Kuala Kangsar Bandar Diraja
Sabtu-15 dec
suami mengajak jalan2,ronda Kuala Kangsar
sebetulnya kami tak tahu pun
pada hari tersebut
PM melancarkan 1MVRP disana
huhu...mega pun jem
walaupun ketika saya sampai disana
jam 12 lbh
PM dah berangkat pulang
dan plan nak bermalam
di bandar Kuala Kangsar tak kesampaian
dek hotel,rumah rehat full
(org2 besar berkumpul disana)
bersolat Zohor di Masjid Ubudiah
mercu tanda Kuala Kangsar
Muzium DiRaja Kuala Kangsar
(dahulunya dikenali dengan nama-nama seperti Istana Kenangan,
Istana Lembah atau Istana Tepas)
telah didirikan pada tahun 1926,
di bandar Kuala Kangsar, Perak,
oleh seorang tukang kayu Melayu yang bernama Haji Sopian
dan dibantu oleh dua orang anaknya,
mereka ini berasal dari Seberang Perai.
Muzium Diraja Kuala Kangsar dibina atas
perintah D.Y.M.M. Almarhum Sultan Iskandar Shah ( Marhum Kaddasallah )
sebagai tempat bersemayam sementara,
disebabkan ketika itu Istana Iskandariah masih lagi di dalam pembinaan
menggantikan Istana Negara.
Baginda D.Y.M.M. Almarhum Sultan Iskandar Shah
bersemayam di Istana Kenangan ini mulai dari tahun 1931 hingga tahun 1933.
Setelah baginda berpindah ke Istana Iskandariah,
ia dijadikan Istana Tetamu terutama di hari-hari Perayaan DiRaja
seperti hari keputeraan, perlantikan orang-orang besar Perak dan lain-lain
Istiadat DiRaja Perak Darul Ridzuan.
Dari segi bentuk senibinanya,
Istana Kenangan melambangkan senibina Melayu Tradisional yang mengkagumkan.
Pembinaan bangunan ini keseluruhannya menggunakan kayu jenis keras,
berdindingkan tepas dan beratapkan kayu papan ( kayu jenis berlian ).
Paku-paku besi tidak digunakan dalam pembinaan bangunan ini.
Ia dihiasi dengan ukiran-ukiran Melayu yang menarik
yang menggunakan tepas yang dianyam dengan
corak-corak anyaman Melayu Tradisional.
Bangunan ini dibina di atas enam puluh batang tiang,
di mana panjangnya lebih kurang 41 meter dan lebarnya 11 meter.
Bentuk bangunan ini melambangkan sebilah padang
yang tersimpan di dalam sarungnya.
Bahagian tengah di atas bangunan ini ditempatkan sebuah singgahsana.
Tingkat bawah bangunan ini pula digunakan sebagai pejabat rasmi Baginda,
di mana ia mempunyai lantai simen dan disekelilingnya ditutup dengan bidai.
Nama Istana Kenangan telah diberikan pada tahun 1960-an
setelah diperbaiki dengan dayausaha Almarhum Tunku Abdul Rahman,
Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Istana Kenangan diduduki oleh keluarga DiRaja Perak sehingga tahun 1982,
apabila Almarhum Sultan Idris II telah berkenan menyerahkannya
di bawah pengawasan Jabatan Muzium Negara.
Pada tahun 1986, ia dijadikan Muzium DiRaja,
di mana penyelenggaraannya diserahkan kepada Pentadbiran Negeri Perak Darul Ridzuan.
Pada 16 November 1986,
Muzium DiRaja Perak ini telah dirasmikan oleh D.Y.M.M Sultan Azlan Muhibbudin Shah.
(sumber google)
Tasik Raban
lebih kurang 35 km dari Kuala Kangsar
sayangnya semasa singgah disini
tiada satu pun gambar diambil
tasik yg sungguh2 cantik
Gerik,Perak
Ni idea suami utk bermalam di pekan Gerik
jika dalam perjalanan blk ke Kelantan
walaupun melalui Gerik
tidak pernah pulak
'meneroka' pekan Gerik ni
banyak hotel bajet kat sini
sekadar utk melelapkan mata semalaman
cukuplah jika bilik mempunyai katil,tv,air panas,aircond
RM100 utk 2 bilik
satu bilik mempunyai 2 katil
suasana pagi yg berkabus
Diluar bilik penginapan
Baling,Kedah
Gerik ke Baling lbh kurang 60 km
so mengisi perut di Baling ajalah
Tidak seperti di Gerik
melilau mencari tempat makan
di Baling bersepah dgn kedai2 makan
nasi ayam payung besar..
Sekian percutian insan marhaen seperti saya..:)