Membelek akhbar Berita Harian hari ni
saya tertarik dgn artikel
didalam ruangan Ratu
tentang keistimewaan kentang
dan baru saya tau
rupanya kentang mempunyai berbagai varieti
dan yg penting fakta ni
MUNGKIN ada yang bimbang untuk
memakan atau mengambil ubi kentang
dalam menu makanannya
kerana ia dikatakan,
boleh menyebabkan punca kegemukan.
Fakta itu ternyata tidak tepat kerana
jumlah lemak ubi kentang adalah
di bawah paras 25 peratus
dan membekalkan karbohidrat
kompleks manakala kandungan kalorinya
adalah rendah, malah dikenali
sebagai bahan makanan
yang bebas kolesterol.
red potatoes...
hhmmm..sedap,kan..
ni pulak varieti purple potatoes
sangat la cantik..
spesis yg biasa dilihat
brown potatoes
kalau buat kari ayam/daging atau sup
wajib bubuh kentang ni
selain memekatkan kuah,
ia juga memberi rasa 'manis' dalam masakan
kentang pusing a.k.a kentang pening
Hirisan ubi kentang mentah
serta jusnya boleh membantu mengurangkan
kesakitan penyakit yang
menyerang sendi-sendi dan radang otot.
Ubi kentang juga boleh melegakan kesakitan
salah urat atau tergeliat, luka-luka kecil dan
kebakaran ringan
dengan cara menekapkan hirisan kentang
di tempat berkenaan
selama 15 minit atau lebih.
Ubi kentang lecek (tanpa mentega)
boleh memutihkan dan melembutkan tangan.
Kentang berkesan untuk merawat penyakit
batu karang dan juga mengatasi masalah
jerawat dan bisul.
Caranya adalah dengan mengadun
ubi kentang dengan sedikit air kemudian
disapu ke atas jerawat atau bisul yang sudah
pecah sebelum ditutup
dan dibalut dengan kain bersih.
Cara rawatan yang sama juga
digunakan bagi merawat kudis atau luka.
Pencegahan Hipertensi
Kentang juga merupakan sumber yang
baik akan berbagai mineral, seperti kalsium (Ca),
fosfor (P), besi (Fe) dan kalium (K),
masing-masing 26,0; 49,0; 1,1;
dan 449 mg/100 g. selain
kandungan natriumnya sangat
rendah, yaitu 0,4 mg/100 g.
Rasio kalium terhadap natrium yang
tinggi pada kentang sangat menguntungkan
bagi kesihatan, khususnya terhadap
pencegahan timbulnya penyakit
tekanan darah tinggi (hipertensi).
dan..oohhhh..
ada beratus jenis ubi kentang diserata dunia
dan merupakan antara 5 kelompok
besar makanan yg ditanam manusia
selain gandum,jagung,beras dan terigu