Ikan Cencaru atau juga dikenali sebagai Ikan Jacket
kerana mempunyai kulit yang tebal.
Memang agak payah untuk menanggalkan kulitnya.
Justeru itu, masakan yang mudah dan terbaik ialah dibakar
di atas kuali tanpa perlu menanggalkan kulitnya yang tebal seperti
Resepi Ikan Cencaru Sumbat Belah Belakang ini.
Semasa memilih ikan di pasar, jangan rasa geli untuk menyentuh ikan
dengan tangan.
Ikan yang segar, perutnya tidak lembik,
matanya pula tidak merah.
Bahan-Bahan:
Bahan untuk memasak:
4 ekor ikan cencaru
sedikit garam
sedikit kunyit
minyak untuk menggoreng
Bahan untuk dikisar atau ditumbuk halus:
5 biji cili kering, dibuang biji dan rebus
ATAU 3 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 inci belacan bakar
1 inci halia
1 sudu besar jus pekat asam jawa
1 batang serai,
1 sudu besar gula pasir atau gula melaka
garam secukupnya
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pekat dan pecah minyak.
Angkat dan sejulkan.
Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk memasak:
Bersihkan cencaru dengan cara belah belakang,
tanpa belah di hadapan atau bahagian perut.
Lumurkan garam dan kunyit ke atas ikan.
Sumbatkan sambal yang dimasak ke dalam perut ikan secukupnya.
Panaskan minyak dan goreng sehingga masak.
Ikan nampak sedap ..isinya rasa empuk kelihatan..cara ambil gambar tu yng amazing. rasa nak ngap ja
ReplyDeleteSedapnya.. Kesukaan Sha ini.. Kalau dapat nie memang ratah macam tu je..
ReplyDeleteSeekor memang tak cukup.. hehehe..
ReplyDeleteFeveret juga ni. Saya suka mesin nyoq masuk sekali..
ReplyDeleteWahhh dah lama tak buat ni.
ReplyDelete