22 August 2021

Aneka Resepi Kerabu

Bagi saya kerabu adalah pembuka selera
Gabungan rasa masam,manis,pedas
Mampu memecahkan selera dikala tiada selera utk makan
Samada dimakan bersama nasi
atau diratah begitu saja

Jom tgk koleksi kerabu yg pernah saya buatkan
Selain kerabu pucuk paku dan kerabu bunga kantan yg tiada dlm gambar

Ni dua jenis kerabu sotong
Yg diatas tu cuma celur sotong yg dipotong bulat, toskan
Kemudian campurkan jus limau nipis/Kasturi,bawang besar,cili padi dan cili merah,garam dan gula serta tomato

Yg bawah ni pulak ala2 kerabu sotong thai
Tambahkan bawang putih jeruk ,sos ikan,dan hirisan daun ketumbar dan bwg holland


Ni pulak kerabu suhun
Celurkan suhun kemudian toskan
Kemudian campurkan
jus limau,hirisan tomato,bwg besar,garam,gula dan cili merah serta cili padi





Ni dua jenis kerabu kacang botor
Yg atas tu letak ikan bilis grg,hirisan bunga kantan,daun selom,cili padi,limau nipis,garam dan gula

Yg bawah ni saya letak tomato,kelapa parut,cili merah dan cili padi
Garam,gula,bwg besar dan tomato serta jus limau


Ni kerabu nangka muda ala kelantan
Nangka muda dicelur,toskan
Tumbuk bawang merah bersama isi ikan
Masukkan sikit santan ,perasakan dgn garam dan gula dan sedikit kerisik





Kerabu mempelam a.k.a mangga muda
Pelbagai bahan yg ada didapur boleh letak
Ada yg letak hirisan bunga kantan
Udang kering,kacang tanah grg
Lain2 bahan biasa ja la
Sos ikan,jus limau,garam dan gula





Kerabu belimbing ni saya beli

Kerabu belimbing buluh dan daun selom
Hiris nipis2 belimbing buluh,daun selom
Hirisan bwg besar,sedikit isi ikan
Letakkan jus limau,cili padi,garam dan gula



Cara buat kerabu buah beka/ bonglai dan terung ni sama
Buah beka dan terung dicelur atau dibakar terlebih dulu
Tumbuk bawang merah bersama isi ikan dan lada hitam
Sedikit kerisik
Masukkan jus limau,garam dan gula 
Yg ni kerabu sare
Hanya ada kt kelantan ja

KERABU SARE (sarang = rumpai laut mentah)

~ rumpai laut biasa di jual yg kering...jd basuh sebersih2 nya hingga air jernih...kemudian rendam semalaman...basuh lagi & tos kan...sedia di hidang bersama rencah

untuk sambal kelapa

- kelapa parut secukup nya...di sangan garing
- isi ikan rebus atau ikan bakar secukup nya

* - sedikit halia
* - bawang merah
*- 3 batang serai

- tumbuk lumat semua bahan bertanda....kemudian tumbuk isi ikan...gaul sebati bersama kelapa...rasakan garam gula...

bahan tumis
- 3batang serai di ketuk
- 3ulas bawang putih di ketuk
- 2 ulas bawang merah kecik di mayang
- daun limau purut
- sekeping asam gelugur
- garam gula
- santan pekat secukup nya
- 1 sdb cili giling

- tumiskan bawang putih, merah, cili giling & serai
- masukkan santan pekat, asam keping, daun limau di carikkan
- masukkan sedikit air biasa...rasakan garam gula
- masak hingga pecah minyak & pekat

sedia di hidang bersama kerabu sare...jgn lupa sehiris limau








12 comments:

  1. saya pulak kebiasaanya order saje kerabu bila makan di kedai tomyam

    ReplyDelete
  2. Semua sedap pembuka selera, yang ada kelapa parut tu, mungkin sesuai letak kerang, kerabu mempelam memang mengoda aih..

    ReplyDelete
  3. Tetiba rasa hendak buat sendiri.

    ReplyDelete
  4. Kerabu pucuk paku pun saya suka yummss

    ReplyDelete
  5. semua dana suka, sedap ratah gitu ja... kalau kerabu yg ada kelapa baru mkn dengan nasi... heheheh

    ReplyDelete
  6. saya suka keabu mangga dan kerabu jantung pisang. terliur pulak mengingatnya

    ReplyDelete
  7. Wah...menarik..boleh la cuba nanti ni...nampak sedap tu...SA suka kerabu sotong

    ReplyDelete
  8. kerabu sedap dimakan begitu saja. paling saya suka kerabu mangga. Tapi jenis kerabu ada letak bunga kantan saya kurang gemar sikit. Kurang selesa dengan rasa dan bau bunga kantan.

    ReplyDelete
  9. Sedapnya semua kerabu tu.
    Saya rindu nak makan kerabu air tangan emak.

    ReplyDelete
  10. Baruuuu je makan kerabu kacang botor, memang sedappp!

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.