08 November 2009

Hari Kantin

Minggu2 terakhir persekolahan utk tahun ni
mcm2 aktiviti diadakan kt sekolah
sementelah budak2 dah habis exam..
buku2 teks pun esok lusa dah kena pulangkan
seronoknya budak2 ni..
tak belajar...

Hari ni
8 nov..
diadakan hari kantin kat sekolah anak saya
yg darjah 4 tu
sekolah hanya beberapa meter ja dari rumah..
2,3 hari sebelum tu
dia dah tak sabar2 menanti ketibaan hari ni
dan mintak sesangat saya datang kesekolahnya


dok tunggu acara cabutan bertuah
tapi saya balik awal lagi
tak sempat keputusan diumumkan




cikgu2 dan cikgi2 berniaga..
saya datang agak lewat....
dah hampir habis semua makanan

pameran motor besar turut diadakan..

my daughter..Eleena..yg besar tu
with her best fren...yg cinonet tu





huhu bebaris panjang semata2 nak naik kereta bomba tu

bkn main seronok budak2 ni..
yalah bkn selalu dapat peluang cenggini




jualan orkid turut diadakan..


post signature

05 November 2009

Sleeping Beauty..

Pernah perhatikan wajah anak semasa dia org tido???
wajah yg tulus dan mulus
bersih dan suci dari dosa dan noda
yg mengambarkan sejuta ketenangan
mendamaikan kita si ibu menatapnya

ketika inilah bagaikan satu kepuasan
dan pastinya kita panjatkan rasa syukur pada NYA kerana
menghadiahkan anak pada kita


bagaikan puteri sedang beradu


dia tido disebelah saya tiap malam
apa yg saya 'lakukan' terhadapnya
seperti mengusap rambutnya
mencium pipinya dan mengucap 'good nite'
dia akan lakukan perkara yg sama pada saya



seronok mengusiknya dan mengusapnya ketika dia tido...




seringkali saya merasa amat bersalah padanya
jika dia tertido sendirian
dikala saya sibuk dgn berbagai kerja rumah


ni ketika berusia setahun...

ke 4,4 org anak saya
saya tak pernah tidokan mereka dalam buaian..
kenapa..???
sbb saya pernah terbaca
tak elok dok hayun2,buai2,goyang2 kan kepala anak2(baby)


BETAPA KASIH SAYANG SEORANG IBU TIDAK DAPAT DITUKAR DENGAN APAPUN DI DUNIA INI....
PERCAYALAH SEORANG IBU SANGGUP MEMBUAT APA SAJA
ASALKAN SIANAK BAHAGIA
HATTA MEMBERI 'NYAWANYA' SEKALIPUN..


post signature

27 October 2009

Anugerah Akhlak Terpuji

Kelmarin...balik ja dari sekolah
dgn bangganya..dgn megahnya..
dgn kembang hidungnya..
anak pompuan saya yg form 4 tu bgtau
dia dapat anugerah akhlak terpuji
cuma 4 org ja dapat utk form 4..
dan beberapa org dari form 5..




ekceli dia ni aktif...teramat aktif dlm berbagai persatuan
kdg2 tu geram jugak dibuatnya...
tak sempat nak tumpu utk korikulum...
mana taknya...pesta pantun,choral speaking,berbahas,pidato
semua muka dia ada..
tu tak termasuk sukan lagi...

Alhamdulillah...dia khatam Quran semasa darjah 4 (10 th)
pantang tgk pompuan pakai pakaian tak cukup kain
atau yg bertudung tp baju singkat,ketat,melekat
direct kena kutuk kat dia ni la...mulut laser..

post signature

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.