30 December 2018

Gulai Ikan Keli


gulai ikan keli style utara

samada dicampur dgn ubi kemili
atau dicampur bersama timun
diletak daun kesum
ataupun boleh jugak digulai brsama bendi,tomato


ataupun digoreng berlada
dibakar dicicah dgn air asam
digoreng garing kemudian dimakan
bersama nasi panas2

29 December 2018

Kuih Cara

Kuih cara adalah kuih tradisi melayu
yang senang disediakan
tak mengunakan bahan2 yg banyak
cara membuatnya pun tak mengambil masa yg lama

 Bahan bahan:

2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
2 biji telur
 3 helai daun pandan
Sedikit pewarna hijau
 secubit garam

 Bahan inti :
 Gula secukupnya

 Cara cara :

 ~ Panaskan acuan khas utk kuih cara diatas dapur.
 ~ Daun pandan di blander dengan santan, tapis.
 ~ Kemudian campur dan masukkan semua gandum, telur & garam , santan ke dalam blender dan kisar semua bahan sehingga sebati .
 Tapis utk memastikan adunan tidak berketul .
 ~ Bila adunan siap masukkan ke dalam acuan yang telah dipanaskan ,
 perlu disapu sedikit minyak dahulu supaya mudah ditanggalkan nanti.
 ~ Isikan gula ditengahnya.
 Tutup acuan dgn tudung periuk,tunggulah hingga masak.
 Gunakan api yg perlahan supaya kuih tu tak mudah hangit bawahnya.
 ~ Angkat dan boleh lah lekatkan sepasang2.

28 December 2018

Siakap Goreng Bawang Putih

Saya sekeluarga berkunjung ke Thailand pada 2016
dah 2 tahun berlalu
namun keenakan makanan disana bagaikan masih terasa ditekak ni

antaranya Siakap goreng bawang putih
bawang putihnya ranggup dan tak terasa bawang putih
kesedapannya sukar diungkapkan dengan kata2


2 kali makan
2 kali jugaklah siakap bawang putih ni diorder

sebaik pulang
saya gigih mengoogle resepinya
namun hampa kerana tidak ditemui sebarang resepi yg dikehendaki
mungkinkah kena kesana lagi utk menikmatinya hehe

27 December 2018

Kailan Ikan Masin


BAHAN-BAHANNYA :-) 

5 batang sayur kailan 
1 camca besar penuh isi ikan tenggiri masin yang dipotong kecil 
1 biji bawang besar, hiris 
2 ulas bawang putih, cincang halus
 1 biji cili merah, hiris 
2 camca besar sos tiram 
1/2 cawan air
 Sos ikan secukup rasa 

 CARA MEMBUATNYA :-)

Cuci sayur kailan, kemudian rendam dalam air 
yang dicampur 1 camca besar garam selama 10 minit. 
Toskan, asingkan batang dan daunnya. 

Potong daun sayur kailan dan ketepikan.
 Batang sayur kailan diketuk2 sedikit dengan pisau, kemudian hiris. 
Ketepikan 

Panaskan 2 camca besar minyak masak.
 Goreng ikan masin tenggiri hingga harum dan keemasan, guna api kecil. 
Tolak ke tepi kuali.

 Masukkan hirisan bawang besar, bawang putih dan cili merah. 
Kacau rata dengan ikan masin tadi dan masak hingga bawang layu. 
Tambah sos tiram, kacau dan tuang air.
 Masukkan batang sayur kailan dan masak hingga empuk.
 Masukkan pula daunnya, besarkan api, kacau dan masak hingga lembut.
 Rasa dan jika perlu baru masukkan sedikit sos ikan atau secukup rasa. 
Gaul rata dan boleh matikan api.

26 December 2018

Selamat Ulangtahun Kelahiran,Kamsiah

Tanggal 26 dec 1870
hari ni genaplah usia saya 48 tahun

Aku bersyukur padaMU YA ALLAH
masih diberi peluang utk hidup dibumiMU ini

tiada apa yg kupinta
selain kebahagiaan bersama insan2 tersayang
kejayaan anak2
diberi kesihatan yg baik
dipermudahkan segala urusan..amin..aminnn..


25 December 2018

Si Manis Mana Pilihan Hati




Yang mana satu pilihan hati
saya pasti kebanyakan kanak2 pasti menyukainya
choki-choki

lolipop

 kek coklat
 
berbagai jenis gula2








24 December 2018

Laksa Oh Laksa


Saya adalah pengemar laksa
3,4 kali sehari makan pun tak apa
lagi lama dipanaskan kuahnya lagi sedap

kalau makan laksa penang
mesti letak nenas

ni laksa kuah lemak
kelantan punya style

ni pulak laksam
pun jadi kegemaran jugak
kuahnya adalah sama dgn laksa kuah lemak

laksam akan jadi tak sedap jika terlebih tepung gandum
rasanya akan jadi lembik,tak pejal

ni laksa johor
pun tetap sedap ditekak saya

23 December 2018

Mi Hailam


Bahan-bahan diperlukan:

 Sedikit daging lembu dihiris nipis.
. Kalau nak masukkan ayam boleh gak. 
10 ekor udang
 Bawang merah besar ( 1 labu - yang sederhana je dicincang)
 Bawang kecil 2 ulas. (dicincang halus) 
1 sudu makan lada hitam (kalau nak pedas tambahlah lagi
- ditumbuk, tapi janganlah sampai hancur sangat) 
2 sudu makan sos tiram 
2 sudu makan kicap manis
 2 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air untuk memekatkan kuah)
 bunga kobis sawi lobak (dihiris ikut bentuk sesuka hati orang yang masak) 
2 mangkuk air (
Sedikit garam (jangan banyak sebab dah ada sos tiram dan kicap)


Cara menyediakan dan memasak: 
Tumis bawang merah dan bawang putih dengan sedikit minyak hingga wangi. 
Masukkan daging dan masukkan air dan biar daging empuk.
 Kalau air kurang, tambahkan air lagi .(daging kalau rebus asing boleh juga tapi nanti kurang manis) Masukkan lada hitam, sos tiram, dan kicap. 
Biar mendidih sekejap Masukkan udang 
Masukkan sayur dan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air. 
Bila sudah agak pekat, tutup apinya. Lepas tu curahkan kuah ni kat mi tadi

22 December 2018

Antara Sek Men Sultan Badlishah,MRSM Baling Dan Seratas,Taiping


Semalam telah keluar keputusan 
permohonan urtk anak2 yg memohon utk ke SBP dan  MRSM



Alhamdulillah Tasha mendapat 3 tawaran utk sambung belajar
yg pertama dari 
Sek Sultan Badlishah
sekolah terbaik di Kulim
mengikut surat  tawaran
dia ditempatkan dalam Kelas Rancangan Khas
PPD yg pilih namanya

tawaran kedua dari MRSM Baling
si ayahnya berkenan dgn tawaran ni


tp Tasha memilih utk ke SERATAS
sekolah si abang sulung dulu
semalam semasa kami  anak beranak berbincang

last2 sekali Tasha berkata
"sekarang ni sapa yg nak  p sekolah sebenarnya.."\

maka lepas ni tinggal la saya seorang kat rumah..


semasa mengisi borang online
dia sendiri yg uruskan semuanya
kami suami isteri memberi sepenuh kepercayaan
 utk dia memilih sekolah mana yg dia suka

21 December 2018

Cencaru Belah Belakang

Ikan Cencaru atau juga dikenali sebagai Ikan Jacket 
kerana mempunyai kulit yang tebal.
 Memang agak payah untuk menanggalkan kulitnya.
 Justeru itu, masakan yang mudah dan terbaik ialah dibakar
 di atas kuali tanpa perlu menanggalkan kulitnya yang tebal seperti 
Resepi Ikan Cencaru Sumbat Belah Belakang ini.
 Semasa memilih ikan di pasar, jangan rasa geli untuk menyentuh ikan 
dengan tangan. 
Ikan yang segar, perutnya tidak lembik,
matanya pula tidak merah. 

Bahan-Bahan: 

Bahan untuk memasak: 
4 ekor ikan cencaru
 sedikit garam
 sedikit kunyit 
minyak untuk menggoreng  

Bahan untuk dikisar atau ditumbuk halus: 

5 biji cili kering, dibuang biji dan rebus
 ATAU 3 sudu besar cili kisar 
3 ulas bawang putih 
5 biji bawang merah 1 inci belacan bakar 
1 inci halia 1 sudu besar jus pekat asam jawa 
1 batang serai,
 1 sudu besar gula pasir atau gula melaka
 garam secukupnya 


Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pekat dan pecah minyak. 
Angkat dan sejulkan.


Cara Penyediaan: Cara-cara untuk memasak:

 Bersihkan cencaru dengan cara belah belakang,
 tanpa belah di hadapan atau bahagian perut.
 Lumurkan garam dan kunyit ke atas ikan.
 Sumbatkan sambal yang dimasak ke dalam perut ikan secukupnya. 
Panaskan minyak dan goreng sehingga masak.





20 December 2018

Telur Asin

Itik dan ayam hidup bersatu
takde gaduh2..

lepas makan mandi la pulak
nanti bertelur banyak2 ya

telur asin/masin
antara  juadah yg popular dibulan puasa

saya sukakan telur asin 
yg tak berapa masin
yg masih gebu telur kuningnya


nasi kerabu dan telur asin berpisah tiada





19 December 2018

Asam Rebus Keladi


Kasih seorang kakak ipar
bila saya suarakan keinginan nak makan asam rebus keladi
pantas saja abang ipar pergi mencari keladi
dibawa balik dan terus dimasak oleh kakak ipar saya

dihantar kerumah  masa masih panas2 lagi
terimakasih la kak...


dan sebagai balasannya
saya dengan rela hati membuat tapai berbungkus daun getah 
ketika kakak ipar meminta berbuat demikian..
katanya daun getah mengeluarkan aroma yg wangi bila tapai telah masak

18 December 2018

Lamb Shank


Bila Chef Alia wasap nak lamb shank ke tak 
ada 4 ketul lagi balance
utk staff meal 
pantas ja adik2 membalasnya...Nakkk..

saya...saya memang tak makan kambing hehe
entahlah..hidung ni walaupun tak mancung
tp amat sensitif pada bau2an

org lain tak berbau kambing
tp saya tetap berbau



haa..seketul pun kata Eleena dan Tasha dah cukup mengenyangkan dah


kata Alia
daging kat tempat kejenya lembut2 sbb lepas binatang 'dibunuh' terus dihantar ke cafenya
haha bukan dibunuh nak oii..disembelih..

16 December 2018

Pak Choy Masak Sos Tiram


Memula leraikan satu persatu kelopak daun pak choy
kemudian basuh dan celur dalam air mendidih
lbh kurang seminit
angkat dan toskan

panaskan bawang putih yg dicincang
nak masukkan udang ke
isiayam ke,terpulang
kemudian curahkan diatas sayur pak choy tadi

siap..

15 December 2018

Pes Ikan Bakar

Mula2 sediakan air asam
-belacan-bawang besar dipotong dadu
-cili padi/cili merah dihiris nipis
-beberapa biji tomato
-garam dan gula
-boleh juga dimasukkan hirisan daun kesum
utk menaikkan lagi aromanya

RESEPI PES IKAN BAKAR 

2 inci lengkuas
3 inci halia
5 batang serai
 8 biji Bawang merah
 1 biji bawang holland
 1 sudu udang kering @ jika takde guna belacan
 8 biji cili padi
3 biji cili merah
3 helai daunlimau purut

 Cara-caranya :

1. Blender semua sampai lumat.
2. Tumis dgn minyak yg Agak byk, kemudian masukkan cili boh 4-5 sudu.
 3. Masukkan garam gula..serbuk perasa + asam keping .Tumis sampai pecah minyak.siapp.!

 4. Masa nak Bakar ikan, lumur jer atas ikan tu, buh dalam aluminium foil.
Balut bagi kemas dan bakar atas dapur.
kalau ada pemanggang ajaib,lagi senang
 5. Udang dan Sotong pun sesuai gak.. lagi sedap wooo...
6. Pes ni tahan sehingga 1- 2minggu di luar peti ais.


ikan talapia dan ikan kembung


14 December 2018

Petua Menghilangkan Bau Ikan Patin

Ada orang yg menolak hidangan ikan patin
dek kerana kadang2 ia berbau
seperti ikan pari,cara utk menghilangkan baunya adalah
dengan merendamnya dalam air kapur lebih kurang 30 minit

petua utk menghilangkan bau pada ikan patin pulak


1. RENDAM DALAM SUSU
 Masukkan ikan yang sudah dibersihkan dalam susu dan biarkan seketika kemudian bilas dengan bersih. Susu mengandungi casein yang bertindak menghilangkan trimethylamine oxide yang menjadi penyebab kepada bau hanyir ikan. 

2. SAPU DENGAN PES CAMPURAN SERBUK KUNYIT,
 GARAM DAN TEPUNG JAGUNG 
Campurkan ketiga-tiga bahan di atas dan sapu pada ikan. Perap sehingga 30 minit atau lebih. Terpulang pada anda jika ingin membilas ikan sehingga bersih atau guna sahaja pes tersebut untuk menggoreng ikan. 






 3. GUNA CUKA
 Campurkan cuka dalam air dan rendam ikan di dalamnya untuk seketika. Cuka dapat mengurangkan sehingga 50 peratus bau hanyir ikan. Selepas rendam, bilas dengan air bersih untuk menghilangkan bau cuka. 


4. PASTIKAN IKAN DIBERSIHKAN DENGAN BETUL
 Buang segala organ dalaman, insang dan membran putih yang terdapat dalam bahagian dalaman ikan. Apabila dibersihkan dengan betul, ia dapat mengurangkan bau hanyir.


 5. DAUN JAMBU BATU
 Ambil beberapa helai daun jambu batu, bersihkannya, kemudian ramaskan daun dalam bekas yang berisi air. Lepas itu, masukkan ikan ke dalam bekas berisi air daun jambu batu tadi atau tuangkan air tersebut dalam bekas yang berisi ikan. Daun jambu batu mungkin susah sedikit untuk didapati bagi yang tinggal di bandar. Tapi, bagi yang ada, manfaatkanlah ia kerana ia memiliki pelbagai khasiat juga! 

6. TITISKAN JUS LEMON 
Titiskan sedikit jus lemon pada ikan. Biarkan ia meresap baru dibilas dengan bersih. Kalau tiada, boleh juga gunakan limau purut.

 7. RENDAM DALAM AIR GARAM 
Selepas dibersihkan, rendam ikan dalam air garam selama 15 minit. Semua bau hanyir akan hilang. 

8. GUNA HALIA 
Halia bukan sahaja menghilangkan bau hanyir malah membuang toksin yang ada pada ikan. Caranya, cincang halia halus-halus dan sapu pada ikan. Biarkan selama 30 minit.

 9. SAPU MINYAK BIJAN 
Sapu minyak bijan pada ikan dan biarkan seketika. Minyak bijan menghilangkan bau hanyir dengan cepat.

patin masak tempoyak
lagi pekat kuahnya 
lagi sedap dihirup
dgn rasa pedasnya,masamnya..


sedap meratah kepalanya
asam pedas ikan patin


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.