Showing posts with label Anugerah. Show all posts
Showing posts with label Anugerah. Show all posts

23 May 2012

"BLOG & BLOGGER BAIK HATI "

Rabu...dah 2 Rejab dah...
Rejab...Syaaban..Ramadhan...
penuh kemuliaan..penuh keberkatan...

dan saya...
rasa sebak dan terharu
terpilih sbg antara Blogger Baik Hati
oleh blog Pesona milik

baik hati...???
saya pasti dan yakin
kebanyakan blogger mmg baik hati
sedia memberi,sedia berkongsi
segala tips,petua,nasihat
mintalah apa saja tutorial
tanyalah apa jua masalah
ramai yg sedia membantu



. Nak umumkan list blog dan blogger yang baik hati.
Memang mereka baik hati, terharu kerana blog kecil
dan cetek ilmu PESONA masih diintai di balik tabir maya.
Mereka sporting dan BAIK HATI.
Sah lah mereka BAIK HATI, kerana hanya
KALAU meneka air dalam gelas itu apa?.
Terima kasih mewarnakan blog PESONA.

4. Inilah list blog dan blogger baik hati di laman PESONA.
Maafkan saya kerana terlalu deras pantas dan tuntas
menutup segmen SIAPA BLOGGER BAIK HATI hari ini.
Hanya satu nak bagi tahu - kerja cepat selesai dan
tak jemu menunggu lama keputusan ya. Tak sampai 20
blogger yang tersenarai pun tak apa2, sebab terlalu
banyak blog dan ramai lagi blogger yang memangpun
BAIK HATI. Cuma mereka tak sempat jenguk laman
PESONA.
Kepada yang melawat ke laman PESONA
harap KLIK2 dan follow lah blog BAIK HATI ni ya.
Inilah barisan BLOG & BLOGGER BAIK HATI
yang menjadi milik PESONA blog.
1. SWEET HONESTY- INI KISAH AKU
2. DETIK-DETIK DALAM HIDUPKU - KAMSIAH YUSOF
3. ARINA SHAMSUL - BUNGA HATI MAMA
5. IZAN MAMA MIA - KASIH TERCIPTA, SUARA HATIKU ( TEKAAN PALING TEPAT )
6. TINTA LANA - LANA..THE JOURNEY BEGINS
7. DI SINI RUANGKU BERKONGSI - DIEYNA
8. @ DEQLA MANJEW - MRS ERRY BERCERITA ( PENEKA TERHAMPIR/ SAH JAWAPAN)
9. 9NOL4 - TENTANG KITA
10. DUNIAMASHAWORLD - MASHA MEISTERS
11. KARUKORD JAGAU'S - MANGGARADAW ( TEKAAN PALING TEPAT)
12. DECLAROCHA - AKU DAN SESUATU
14. CIK NUR - AKU CINTA & CITA-CITA
16.LELAMAISARA - CUTE MAMA
17. SI MATATAJAM -*MAI NAK CERITA*
18. EJUL -KAMPUNG KAMEQ ( SAYA LISKAN -SEBAB SAYA TARGET
20 BLOG YA)
19. CIK LAVENDER'S STORIES - CIK AINI LAVENDER'S
20

saya perhatikan follower cikgu terus meningkat
dari sehari kesehari
semoga blog pesona dapat memberi ilmu pada yg mahu mengutipnya

24 March 2012

Terpilih Blog Terbaik Pilihan

Blog Pilihan Terbaik ?
terimakasih
Cikgu Etuza

Blog ketiga terbaik pilihanku
ialah blog Detik-Detik Indah Dalam Hidupku ( Milik Kamsiah )
Kenapa blog dia? Dia hebat memasak, bersopan-santun,
selalu buat entry tak susah nak faham, ringkas dan direct
isi cerita dia. Ibu yang terbaik,bijak dan sangat penyayang.
Hehe ..kerana Kamsiah juga seorang yang suka bunga-bungaan
dan keindahan alam semulajadi, maka saya yang sama meminati
bunga-bungaan & alam semulajadi dapat berkongsi dengannya
keindahan alam menerusi gambar2 di blog Kamsiah.
Selain itu blog Kamsiah ini juga adalah pertama saya
linkkan di blog pesona hingga kini dan blog ini
anggun kerana pemiliknya Wanita Muslimah.



Sepanjang berblog
tak pernah terpikir sebegitu jauh
tulisan yg ringkas
cerita2 biasa
seorang hambaNYA yang biasa2
boleh menarik perhatian org utk membacanya

Disini tiada gosip2 artis
takde cerita melancung ke luar negara
shopping di tempat2 hebat...
semuanya biasa2 saja

Apa yg seronok (dan penting)
adalah mendapat ramai kawan
dari seluruh pelusuk Malaysia
dan yg menetap di luar Malaysia :)

22 July 2011

2 perkara baik...

Alhamdulillah...minggu ni
saya menerima 2 perkhabaran baik

pertamanya anak sulung ditawarkan tempat ke
Universiti Malaysia Pahang (Gambang)
(Sarjana Muda Sains Komputer
-sistem komputer & rangkaian)

Insya Allah mendaftar lepas raya nanti
4 sept...

teringatlah saya semasa dia menolak tawaran diploma
kat UTM dulu
dan terima Matrik
ramai yg mempertikaikannya
ramai yg cakap matrik susah



ohhh..dia tak mahu menghabiskan masa 3 th utk diploma


Perkara ke 2
anak ke 3 saya,Eleena Yasmin
telah khatam Al Quran semalam
walaupun terlewat setahun drpd abg & kakaknya dulu
yg khatam Al Quran semasa darjah 5
tak apalah kerana saya
mahukan anak2 khatam quran semasa sekolah rendah

bila dah ke sekolah menengah
makin kurang la masa
makin sibuk dgn pelbagai aktiviti

dia bercerita....
ditempat dia mengaji quran
ustaz menyuruhnya mengajar budak2 yg baru belajar mengaji
atau budak2 yg tak berapa lancar bacaannya

yg dia kena ajar
-seorg budak lelaki
yg dah tingaktan dua
masih membaca muqadam
tak serius belajar,tergagap2...

katanya-TAK SUKA...ADIK TAK SUKA AJAR DIA..
dia suka ajar budak2 kecik
atau yg lbh muda daripada dia...

lepas ni...katanya dia nak mengulang semula
membaca quran kat sana...



hiduplah berpandukan al quran ALLAH
Insya ALLAH selamat didunia dan disana..

02 July 2010

Hari Anugerah Cemerlang






Semalam berlangsung hari anugerah cemerlang
kat sekolah anak perempuan saya(form 5)

Alhamdulillah beliau merangkul 2 anugerah

-Terbaik subjek BI

-Pencapaian Terbaik Ko-Akademik

post signature

27 October 2009

Anugerah Akhlak Terpuji

Kelmarin...balik ja dari sekolah
dgn bangganya..dgn megahnya..
dgn kembang hidungnya..
anak pompuan saya yg form 4 tu bgtau
dia dapat anugerah akhlak terpuji
cuma 4 org ja dapat utk form 4..
dan beberapa org dari form 5..




ekceli dia ni aktif...teramat aktif dlm berbagai persatuan
kdg2 tu geram jugak dibuatnya...
tak sempat nak tumpu utk korikulum...
mana taknya...pesta pantun,choral speaking,berbahas,pidato
semua muka dia ada..
tu tak termasuk sukan lagi...

Alhamdulillah...dia khatam Quran semasa darjah 4 (10 th)
pantang tgk pompuan pakai pakaian tak cukup kain
atau yg bertudung tp baju singkat,ketat,melekat
direct kena kutuk kat dia ni la...mulut laser..

post signature

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.