03 March 2018

Nasi Impit Sambal Kelapa


Memperkenalkan menu yg semakin pupus ditelan masa
sambal kelapa dimakan bersama nasi impit
mungkin kedengaran agak pelik
tp di Kelantan ianya menu biasa

saya lebih suka makan nasi impit bersama sambal kelapa ni
tak seperti kuah kacang,ianya muak..

ada juga org makan bersama kuah kacang
terpulang pada selera masing2...


Bahan2 utk buat sambal kelapa

3 biji kelapa,diparut
sekilo ikan sardin/termenung
beberapa batang serai
halia
beberapa ulas bawang merah
3 keping gula melaka
sesudu gula

kelapa digoreng hingga garing keperangan

ikan direbus, bersama sedikit garam dan asam keping
dah masak toskan
asingkan isi dan tulangnya
kemudian digoreng tanpa minyak
hingga kering airnya
tujuannya supaya tak berbau hanyir


kemudian serai,bawang merah,halia dan gula melaka ditumbuk
dah lumat tu,campurkan kedalam bekas berisi kelapa goreng dan iakn tadi
gaul hingga betul2 sebati
masukkan sesudu  gula

rasakan gula dan garamnya
boleh la dimakan bersama nasi impit yg telah direbus 

8 comments:

  1. Tak pernah lagi makan nasi himpit dengan sambal kelapa..

    ReplyDelete
  2. saya lebih gemar yang berkuah (lontong, bukan lontong kering). tapi kalau dah lapar, nasi himpit lawan dengan apa pun boleh.

    ReplyDelete
  3. edy suke sambal kelapa mcmni kak, dia kata masa kecik2 dulu mak dia selalu buat... mmg lembut betul sambal kelapanya... sbb siapp di tumbuk semula lps di msk...

    pantai timur mmg selalu mkn ns impit ngn sambal kelapa mcmni kan kak

    ReplyDelete
  4. Seperti serunding juga ya Kam?...tak pernah lagi makan dengan sambal kepala spt ni.

    ReplyDelete
  5. pernah makan, tapi lidah johor saya susah sikit nak terima. hehe

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.