30 November 2019

Ambil Darah Memang Lah Sakit..

Tular di laman fb
tangan seorang bayi penuh
dgn kesan suntikan utk
memgambil darah oleh doktor pelatih..

Saya turut bersimpati dgn nasib bayi tersebut

Maka ramailah netizen menyerang doktor pelatih
dan nurse
sambil menceritakan pengalaman 'buruk' masing2..

Saya cuma membacanya saja
dan tak berniat utk menokok tambah cerita

Memasukkan air atau ubat atau darah

Sebagai seorang yg sering keluar masuk hospital
saya faham sangat prosedur mengambil darah
kadang2 3,4 kali dicucuk masih tak jumpa uratnya
sakit...memang la sakit..
tp saya tarik nafas dlm2,
dlm hati Allah..Allah..

Rasa pedih dan membataskan pergerakan
pernah sekali wayar tercabut bila saya pusing kiri,kanan
hingga darah menitik2 keluar
 Mengambil darah ke bahagian jantung
paling menyakitkan ..
dgn jarum besar dan panjang..Allahuakbar
tp saya tau mereka cuba menjalankan tugas sebaik mungkin


tangan saya membengkak
akibat dicucuk ditempat sama berkali2

Tp..tak pernah sekalipun terdetik dibibir ni
utk berkata doktor bodoh..tak tau buat kerja..

Melihat dgn mata kepala sendiri
kehidupan nurse,doktor,kakitangan hospital
membuatkan saya amat2 menghargai jasa2 mereka..

29 November 2019

Keputusan Ujian Darah

26 nov lepas
ada temujanji dgn doc
di hospital sultanah bahiyah

Keluar rumah jam 6.30 pagi
sampai kt sana sblm pukul 9

Setel amik darah 9.30 pagi

Nak tunggu jumpa doc tu
yg amik masa lama tu

Turun ke cafe makan nasi ayam dulu


Sesuatu yg best kt hospital
ni adalah cafe nya yg besar
dan terdapat berbagai jenis makanan
suami kata dok spital ni boleh habiskan duit

Pukul 2 lbh baru dipanggil jumpa doc
alahhhh..tak boleh buat angiogram lagi
sbb darah masih rendah
ada sikit peningkatan ja
dulu 7++
Skrg 8++

Kata doc 10++  baru boleh buat angiogram
so kena mkn ubat lagi utk 3 bln

28 November 2019

Betik Masak Bening

Dah lama dok mengidam
betik masak bening ni
saya masak kelantan punya style

Cuma tumbuk bawang putih seulas
3 ulas bawang merah
ikan yg direbus
(Nak kuah lekat bubuh la beberapa ekor)
Lada hitam
garam
iman bilis /udang kering( terpulang)
Kuahnya yg habis dulu dihirup

26 November 2019

Akhirnya Dia Pergi Jua...

Alia beli haiwan comel ni
dgn harga rm240
dari mula lahir lg
dibelai,dimanja..dibawa kemana ja tuannya pergi

 Tony Stalk nama diberi
pernah beberapa kali hilang dalam rumah
dan hilang dilaman rumah
tp akhirnya dia masuk ke bilik tuannya


Yg  paling tak tahan
si tony ni boleh 'terbang'
Hinggap kat bahu,kt kepala,melekat kt baju kita..



Namun akhirnya
tony jadi arwah jugak
tak tau dimana silapnya
menangis jugak la tuannya tu

24 November 2019

Khasiat Sayur Taugeh


Taugeh..
antara sayur yg paling murah
namun kaya dgn pelbagai khasiat
(Taugeh goreng)


Taugeh adalah sejenis sayur-sayuran yang malang sekali kurang digemari oleh kebanyakan individu tanpa mengira jantina dan usia.

 Sebenarnya, ia mempunyai pelbagai khasiat yang ramai tidak tahu.

 Manfaat Sayur Taugeh

 1. Kaya protein Taugeh sebenarnya mempunyai dua kali ganda lebih banyak protein berbanding daging lembu atau ayam. 

 Antara kebaikannya adalah ia mampu meningkatkan kesuburan terutamanya lelaki yang sangat memerlukan protein untuk menghasilkan hormon untuk tujuan kesuburan.

 2. Kaya enzim Berbanding sayur-sayuran lain, taugeh mengandungi 100 kali ganda enzim. 
 Ia sangat penting untuk fungsi tubuh badan terutamanya untuk proses pencernaan. 
 Enzim mampu membantu individu yang mempunyai masalah penghadaman dan perut kembung.

 3. Kaya serat Dalam pada itu, taugeh juga baik untuk fungsi penghadaman kerana ia mengandungi kandungan serat yang tinggi. 

 Serat ini akan membantu meleraikan lemak dan toksin dalam tubuh badan lalu mengeluarkannya. Ini sekali gus dapat membantu anda mengawal berat badan.

 4. Kaya antioksidan Taugeh yang kaya antioksidan dan asid amino sebenarnya mampu memberikan pelbagai kebaikan.
 Antaranya yang penting adalah melawan kanser dan memperbaiki fungsi otak. 
 Dalam masa yang sama, makan taugeh juga sebenarnya adalah amalan awet muda yang sangat bagus untuk diikuti. 

 5. Kaya asid lemak Selain itu, taugeh juga sangat kaya dengan asid lemak.
 Kebanyakan individu tidak mendapatkan asid lemak omega-3 kerana hanya bergantung kepada makanan laut atau telur sahaja. 
 Oleh itu, tidak salah rasanya jika anda mengambil taugeh sebagai alternatif, bukan?


 6. Kaya vitamin Paling penting, taugeh sebenarnya sangat kaya dengan vitamin seperti vitamin A, C, E dan pelbagai lagi dalam keluarga vitamin B. 
Vitamin-vitamin ini sangat penting untuk tumbesaran dan perkembangan tubuh badan anda.

22 November 2019

Kuih Kaswi

Kuih kaswi ni sangat simple
tp rasanya sangat sedap
sesuai utk sarapan mahu pun utk minum petang

                                   BAHAN-BAHAN:

 2 cawan tepung gandum 
1/2 cawan tepung ubi
 1 cawan gula
 1 cawan gula merah
 5 cawan air 
3/4 sudu teh kapur makan
 Kelapa parut putih


 CARA MENYEDIAKANNYA:

 Masukkan semua bahan-bahan kedalam mangkuk besar kecuali kapur makan.

 Gaul sampai sebati dan gula larut. 

Tapiskan adunan kedalam mangkuk lain.

 Campurkan kapur makan dengan 3 sudu mkn air. 

Masukkan kedalam adunan yang telah di tapis tadi. 

Aduk hingga kapur sebati.

 Oles acuan dengan minyak masak dan tuangkn adunan kedalam loyang tadi.

 Kukus selama 30 minit.

 Sila pastikan air kukusan mendidih dulu baru dikukus. 
Balut penutup kukus dengan kain mengelakkn air menitik ke atas kuih.

20 November 2019

Spageti Aglio Olio Seafood

Bila tekak tak mau terima nasi
maka beralih selera menjadi mat saleh kejap
spageti aglio olio seafood
en suami tak makan pasta2 ni
saya dan anak2 ja dok pulun makan

18 November 2019

Hadiah Daripada Besan

Suprise dari anak lelaki
katanya ibu mertuanya (besan saya)
yg memintanya membelikan kerusi roda ni
utk saya

Selama ni jika ke hospital
saya mengunakan kerusi roda yg disediakan disana
kadang2 terpaksa menunggu bila kehabisan

Saya sebenarnya bukan tak boleh berjalan langsung
dalam rumah boleh la berjalan perlahan2
kalau kt mall ke..mmg tak larat la nk mengatur langkah


Ini pun tak tau berapa lama nk pakai
sbb lps angiogram nnt
harap2 boleh berjalan normal la
apapun tetimakasih pada my besan
Kak Maznah Hussin
My menantu Raihana Baharom
dan anakanda Badri Shaharudin yg bersusah payah mengeposnya utk mak



dan jugak dibelikan 
alat mengukur tekanan darah ni

16 November 2019

Mi Kari

Alia balik cuti rabu
so saya minta la dia masakkan mi kari
tak mau letak ayam sbb saya tak
berapa suka mkn ayam

Ketung ketang kt dapur sorang2
tau2 dh siap
Ni la hasilnya
 mi kari simple2 ja 

15 November 2019

Asam Pedas Keladi

Kasih seorang kakak ipar
terhadap adik iparnya yg kurang sihat
bila saya menyuarakan keinginan
nk makan asam pedas keladi
masa tu jugak abg ipar pergi mencari keladi
balik2 terus suruh  isterinya
masakkan utk saya
dan menyuruh anaknya menghantar 
kerumah saya
yg jaraknya 40 minit perjalanan..
 alhamdulillah..
dapat2 ja terus meratah

14 November 2019

Bihun Sup

Ada hari2nya saya langsung
tak berselera menjamah nasi
tp perut dok berkeroncong dek lapar
mulut terasa payau

Maka terhasil lah bihun
sup kedah punya style

12 November 2019

Donat Hangit


Satu hari si isteri teringin nak mkn donat
donat fozen ja
lantas meminta si suami mengorengnya

Ketika mengoreng
boleh pulak dia masuk bilik dan bersembang dgn saya

"Ehh bkn abg dok goreng donat ke..
sat lg hangit..."

"Ok ja...abg kecilkan api.."




Bila dia bwk mai kt saya...
nah...rentung..

"Abggg...sapa yg nk mkn ni.."

"Abg saja goreng bg garing.."
(Masih tak nak ngaku silap dia)



Akhirnya..saya minta Alia tolong gorengkan

"Nahhh abg tgk mcm mana rupa yg Alia goreng.."

"Alaaaa dia chef..tentulah dia mahir.."
Ada ja alasannya

10 November 2019

Bihun Goreng Pink


Saya berasal dari Kelantan
dan bihun kaler pink  ni sesuatu yg biasa disana


1 peket mihun- direndam dengan pewarna pink/cochineal. 

5 ulas bawang merah 

7 ulas bawang putih

Sedikit serbuk cili- optional 

1 mangkuk kecil sos cili 

1/2 mangkuk kecil sos tomato

 Sayur2an secukupnya

 Udang kertas secukupnya

 Garam Gula


 Cara memasaknya;
 Mesinkan semua bawang merah dan bawang putih serta serbuk cili. 

Tumiskan bahan mesin hingga naik minyak. Masukkan udang kertas. 
Goreng sekejap.

Masukkan sos cili dan sos tomato- kacau.
 Masukkan 1 mangkuk kecil air.

 Masukkan garam dan gula. Rasakan masin dan masinnya

.Pastikan masin dan manisnya lebih sebab belum dimasukkan mihunnya.

 Bila kuah menggelegak, 
masukkan sayur2an

Masukkan mihun yang telah ditoskan.

 Kacau hingga air kering dan mihun masak.

09 November 2019

Appertizer


Hidangan Pembuka (Appetizer) adalah  yang disajikan dengan porsi kecil, atau hidangan pembangkit selera makan/makanan pemula sebelum maincourse. Appetizer berfungsi merangsang nafsu makan sebelum hidangan utama dinikmati.
Contoh makanan pembuka
  1. Cold Appetizer
    Yaitu hidangan pembuka yang disajikan secara dingin atau segar.
    Contoh: Fruit salad, Vegetable salad, Coctail
  2. Hot Appetizer
    Yaitu hidangan pembuka yang melalui proses pemasakan, disajikan dalam keadaan panas.
    Contoh: Croquette, Risoles






Chef Alia mengirim appertizer
yg dibuatnya di hotel tempat dia bekerja

08 November 2019

Doli Kue Teow

Pertama kali makan kt Doli Kueteow Goreng
ni bln 12 2012
semasa menjemput en suami pulang dari berkursus

Semasa anak sulung belajar di SERATAS dulu
tak pulak datang mkn kt sini

Ni dh 2019...dh 8 th dh
rasa kueteow goreng masih sama mcm dulu
bila buka ja bungkusan tu
terserlah bau aroma daun  pisang
yg membalut kueteow goreng 




nak dapat parking memang susah..
terpaksa pekakkan telinga ja
bila org sebelah asyik membebel
susah nk parking

Oklah sapa2 yg terlajak ke Taiping
dan berhajat nk rasa kueteow goreng tu
(Dan berbagai menu lain lg)
Ni alamatnya
                       5, Regat Tupai, Medan Taiping, 34000 Taiping, Negeri Perak

07 November 2019

Berbuat Baik Sesama Manusia

Ketika dalam perjalanan pulang
ke kelantan dulu
cuma saya,Alia sbg driver dan Tasha ja
melalui jalan Simpang Pulai utk ke Gua Musang

Disatu persimpangan lampu isyarat
seorang apek yg kelihatan kurang siuman
berjalan melintasi jalan yg sibuk
pemandu2 ramai yg membunyikan hon
apek tu mengosok2 perutnya isyarat lapar kut
pakaiannya lusuh serta berkaki ayam

"Baby...bagi la karipap yg kita bwk bekal
ni sikit kat dia..."

"Isshhh mak ni..takut la..."

"Nak takut apanya?
org ramai ni kalau dia cuba buat apa2..
kesian tgk dia.,"

Alia lantas menurunkan cermin kereta
dan menghulurkan karipap padanya
walaupun tanpa ucapan terimakasih
saya tau dari matanya dia begitu gembira
saya juga gembira kerqna melakukan kebaikan
walau hanya sebesar zarah

Ibnu Kathir menjelaskan, “Allah tidak melarang kalian berbuat baik kepada bukan Islam yang tidak memerangi kalian seperti berbuat baik kepada wanita dan orang yang lemah di antara mereka. Hendaklah berbuat baik dan adil kerana Allah menyukai orang yang berbuat adil.”

06 November 2019

Nasi Goreng Kampung

Hari ni cuma masak nasi goreng kampung
ja sbg santapan tengahari
duduk berdua dgn Eleena ja
takda mood nk masak byk2
puas hati campak sayur banyak2

Dikala ada mood,ada idea
buat posting banyak2
berderet dok tunggu nk auto publish
haa amik..sebulan terus punya entri

05 November 2019

Adik Tak Nak Kawen...

Alhamdulillah...
selesai sudah minggu2 yg memeningkan kepala sianak
berakhir sudah exam akhir
utk sem akhir


Dan alhamdulillah jugak
sbb sudah mendapat tempat utk intern bln 12 ni

Satu hari ketika bersembang dengannya
"Mak...adik tak nak kawen..."

"Hahh...kenapa..." tanya saya

"Sbb adik tak minat masak,tak mau masak
malas nk layan mkn minum org lain...eiiiii.."

"Laaa..igt kn sbb nk jaga mak...."

Hahaha

Ada ke anak dara lain mcm ni...

Pernah satu hari saya menyuruhnya memotong
kuku ayam,nk buat sup

Apa yg dibuatnya...
punya la lama rupanya dia betul2 potong bahagian kuku ayam tu ja
mcm potong kuku org pulak

Dan pernah jugak saya memintanya
menjaga periuk diatas dapur
dok rebus solok lada sbb saya nk mandi

Ya Allah..bkn setakat hangit,rentung terus periuk
bkn setakat solok lada tu takleh dimakan
dgn periuk sekali dibuang

Pendek kata ada ja yg tak kena kalau dia didapur

03 November 2019

Bertindik

Bertindik...

Percayakah pembaca jika saya katakan
diusia saya 48 tahun ni
saya tak pernah menindik telinga
sekalipun tak pernah...!!!

Zaman kanak2 dulu
ramai kawan2 sepermainan saya
pergi bertindik dirumah sorg makcik ni
biasanya diletakkan kemucut supaya
lubang tu tak tertutup semula

Tp saya langsung tak teringin..

lama2 lepas kawen,beranak pinak
keinginan tu terus berkubur
haha langsung takda peluang la
nk merasa pakai anting2
dan rasanya tak akan bertindik kut

Kini anak2 perempuan saya jugak
nampaknya bakal mengikuti jejak emaknya
Alia 26 th tak pernah
menyuarakan hasrat nk pakai subang
si adik,Eleena dh 22 th pun sama
Tasha..13 th..lagi lah tak minat hal2 mcm ni..

Haha untung mak nya..

01 November 2019

Minyak Angin Aura Terapi


Ni minyak angin ya
bkn deodrant sapu kt ketiak

Ianya berangin...wangi serta menyegarkan
Minyak angin aura terapi ni boleh digunakan utk
-sakit kepala
-sakit sendi/ otot
-mabuk dlm perjalanan
-mabuk mengandung
-meredakan stress
-batuk/selesema/kembung bg kanak2

Setiap warna mempunyai fungsi yg berbeza


Boleh lawati web ni utk lebih detail
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.