18 December 2018

Lamb Shank


Bila Chef Alia wasap nak lamb shank ke tak 
ada 4 ketul lagi balance
utk staff meal 
pantas ja adik2 membalasnya...Nakkk..

saya...saya memang tak makan kambing hehe
entahlah..hidung ni walaupun tak mancung
tp amat sensitif pada bau2an

org lain tak berbau kambing
tp saya tetap berbau



haa..seketul pun kata Eleena dan Tasha dah cukup mengenyangkan dah


kata Alia
daging kat tempat kejenya lembut2 sbb lepas binatang 'dibunuh' terus dihantar ke cafenya
haha bukan dibunuh nak oii..disembelih..

16 December 2018

Pak Choy Masak Sos Tiram


Memula leraikan satu persatu kelopak daun pak choy
kemudian basuh dan celur dalam air mendidih
lbh kurang seminit
angkat dan toskan

panaskan bawang putih yg dicincang
nak masukkan udang ke
isiayam ke,terpulang
kemudian curahkan diatas sayur pak choy tadi

siap..

15 December 2018

Pes Ikan Bakar

Mula2 sediakan air asam
-belacan-bawang besar dipotong dadu
-cili padi/cili merah dihiris nipis
-beberapa biji tomato
-garam dan gula
-boleh juga dimasukkan hirisan daun kesum
utk menaikkan lagi aromanya

RESEPI PES IKAN BAKAR 

2 inci lengkuas
3 inci halia
5 batang serai
 8 biji Bawang merah
 1 biji bawang holland
 1 sudu udang kering @ jika takde guna belacan
 8 biji cili padi
3 biji cili merah
3 helai daunlimau purut

 Cara-caranya :

1. Blender semua sampai lumat.
2. Tumis dgn minyak yg Agak byk, kemudian masukkan cili boh 4-5 sudu.
 3. Masukkan garam gula..serbuk perasa + asam keping .Tumis sampai pecah minyak.siapp.!

 4. Masa nak Bakar ikan, lumur jer atas ikan tu, buh dalam aluminium foil.
Balut bagi kemas dan bakar atas dapur.
kalau ada pemanggang ajaib,lagi senang
 5. Udang dan Sotong pun sesuai gak.. lagi sedap wooo...
6. Pes ni tahan sehingga 1- 2minggu di luar peti ais.


ikan talapia dan ikan kembung


14 December 2018

Petua Menghilangkan Bau Ikan Patin

Ada orang yg menolak hidangan ikan patin
dek kerana kadang2 ia berbau
seperti ikan pari,cara utk menghilangkan baunya adalah
dengan merendamnya dalam air kapur lebih kurang 30 minit

petua utk menghilangkan bau pada ikan patin pulak


1. RENDAM DALAM SUSU
 Masukkan ikan yang sudah dibersihkan dalam susu dan biarkan seketika kemudian bilas dengan bersih. Susu mengandungi casein yang bertindak menghilangkan trimethylamine oxide yang menjadi penyebab kepada bau hanyir ikan. 

2. SAPU DENGAN PES CAMPURAN SERBUK KUNYIT,
 GARAM DAN TEPUNG JAGUNG 
Campurkan ketiga-tiga bahan di atas dan sapu pada ikan. Perap sehingga 30 minit atau lebih. Terpulang pada anda jika ingin membilas ikan sehingga bersih atau guna sahaja pes tersebut untuk menggoreng ikan. 






 3. GUNA CUKA
 Campurkan cuka dalam air dan rendam ikan di dalamnya untuk seketika. Cuka dapat mengurangkan sehingga 50 peratus bau hanyir ikan. Selepas rendam, bilas dengan air bersih untuk menghilangkan bau cuka. 


4. PASTIKAN IKAN DIBERSIHKAN DENGAN BETUL
 Buang segala organ dalaman, insang dan membran putih yang terdapat dalam bahagian dalaman ikan. Apabila dibersihkan dengan betul, ia dapat mengurangkan bau hanyir.


 5. DAUN JAMBU BATU
 Ambil beberapa helai daun jambu batu, bersihkannya, kemudian ramaskan daun dalam bekas yang berisi air. Lepas itu, masukkan ikan ke dalam bekas berisi air daun jambu batu tadi atau tuangkan air tersebut dalam bekas yang berisi ikan. Daun jambu batu mungkin susah sedikit untuk didapati bagi yang tinggal di bandar. Tapi, bagi yang ada, manfaatkanlah ia kerana ia memiliki pelbagai khasiat juga! 

6. TITISKAN JUS LEMON 
Titiskan sedikit jus lemon pada ikan. Biarkan ia meresap baru dibilas dengan bersih. Kalau tiada, boleh juga gunakan limau purut.

 7. RENDAM DALAM AIR GARAM 
Selepas dibersihkan, rendam ikan dalam air garam selama 15 minit. Semua bau hanyir akan hilang. 

8. GUNA HALIA 
Halia bukan sahaja menghilangkan bau hanyir malah membuang toksin yang ada pada ikan. Caranya, cincang halia halus-halus dan sapu pada ikan. Biarkan selama 30 minit.

 9. SAPU MINYAK BIJAN 
Sapu minyak bijan pada ikan dan biarkan seketika. Minyak bijan menghilangkan bau hanyir dengan cepat.

patin masak tempoyak
lagi pekat kuahnya 
lagi sedap dihirup
dgn rasa pedasnya,masamnya..


sedap meratah kepalanya
asam pedas ikan patin


13 December 2018

Rebung



Jangan makan rebung
rebung tu bisa,
rebung tu berangin

haa itu pesanan yg selalu didengar,kan
ruginya sapa yg tak makan rebung...sedap..

ketika duduk di Kelantan dulu
arwah mak selalu masakkan rebung masak lemak putih
ataupun dibuat acar
fuhhh..masa tu itulah lauk paling heaven

lepas kawin dan melangkah keluar dari Kelantan
baru saya jumpa pelbagai menu mengunakan rebung

yg ni acar rebung madu...sedap..



yang ni rebung di masak gulai bersama daging rincik




yg ni pulak rebung masak lemak cili api bersama udang

dan yg ni dimasak bersama ayam

12 December 2018

Kebetulan



Ni gambar perkahwinan anak sulug saya tahun lepas
genap setahun pada 9/12 yg lepas

Ni pulak gambar kahwin anak sedara saya
anak kepadda kakak di Gua Musang
melangsungkan perkahwinan pada tarikh yg sama-9/12
tak rancang apa pun

kaler baju yg dipilih jugak sama
anak dan menantu saya keje dalam bidang IT
anak sedara saya dan isteri jugak keje dalam bidang IT..

11 December 2018

Teresek Jantung Pisang

Teresek
sejenis makanan yg dihidangkan masa kenduri di Kelantan
itu pun tak ramai org yg membuatnya
kiranya makanan klasik la ni

bahannya adalah jantung pisang,hati,pedal,kaki ayam
dan tulang ayam(bahagian yg takde isi yg banyak)
bawang dan rempah gulai daging
kerisik,santan

emmm sedapp

10 December 2018

Pisang Dan Ubi Kayu Rebus

Bila memperkenalkan makanan saya dizaman kecil pada anak2
mereka tersenyum sambil berkata
kesiannn mak..takde mcd,kfc,kenny rogers ka
alahai anak
mak masa tu nak menyebutnya pun tak reti
 ubi kayu dan pisang abu rebus enaknya dinikmati bersama secawan kopi o panas

09 December 2018

Petai

Cakap lah apa ja mengenai petai
Busukkah
Makanan org kampung kah
Berangin kah
saya tetap menyukainya

samada dibuat ulam mentah,dibakar atau dicelur seketika

dibuat sambal udang atau ikan bilis
saya pantang nampak..!!



ataupun digoreng bersama ikan bilis,tetap membuka selera

08 December 2018

Sup

Selera orang sakit macam saya ni on-off
kejap lalu makan
bila masa tak lalu,2,3 hari tak makan apa

 sup kepala ikan merah
dan sup ketam
cukup la sekadar mengisi perut yg berkeroncong


sup gearbox ni pun ok jugak..

07 December 2018

Nasib Sebuah DSLR


Suami saya membeli Nikon D3100 ni pada Mei 2011
setelah sianak begitu teringinkannya

ya..memiliki sebuah DSLR waktu tu sangat mengujakan
kemana2 pun tersangkut DSLR kat leher


 beberapa lens jugak dibeli sbg tambahan

Dan sebagaian dari majalah tentang fotografi


gigih pacak tripod
utk snap gambar bulan sakit

dan  bulan mengambang penuh

antara hasil pertama bidikan




kini..DSLR terbiar sepi didalam almari
seolah tak diperlukan lagi..kesiannn..

dengan beratnya,dgn besarnya..masing2 malas nk mengunakannya

semua org dok usung hp canggih masing2

06 December 2018

Buah Asam Jawa Dan Cermai

Yang amasam tu la yg mengamit selera
buah asam jawa ni  manis sebenarnya
asam jawa madu
dari thailand
rm12/kg



yg ni bukan cermai madu
masam mencuka
sedap dibuat jeruk

05 December 2018

Tapai Ubi Kayu Goreng

Sekali pandang macam pisang goreng
bagi yg tak pernah memakannya
ini adalah tapai ubi kayu goreng

saya tak pasti samada di negeri lain  ada dijual
sb ianya hanya popular di Kelantan dan Terenganu ja

memang sedap...!!!


04 December 2018

Gulai Ikan Talang Kering

Tulang/isi ikan talang antara yg saya sukai
meskipun namanya ikan masin ianya taklah masin seperti ikan kering yg lain
bila direndam air 2,3 jam
hilanglah rasa masinnya tu


 nangka muda dimasak kuning bersama tulang ikan talang


yg ni terajin sikit
gulai tulang ikan bersama nenas dan terung

 yg ni dimasak bersama belimbing buluh
campur nenas...pun sedap..

03 December 2018

Antara Kacang Peas Dengan Kacang Pea

Si emaknya teringin nak makan kacang kuda/chick peas
lantas menyuruh si anak membelinya di pasaraya

sekali yg dibawa balik
nahhh...kacang pea

cepat ja dia  menyalahkan sebutan si  emaknya
mak tak sebut betul2




01 December 2018

Kuih Lompat Tikam

Nama kuih ni kuih lompat tikam
entahlah apasal nama kuih muih di Kelantan bunyinya pelik sikit
tahi itik la,barang dalam kain la...

popular di bulan puasa
namun hari2 bisa pun senang nak dapat

gabungan rasa lemak santan pekat,
rasa manis air gula melaka,
bau pandan,pulut semua tu...
sedap dimakan ketika cuaca panas

30 November 2018

Keputusan UPSR


Semalam telah diumumkan keputusan UPSR 2018
tahniah pada anak2 yg berjaya dan pada yg kurang bernasib baik
keputusan ini bukan penamat pada langkah seterusnya ya...

Alhamdulillah Tasha mencatat kejayaan 
dengan memperolehi 6A
4 orang pelajar mendapat 6 A disekolahnya

Semoga cita2nya utk ke SBP tercapai
Syukur padaMU YA ALLAH
Utk rasa kebahagiaan ini

29 November 2018

Pahit Itu Penawar

Semakin pahit sesuatu sayuran/ulam tu
semakin baik utk kesihatan
umpama peria,pucuk mengkudu buah beka  dll
tp berapa ramai yg sanggup memakannya



 bunga betik antara ulam yg pahit rasanya

jika dibuat kerabu,kurang sikit rasa pahitnya tu


buah putat
rasanya sikit kelat tp enak dibuat ulam



jika dicicah dgn sambal belacan campur kuinin
fuhh..hilang kejap rasa pahit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.