11 July 2020

Penyakit Jantung Ada Kaitan Dgn Genetik Kah?

Dalam keluarga saya 
4 org anak perempuan arwah emak mengalami masalah dgn jantung 
Emak sendiri meninggal disebabkan sakit jantung

Semasa hayatnya arwah tak pernah ke hospital utk rawatan 
Puas dipujuk,dipaksa tetap tak mahu pergi 
Beliau lebih rela berhabis duit membeli berbagai suplement 
atau ubat yg disyorkan kawan2nya 

Malam kejadian arwah meninggal tu 
Dek kerana tak tahan sakit 
Dia sendiri yg meminta abang saya menghantarnya ke HUSM
Dalam perjalanan arwah bertanya jauh lagi ke nak sampai 
Mak dah tak tahan sakit 


Rupanya itulah suara terakhir yg didengar oleh abang Dan ayah saya
Beberapa minit selepas tiba di HUSM
Emak meninggal ketika azan subuh berkumandang




Ni kakak sulung saya 
Beliau mengalami masalah dgn injap jantungnya
Skrg dok ulang alik ke HUSM utk rawatan


Ni kakak no 3
Menjalani pembedahan menukar injap jantung dah 2 kali
Pertama kali semasa saya berusia belasan th lg 
Dibuat di IJN

Yg kedua 2 th lps dibuat di HUSM
Katanya kena operate dari leher hingga ke pusat 


Ni adik saya
Seminggu sblm raya puasa baru ni 
Dia mengalami sakit dada teramat sangat 
Sempat,berpeluh,tido tak boleh,bangun pun serba tak kena 

Esoknya selepas subuh beliau terus ke Hospital Pakar Perdana,KB
Kena marah dgn doktor pulak 
“U berani  drive sendiri dlm keadaan mcm ni...”

Setelah dibuat ECG
Disahkan mengalami masalah jantung tersumbat mcm saya 
Esoknya terus dibuat angiogram dgn 2 stent
Dimasukkan kedalam saluran darah jantungnya 

Tak mengapalah dia cepat dibuat angiogram
Sebab ke hospital swasta
Yg menelan kos 62k
Companynya biayai sehingga 75k utk staff yg ada masalah berkaitan jantung






Dia ni la yg dok bg semangat kt saya sekarang 
Katanya angiogram tak sakit la
Tak rasa apa langsung

Harap2 la..

10 July 2020

Tabung Bantuan Perubatan

Selepas disahkan mengalami masalah jantung tersumbat 
Doktor di hospital kulim bg surat rujukan utk ke hospital sultanah bahiyah
Saya cuba minta ke hospital penang tp tak boleh katanya
Sbb kes under KKM kedah

Selepas 2 kali ke HSB
Sorg doc perempuan yg muda dan comel 
Menerangkan tentang proses angiogram
Yg bakal saya jalani 

“1 stent berharga 6k ya puan 
So puan kena masukkan 3 stent 
Bermakna puan kena bayar 21k ...”
3k lg tu utk lain2 perkhidmatan

Gullppp 
Saya memandang suami 
Suami memandang saya

“Tp kami tak sekejam tu puan
Pihak hospital ada menyediakan Tabung Bantuan Perubatan
Dibawah jabatan kerja sosial
Utk membantu golongan kurang berkemampuan..”

Setelah diterangkan dgn panjang lebar  dan memastikan kami benar2 faham 
Doctor tersebut akan submit borang permohonan
Dan meminta kami datang ke HSB bila dipanggil utk interview 



 Ni antara dokumen yg wajib dibawa semasa proses interview 
Kata pegawai tersebut 
Biasanya bantuan yg diberi bkn sepenuhnya 

Mcm dalam kes saya
Bantuan yg diberi 18k
Dari jumlah kos 21k
3k lagi kena keluar duit sendiri 

Selepas bersetuju saya diminta tandatangan berbagai borang 
Dan menunggu surat kelulusan
InsyaAllah proses angiogram akan dibuat pd 5,6/8 nanti


08 July 2020

MySalam

Pernah dengar MySalam
Ianya bantuan keewangan yg diberi
pada golongan B40
Jika anda penerima BSH/BRIM
Automatik anda layak 


Saya menerima sms MySalam th lepas
Lepas register,isi akaun bank semua
Alkisahnya masa kt Hospital Sultanah Bahiyah
Ada kiosk MySalam ni
Selepas bersembang itu,ini
Depa tolong reset pasword saya
Kes lupa password



Yg ni saya masuk spital 2hari
So layak la terima rm100
Rm50 sehari 








Berbagai jenis penyakit yg layak
InsyaAllah saya dapat 8k
lepas buat angiogram nanti
Kalau malas nak isi borang
Bawak p kt kiosk MySalam ja
Depa akan uruskan semuanya

07 July 2020

Akhirnya Dah Dapat Tarikh Buat Angiogram



Kelmarin saya ke Hospital Sultanah Bahiyah,Alor Setar
Kali terakhir kesana bln 3
sepatutnya kesana lg bln 4 tp  disebabkan covid
Postpone ke satu tarikh lain

Tp disebabkan Tabung Bantuan Keewangan
yg diberi pd saya dh nk tamat tempohnya
Saya kesana walaupun tak diberi tarikh

Ni didepan unit kardiologi
Melimpah ruah manusia
Sebab hanya pesakit yg boleh masuk ke dalam
Alhamdulillah...
Saya tak perlu amik darah atau jumpa doktor

Ni keadaan didalam farmasi
Beratur nk amik no giliran 






Yg bawa anak kecik 
Dah mcm2 Hal dibuatnya sbb boring menunggu
Kafe still tak buka lg

Saya akan masuk was pd 5&6 bln 8
Dihospital ni
Kata doktor samada darah saya mencukupi atau tidak 
Mereka terpaksa buat angiogram jgk
Sebab tabung bantuan keewangan dh nk tamat tempohnya bln dpn

30 June 2020

Fish & Chips Marrybrown

Seketul ikan ja mampu habiskan 
Nikmat yg diberi ditarik sedikit demi sedikit 

27 June 2020

Daging Wagyu

Daging wagyu ni dibeli my lil bro 
yg keje kt Mercato,Penang 
Harga asal rm160/kg
Tp harga utk staff ada diskaun la 

Alia masak  steak daging ni 
Makan pulak dgn nasi kerabu 


26 June 2020

Wahhh Kelasss Tokwan

Alia dipinjamkan sementara dari  kitchen ke housekeeping 
Disebabkan staff tak mencukupi
Haaa tiap hari fully booking katanya 
sebab  hotel bg diskaun kaw-kaw punya
Dari 7,8 ratus/night jadi rm280 ja

Maka berduyung2 la org p serbu
ada yg bawa flask nasi sebesar besarnya 
Angkut seluruh ahli keluarga
Berkelah tapi kolam renang 

Kata Alia,benda yg paling kerap hilang 
adalah kettle,gelas ,cawan,kotak tisu pun kena rembat

Jgn ingat housekeeping cuma kemas bilik ja bila tetamu keluar 
Banyak bahagian dan byk kerjanya 
Dan byk tenaga juga diperlukan 

Ni salah satu bilik yg depa hias 
Utk sambutan harijadi 
Bahagianya tokwan bila dirai anak cucu  spt ini 

Saya bertanya mana yg seronok 
Jadi chef atau housekeeping 
Dia kata semua seronok dan ada kelebihan tersendiri

24 June 2020

Buahtangan Oleh Menantu


Saya sebenarnya kurang mengemari kek
Kalau buat kt rumah
Saya cuma makan sesuap dua
ketika masih panas2

Kalau beli yg slice tu pun
3,4 hari baru habis

 Kek batik ni ole2 
yg dibawa menantu
"Makanlah mak..sedapp.."pujuknya
Saya mula2 makan sepotong,2 potong,
3 potong
Super duper sedap
Rasa manis coklat
Bercampur rasa masin butter 
πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘
Yalah..semestinya yg terbaik utk
mak mertua

23 June 2020

Arash Yang Comel Dan Ceria

Arash..
Pertama kali dia tgk saya terus tersenyum
Pantang diagah,senyum,ketawa mengekek2
Beratnya bkn main


 Ni pagi sabtu sblm berangkat blk
Baru bgn,terus senyum
Alahai...mcm ni la gamaknya
org kata sayangkan cucu
rindukan cucu

22 June 2020

Bila Anak Menantu Berkumpul


Beginilah bila anak menantu berkumpul
Alia bermula dgn msk utk mkn tghari
Kari ayam,udang grg nestum,sayur campur,ikan goreng,ulam2an
Utk dijamu pd abg dan kakak iparnya

Yg ni setalam utk minum petang
Ramen,hotdog,fries,kambing grill
Saya cuma mkn brokoli tu ja
Dan sikit tembikai

Ni satay ikan 200 cucuk
Dan keropok lekor

Makanlah anak2 sementara selera
masih ada ni

21 June 2020

Rindu Seorang Ibu


Saya menerima kiriman wasap
dari anak yg dok di KL
Katanya nk blk Kulim
pd 18hb,khamis ptg
Maka seluruh ahli keluarga
saya kerah utk segera membersihkan rumah
Tukar apa2 yg patut

Yalah nk sambut kepulangan menantu
Dan yg teramat pentingnya cucu sulung

Dah 5 bln usia cucu
Saya madih belum berpeluang menatapnya
Dulu sebaik habis berpantang
Dia org dh bersiap2 nk blk
Tau2 si corona tu datang menyerang

Bila diumumkan dh boleh merentas negeti
Cepat2 ja nk blk bimbang dikuarantin 
sekali lg katanya


So saya mengikuti perjalanan 
anak menantu melalui live location
Bermula dari KL lagi







Lama depa berenti kt Fuller Hotel
Yg tak sampai 5 minit dari rumah saya
Dok agak mesti berenti beli
Nasi kandar Yasmeen kt Fuller hotel tu

Alhamdulillah jam 10 mlm
selamat tiba dirumah...

19 June 2020

Petai Oh Petai


Ada yang kurang selesa makan Parkia Speciosa(Petai) kerana baunya. 

Di sebalik bau itu, Parkia speciosa mempunyai banyak khasiat dan vitamin jika dimakan secara sederhana. 

Minum kopi antara tip untuk menghilangkan bau.




Letak dlm ikan bakar portugis
style pun sedap

18 June 2020

Mi Udang Selambak


Anakanda,Eleena keluar
P mkn2 dgn kekawannya
Yalah org dah ada gaji,
Sementara kelas belum bermula lagi


Otw balik wasap ibunya
Mak nk mi udang dak
Oo maunya nk tolak



Percaya atau tidak
harganya cuma rm12
Dgn 8 ekor udang bergelimpangan
Besar2 pulak tu

Saya cuma mampu habiskan 5 ekor udang ja
Selebihnya suami tolong perabih

17 June 2020

Mengambil Barang Di SERATAS


2,3 hari lepas
Pihak sekolah mengeluarkan jadual
utk para penjaga,waris pelajar SERATAS
utk datang mengambil barang2 dihostel

Sekian2 haribulan
Jam sekian2
Kelas sekian2

Giliran anak saya 16/6
Jam 8.30 hingga pukul 10.30 pg
 Oleh kerana waktu utk mengambil
barang2 tu bermula jam 8.30 pg
Suami keluar rumah dlm pukul 7 lbh
Hujan lebat mengiringi perjalanan

 Sampai di Taiping hujan dh berenti

Pak guard mengambil bacaan suhu
setiap org



Setiap pelajar hanya diberi masa 20-30 minit
Dgn 10 org dibenarkan sekali masuk dorm
Dgn diawasi oleh guru

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.