27 January 2015

Pokok Kekabu

Pokok kekabu merupakan sejenis pokok yang amat dihargai pada suatu masa dahulu.
 Ini kerana buahnya berbentuk kekapas,
merupakan satu gentian pelbagai guna yang penting pada suatu masa. 
 Antara lain, sehingga kini, kekabu masih digunakan sebagai 
isian bantal dan tilam cara tradisional. 
Bunganya berukuran 4cm lebar, 
bewarna putih kekuningan,
 mempunyai bentuk yang cantik dan dihasilkan dalam jambak pada hujung ranting.
 Bunga kekabu kembang lebih kurang 20 minit,
 bunga yang berbau susu ini disukai oleh kelawar dan keluang pada waktu malam.
Buah kekabu ialah sejenis buah pepisang. 
Buahnya dapat mencapai 15cm panjang atau lebih,
 tergantung seperti timun pada hujung ranting. 
Warna buahnya hijau semasa muda dan berubah menjadi perang hingga hitam
 apabila masak dan merekah dari pangkal pucuk. 
Daunnya tumbuh rapat pada hujung ranting dan gugur serentak.
 Daunnya luruh tidak tentu masa.
 Ada masanya daunnya luruh serentak. 




Kualiti kekabu bergantung kepada cara dan proses
 mengasingkannya daripada biji dan empulur.
 Kekabu sering digunakan untuk membuat tilam dan bantal.
 Kekabu juga disebut sebagai kapuk.
 Hasil daripada pokok kekabu ialah serabut yang juga disebut sebagai kapuk.

saya suka mengunakan bantal kekabu
di Kulim ni
sebiji bantal kekabu berharga antara RM25-RM30 sebiji..

47 comments:

  1. masa acik tinggal di Tanjung Karang..mudah nak beli kekabu ni kamsiah..satu guni 10 ringgi je dulu..

    ReplyDelete
  2. Dulu banyak bantal kekabu kat rumah saya. Sekarang dah takde dah. Susah nak cari sekarang ni. Hmm

    ReplyDelete
  3. balik kampung kat perak.. byk pokok kekabu.. kat tepi jalan kekadang spenajang laluan tjung karang ke mana..banyak jual bantal kekabu

    ReplyDelete
  4. Assalam Kam... Dulu2 akak merasa tidur dgn bantal kekabu ni. Mimpi indah .. :)

    ReplyDelete
  5. Susah dh nk jumpa pokok kekabu ni. Banyak dh ditebang. Memang suka bantal kekabu. Sedap tidoq

    ReplyDelete
  6. Hi! I´m back.
    I like so much your pictures.

    Hugs from Costa Rica

    ReplyDelete
  7. saya pun suka bantal kekabu gak..
    kat cni dikira timbang kilo,tp susah gak nak cari..

    ReplyDelete
  8. Mahal harga kekabu Sekarang.Susan dah nak jumpa pokok kekabu sekarang. Teringat masa kecik dulu bila buah kekabu terbang dibawa angin terasa seperti salji dinegara mat saleh. Hehe

    ReplyDelete
  9. Dulu pernah kerja kat kilang bantal kekabu.. Banyakkan kabu yg digunakan diimport dari india. kualiti rendah sikit berbanding kekabu kita. Tapi, kabu kampung susah nak dapat dan mahal.

    ReplyDelete
  10. Saya juga suka tidur gunakan bantal kekabu...lembut dan selesa...

    ReplyDelete
  11. Depan rumah saya dulu memang ada pokok kekabu. mak selalu kutip, buangkan bijinya dan buatkan kami bantal.

    Indahnya bila di kenang saat-sat itu...

    ReplyDelete
  12. saya mengharapkan ada gambar buah kekabu yang telah masak dan merkah di akhir post... belum tiba masanya ya kak...

    satu lagi pokok kekabu sering dikaitkan dengan makhluk halus... ingat Kak Kam nak cerita.. tak ada rupanya.. hehehe

    ReplyDelete
  13. Mahal harga kekabu Sekarang.Susan dah nak jumpa pokok kekabu sekarang. Teringat masa kecik dulu bila buah kekabu terbang dibawa angin terasa seperti salji dinegara mat saleh. Hehe

    ReplyDelete
  14. Samalah tempat kakak pun harga lebih kurang begitu utk bantal kekabu. Dulu kakak siap beli kekabu ni sebab nak buat tilam anak masa baby. Bila dpt anak kedua boleh guna balik cuma tukar kain luar sarungnya tukar. Sampai anak ketiga masih ok lagi..

    ReplyDelete
  15. menariknye review kekabu ni.. baru tau kelawar suke bunge die.. hehe.. dlu time study kat uitmpp ade satu laluan ke carefour.. kat situ ade pokok ni.. tapi skarang tatau laa ade agi ke tak..

    ReplyDelete
  16. Kak Kam,
    Tengok pokok kekabu ni sangat menggamit nostalgia saya. Dulu di belakang sisi rumah ada satu pokok ni ... Ibu saya selalu kumpul buahnya untuk di jadikan bantal. Hampir dua dekad pokok ni menjadi peneman setia kediaman kami sehinggalah di matikan beberapa tahun lepas kerana ada 'makhluk' selalu bertenggek di atasnya.

    ReplyDelete
  17. saya sangat suka tidur dengan bantal kekabu. Selesa,,

    ReplyDelete
  18. ada yang kata pontianak suka lepak kat pokok kekabu..

    ReplyDelete
  19. ada yang kata pontianak suka lepak kat pokok kekabu..

    ReplyDelete
  20. bantal kekabu kt kampung semua masih tahan lg... skrg ramai jual kekabu+span, kekabu sikit je kot sbb cpt beno bantal tuh kempis huhu...

    ingat akak nk share psl cara2 buat bantal kekabu... al jakun maklum nyer

    ReplyDelete
  21. lama tak melihat pokok kekabu ni kak Kamsiah, dulu arwah mak mertua mesti simpankan kekabu buat bantal, sekarang kena beli dah :)

    ReplyDelete
  22. saya pulak tak selesa guna bantal kekabu, rasa keras..entahla, maybe tukang buat bantal kekabu saya tu sumbat terlalu padat kekabu kot! hahaha

    ReplyDelete
  23. Saya suka beli bantal kekabu untuk anak2.. ;) comel2.. lepas tu memasing berebut walhal dah ada sorang satu.. hehehe..

    ReplyDelete
  24. Salam...

    Mak saya tak benarkan tanam pokok ni kat mana2 bahagian rumah, nak tanam kat kebun boleh... katanya cik Langsuir suka landing kat atas dia...

    tak pernah nampak tapi nggeeeee.....tanakkkk

    ReplyDelete
  25. Duri kekabu boleh ubati bisul....skrg susah nk cari pokok nie....dulu tinggi melangit belakang umah saya...bile bisul je cabut duri dia gesek kat belakang ibu batu tumbuk renjis air pastue sapu kat keliling bisul tue...kejap je dh kecut...

    ReplyDelete
  26. Pokok ni ada depan rumah MIL...
    Memang sedap tidur guna bantal kekabu....

    ReplyDelete
  27. Salam. Hee bantal kekabu saya penuh dengan peta sudah.

    ReplyDelete
  28. Yang dijual ditepi jalan tu bukan kekabu betul, hanya tiruan, jgn tertipu wpun diiklan `bantal kekabu'

    ReplyDelete
  29. susah dah nak dapat bantal kekabu la ni kan?...

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum akak...lama x tgk pokok kabu...dulu kat blkg umah pun ada..

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum akak...
    lama x tgk pokok kabu. Dulu kat blkg umah pun ada.

    ReplyDelete
  32. Belakang rumah kat kampung ada sebatang pohon kekabu.

    Sedap jer badan dapat tidur beralaskan tilam & guna bantal kekabu

    ReplyDelete
  33. Walaupun pokok ni dah berkurangan tapi masih ada lagi dikampung. Balik mengaji jer mesti kecut perut nak lalu bawah pokok ni haha

    ReplyDelete
  34. bercerita pasal kabu ramai orang kaitkannya dengan bantal saja. Tapi dikampung saya, putik kabu juga dimakan garam belacan. Seingat saya, pernah sekali cuba makan masa zaman remaja tapi sudah lupa bagaimana rasanya.
    Satu lagi, ustazah saya pernah mengajar berkata ayat2 tertentu di pokok kabu bagi menghilangkan ketuat yang banyak tumbuh ditubuh badan.Saya pun lakukan apa yang disuruh.Masih budak ketika itu. Anihnya ia hilang serentak...pikir2 balik sekarang mcm tak percaya..

    ReplyDelete
  35. kak terima kasih kembalikan nostalgia kekabu ini.. susah nak dapat dah.

    ReplyDelete
  36. Saya pernah tgk rupa kekabu. Mak saya pernah buat bantal guna kekabu tapi ini pertama kali saya tengok pokok kekabu.

    ReplyDelete
  37. dikatakan kanak-kanak yg ada asma tidak di galakan tidur guna bantal kekabu.sebab berhabuk kut.
    ky suka guna bantal kekabu.nak nak selepas di jemur kt matahari,hangat, kering dan ringan

    ReplyDelete
  38. kena pokok ni tapi kat sini nama pokok ni kapuk..ada mak buat bantal dulu guna biji2 buah ni..ada pula ya di sana pokok ni..seolah di keningau lum jumpa selepads 15 tahun berlalu agaknya lah dah kena tebang atau kering sendiri..

    ReplyDelete
  39. kena pokok ni tapi kat sini nama pokok ni kapuk..ada mak buat bantal dulu guna biji2 buah ni..ada pula ya di sana pokok ni..seolah di keningau lum jumpa selepads 15 tahun berlalu agaknya lah dah kena tebang atau kering sendiri..

    ReplyDelete
  40. tu ari sy ada nmpak bantal ekkabu jual kt pasaraya sakan harga RM 10.00 rsa was2 nk beli sbb murah sgt....

    ReplyDelete
  41. Mak lya kt kg mmg guna kekabu klau buat bantal..biasa turun kt pasar klau kebetulan ada kekabu mak mmg bli tiga empat guni buat bantal..

    ReplyDelete
  42. tau tak sesapa yang ada jual daun kekabu... nak try buat air rebusan dari daunnya... mohon contact saya ya... 0126544373
    tq in advance

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.