendi terlalu awal

Potong bendi sewaktu kuah betul-betul menggelegak atau sewaktu anda benar-benar hendak masukkannya dalam masakan. Cara ini adalah untuk tidak membiarkan bendi mengeluarkan lebih banyak lendir selepas dipotong dan dibiarkan terlalu lama.

Semoga perkongsian tip ini memberi manfaat kepada anda semua!



29 March 2021

Kerabu Terung Ala Kelantan


Kelmarin YB datang bawak selori sayur2an
Haaa sapa yg nak p amik ja
Tuan rumah simpan kt saya
5 biji terung,2 biji labu air
Dan bendi

Haha maunya hari ni menu setiap rumah
Kt kg ni berasaskan sayur2an yg dapat
Free kelmarin

Terung tu saya jadikan kerabu ala2 kelantan
Dah lama dok teringin tp tak terbuat2 pun
sbb yg makan cuma saya sorg ja

Memula celur terung sampai empuk
Toskan
Siat2 kulitnya kemudian susun dlm mangkuk isinya

Grg kelapa hingga keperangan
Tumbuk bersama isi ikan yg telah direbus
Bawang merah
Garam gula dan garam serta jus limau nipis
Tuang sedikit santan pekat
Siap
Kalau nak pedas boleh ja diletakkan cili padi

Dan jugak bendi grg telur

Labu air ni berbulan mau habis
Terung pun masih ada lg
Dan bendi pun berlambak lg dok ada

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.