31 July 2012

Tidur Yang Cerewet...

Saya mempunyai masalah tidur
yg agak kronik...
entah dari mana
sifat ni diwarisi

1) saya tak boleh tidur dirumah org lain
samada rumah saya di kampung
atau rumah mertua
ataupun kat hotel ketika bercuti...

ketika bersalin dan bermalam di hospital dulu
sekejap2 tgk jam
alahai lambatnya hari nak siang

2)saya sama sekali tak boleh tidur dalam kenderaan

3)kalau dirumah sendiri
saya tak boleh tidur/lelapkan mata
kat bilik lain/ruang tamu
hanya boleh terlena dalam bilik tidur sendiri

4)diatas katil
saya tak boleh berubah tempat
saya tidur disebelah kiri
kalau cuba2 tidur sebelah kanan
tak terlena jawabnya

5)haha..bantal saya jgn ada yg cuba amik/tukar
confirm saya tak selesa dan tak boleh tidur

6)pantang terkejut dari tidur
dgn cara yg 'kasar'..
jantung berdegup kencang dan sakit kepala

7)puas cuba pejamkan mata waktu siang
tp tak boleh
(kecuali ketika saya amik ubat2an ketika tak sihat)


ada ke org lain
yg mempunyai masalah mcm saya???

(ada sorg kenalan saya
yg mesti mandi sebelum tido
tak kira pukul berapa pun)


Nur Widad yg sgt comei ketika tido...

29 July 2012

Dadih

Selain puding,agar2,jeli
dadih juga antara yg sedap
dimakan sbg pencuci mulut
dek rasanya yg manis2 buah
lembut dan nyaman ja rasanya


perisa mangga,anggur,honeydew dan ros


yg ni perisa buah2an campuran



bertambah sedap jika dicampur
dgn nata de coco


masih panas


dah sejuk..
simpan dalam peti ais
berapa lama pun tak basi...:)






emm...dappppp..

27 July 2012

Kepala Senget...

Saya betul2 tak perasan
dan serius cakap...tak sedar

sehinggalah di 'tegur' seseorang di FB

"kepala tu senget ja
tiap kali bergambar
dulu2 suka makan leher ayam kut..."


entahlah...ia semulajadi
bukan dibuat2
atau suka makan leher ayam kecik2 dulu
menyebabkan leher saya 'terkulai'...

apa pun..otak saya tetap 'center'
bkn senget...:)

24 July 2012

Puding susu buah2an

Pencuci mulut utk
puasa hari ke 4
puding susu buah2an


bahan2 yg ringkas ja

1 paket serbuk agar2 (11gm)
2 biji telur
1/2 tin susu cair
4 cawan air
gula secukup rasa
2-3 sudu besar tepung kastad
1 tin fruit cocktail







masak agar2, air dan gula hingga larut.
pukul telur, (saya guna blender)
bersama tepung kastad dan susu cair

bila agar2 mendidih,
masukkan campuran telur dan fruit cocktail.
(masukkan sekali air dlm tin tu)
masukkan kedalam loyang/acuan dan sejukkan.

23 July 2012

Kuih muih pilihan dibulan puasa

Dah 3 ramadan hari ni

alhamdulillah masih diberi kekuatan
dan keupayaan utk
menyempurnakan tuntutanNYA..

org kata,nafsu makan dibulan puasa
pelik sikit
biasanya kita mengidamkan
sesuatu yg sukar ditemui hari2 biasa

saya sukakan sesuatu
yg manis(bkn terlalu manis) dan sejuk

tepung pelita
sedapnya jika disimpan dalam peti ais
susah nak jumpa
yg betul2 sedap


butir nangka
kuih tradisional kat kelantan

masa kecik2 dulu
bila arwah mak masak kuih ni
saya membebel
asyik2 kuih ni..asyik2 kuih ni
skrg...saya amat merinduinya
kerana yg dibeli
tak sesedap yg pernah dirasa


kuih sagu
nama pemesnya asam gumpal
antara peberet
lagi sedap kalau dlm kuah tu
dicampur dgn isi nangka yg masak meranum


kuih paling pemes dibulan posa
ondeh2 a.k.a buah melaka

kuih jala mas,nekbat,akok,puteri mandi..
oohhh nape la tekak ni
dok ngidam kelantan punya kuih muih ja..:)


22 July 2012

Tokong Ular PulauPinang

Kelmarin...dihari pertama berpuasa
selepas menghantar anak naik bas
utk balik ke UMP
terus ke Penang
hubby kata nak siapkan sikit keje kat opis
jam 12 dah siap..
bertolak balik


otw...singgah kejap kat tokong ular
saya kesini masa rombongan sekolah form 6 dulu
dah berpuluh tahun







jam 12 tghari
matahari tegak atas kepala
dgn perut berkeroncong



















udara diluar begitu nyaman
angin bertiup kencang



tp masuk kesini ja
saya pening2 lalat
dek bau colok mereka

sapa yg berani letak ular kat leher
angkat tangan...!!

tgk gambar pun saya dah geli geleman






besarnya loceng ni
kalau dipukul
mau dentumannya bergema seluruh penang









antara cenderamata yg dijual
fridge magnet
3 ketul...rm10

oleh kerana sekeluarga takutkan ular
maka satu pun
takde gambar ular haha...


21 July 2012

Salam Ramadhan Utk Semua


Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan,
dibukakan pintu langit dan ditutup pintu
neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Sabdanya Baginda lagi :

"Berjihadlah kamu dengan lapar
dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala
mujahid di jalan Allah (fi sabilillah)
dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih
diperkenankan oleh Allah
selain menahan lapar dan dahaga"


Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah
sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya.
Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya
yang berpuasa hinggakan tidur
di waktu siang juga diberikan pahala.

Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita.
Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita.
Semoga tahun ini amalan kita akan semakin
bertambah dan sempurna perlaksanaannya.
Insya Allah.
Janganlah kita termasuk
dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.




Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan
dengan penuh keimanan nescaya
diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."


Selamat berpuasa kepada semua muslimim & muslimat

20 July 2012

Marble Butter Cake


kek ni dibuat kelmarin

Biasanya saya buat kek coklat
mengunakan serbuk koko
atau serbuk coklat
ataupun milo

tp kali ni
pertama kali cuba resepi
mengunakan coklat gelap kompaun
yg dicairkan


bahan2 nya sangat simple

butter-250g
gula aising-150g
telur-4 biji
esen vanila
tepung gandum-250g
sikit baking powder
coklat gelap kompaun-50g
(cairkan-teknik double boiled)


1-pukul gula + butter hingga kembang

2-masukkan telur
sebiji demi sebiji

3-masukkan esen vanila,tepung gandum
(yg telah dicampur serbuk penaik)

4-bahagikan kpd 2 bahagian

5-satu bahagian dicampur
dgn coklat yg telah dicairkan

6-tuang adunan berselang seli dalam acuan


boleh dibakar atau dikukus


jika kek coklat
saya memilih utk mengukus
kerana ia menghasilkan kek
yg benar2 lembut dan gebu...










19 July 2012

Masjid Baru Taman Kenari

Alhamdulillah...
akhirnya penduduk Tmn Kenari
mempunyai masjid sendiri

dikhabarkan
ianya boleh digunakan utk berterawih
dan bersolat raya nanti..Insya Allah..

12 July 2012

Jus Kasturi Asam Boi (Jus Cinta)









Biasanya beli yg ready made
balik rumah,cuma tambahkan air ja
tp kali ni dgn semangat berkobar2
cuba buat sendiri


limau kasturi ni
mempunyai 1001 kegunaan

asam boi
sesetengah org letak asam boi
dalam sambal nasi lemak
utk mengurangkan pedas


potong limau kasturi
dibahagian atasnya
sumbat sebiji asam boi
kemudian rebus (tambahkan gula)


rebus sampai pekat airnya
dan limau berwarna keperangan

simpan le dalam peti ais
bila nak minum
cuma campurkan air dan ais
dgn limau tu seklai boleh dimakan...


jus kasturi asam boi ni jugak
dipanggil dgn nama jus cinta...





09 July 2012

Warming House Party

Adik ipar saya
menduduki rumah baru
hanya beberapa minit dari rumah saya


so depa buat la jamuan sikit2 utk adik beradik
utk jiran2 dan kekawan
lain kali katanya

yg kiri tu biras saya
dan yg kanan tu mak mertua
nak amik gambar mak
kena curi2 dan jgn guna flash
nanti dia terkejut,melatah pulak...

makan...gosip..makan..gosip..

mi rebus yg hampir licin


ber bbq diluar rumah
saya menyumbangkan lbh kurang 100 biji
kuih cek molek
dan setupperware coklat...licin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.