31 August 2021

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke 64

Dulu2 semasa semuanya masih normal
Pagi2 lagi saya dh kejutkan anak2
Maka semuanya terconggok depan tv
Menyaksikan perarakan hari merdeka

Makan minum depan tv

Atau kalau rajin dan sanggup mengadap jem
Suami akan ajak anak2 utk tengok
Perbarisan di Padang umum Kulim


Selamat Hari Kebangsaan Ke 64 Malaysiaku tercinta...

30 August 2021

Ada Apa Di Serdang??

Pekan Serdang
Pekan yg paling dekat dgn kediaman saya
Lebih kurang 7km saja

Disini ada la sebuah pejabat pos,sebuah farmasi,kfc..selain kedai2 runcit
Bomba,klinik kesihatan..

Ni Serdang Lake Resort
Suami kata kalau rumah kita takde letrik/air
Kita mai tido kt sini

Kalau ada yg masih ingat
21 mac 2021 yg lalu
Berlaku kejadian menyayat hati kt tasik serdang ni
2 beranak meninggal setelah kereta mereka meluncur kedalam tasik
Sianak yg berjaya keluar dari kereta
Tp masuk semula utk menyelamatkan ibunya
Akhirnya dua2 meninggal 


Serdang Lake View Resort adalah tarikan terbaru bagi KEDA Resort dan Holidays Sdn Bhd.
 Terletak di Jalan Lombong, 09800 Serdang Kedah. 
Terdapat pemandangan bukit bukau dan juga tasik di sekitar Serdang Lake View Resort.
 Serdang lake View Resort menawarkan perkhidmatan bilik penginapan seperti Standard Twin Lake View, Standard Twin Hill View, Superior Queen dan juga menyediakan kemudahan fasiliti seperti bilik mesyuarat, bilik seminar, surau, tandas awam dan sebagainya .

Ni masjid baru dibina
Masjid Al Fateh


Semua gambar diatas dipinjam dari google

Haha gambar bistro yg terbengkalai pembinaannya ja gambar saya ambil sendiri

So Selamat Datang Ke Serdang,Kedah


29 August 2021

Rezeki Pisang

Semalam abg ipar datang berkunjung
Dibawanya pisang nangka dan pisang apa ntah
Kalau kt rumah saya ni agak banyak jugak la
Sbb penghuniya 4 org ja
Anak2 kurang mkn pisang
Saya pun tak boleh lebih2 makan pisang

Di goreng sikit ja sbb anak2 kurang makan

Dibuat pengat utk minum ptg





28 August 2021

Anugerah Dekan

Tahniah anakku
Doa emak dan ayah sentiasa mengiringi
Setiap langkahmu

Masih jauh lagi
Perjalanan hidupmu
Yg pastinya tak mudah utk kau hadapi


27 August 2021

Bantuan PEKA

Alhamdulillah...dah lulus permohonan
PEDULI KESIHATAN UTK KUMPULAN B40 (PEKA)
untuk Drug Eluting Stent
Utk jantung saya
Walaupun berdebar2 utk menjalani 
proses Angiogram
Tp demi nk sihat,
Saya nk cepat2 ianya dibuat

InsyaALLAH harap2 tahun ni jgk
Ni dok tunggu pihak spital call



.











26 August 2021

Jom Menoreh Getah

 Haa jom pagi2 kita pakat p motong getah
Tp..ni bkn kebun getah saya punya
Sepupu en suami yg punya
Tumpang bergambar ja

Bersih kan kebun getahnya
Teringat kecik2 dulu
Saya suka ikut kakak p menoreh getah
Bkn p tolong pun
P cari kulat, cari kayu api

Paling suka musim biji getah gugur
Berdenting2 bunyinya
Bila ia terpelanting atas zink rumah

Kutip biji getah
Korek lubang atas tanah
Main congkak
Takpun main laga biji getah..

25 August 2021

Bird Repellent Hanging Rod

Ikhtiar utk menghalau burung merpati
Yg nk buat sarang atas syiling rumah
Amboi bkn main bising lagi bunyi mengais2...krokk krookk kook kookk...
En suami order bird repellent ni kat shopee..
Cuma gantung ja dan benda ni berpusing2
Kita yg tgk ni berpinar2 dan pening kepala

So apa kaitannya dgn burung..tanya saya

Burung pun ikut pening ke haha

24 August 2021

Angkara Kambing

Ketika mula2 saya berpindah 
masuk kerumah ni dulu
Ada 2 pokok anak betik yg tumbuh sendiri
Ada la dlm 2,3 jengkal tingginya
Kurus keding,daun kekuningan
Hidup segan mati tak mau

En suami bubuh baja,siram,buang rumput rampai disekelilingnya

Membesar bagai juara la pokok betik tu
Daun hijau elok
Batang pun besar

Saya nk petik pucuk buat ulam pun terasa sayang

Tau2 pada satu petang
Tengok2..laaa apa dh jadi dgn pokok betik ni

Suami kata kena ragut dek kambing2 jiran
Ish ish ish...
Geram betul saya..










Ini ja yg tinggal

22 August 2021

Aneka Resepi Kerabu

Bagi saya kerabu adalah pembuka selera
Gabungan rasa masam,manis,pedas
Mampu memecahkan selera dikala tiada selera utk makan
Samada dimakan bersama nasi
atau diratah begitu saja

Jom tgk koleksi kerabu yg pernah saya buatkan
Selain kerabu pucuk paku dan kerabu bunga kantan yg tiada dlm gambar

Ni dua jenis kerabu sotong
Yg diatas tu cuma celur sotong yg dipotong bulat, toskan
Kemudian campurkan jus limau nipis/Kasturi,bawang besar,cili padi dan cili merah,garam dan gula serta tomato

Yg bawah ni pulak ala2 kerabu sotong thai
Tambahkan bawang putih jeruk ,sos ikan,dan hirisan daun ketumbar dan bwg holland


Ni pulak kerabu suhun
Celurkan suhun kemudian toskan
Kemudian campurkan
jus limau,hirisan tomato,bwg besar,garam,gula dan cili merah serta cili padi





Ni dua jenis kerabu kacang botor
Yg atas tu letak ikan bilis grg,hirisan bunga kantan,daun selom,cili padi,limau nipis,garam dan gula

Yg bawah ni saya letak tomato,kelapa parut,cili merah dan cili padi
Garam,gula,bwg besar dan tomato serta jus limau


Ni kerabu nangka muda ala kelantan
Nangka muda dicelur,toskan
Tumbuk bawang merah bersama isi ikan
Masukkan sikit santan ,perasakan dgn garam dan gula dan sedikit kerisik





Kerabu mempelam a.k.a mangga muda
Pelbagai bahan yg ada didapur boleh letak
Ada yg letak hirisan bunga kantan
Udang kering,kacang tanah grg
Lain2 bahan biasa ja la
Sos ikan,jus limau,garam dan gula





Kerabu belimbing ni saya beli

Kerabu belimbing buluh dan daun selom
Hiris nipis2 belimbing buluh,daun selom
Hirisan bwg besar,sedikit isi ikan
Letakkan jus limau,cili padi,garam dan gula



Cara buat kerabu buah beka/ bonglai dan terung ni sama
Buah beka dan terung dicelur atau dibakar terlebih dulu
Tumbuk bawang merah bersama isi ikan dan lada hitam
Sedikit kerisik
Masukkan jus limau,garam dan gula 
Yg ni kerabu sare
Hanya ada kt kelantan ja

KERABU SARE (sarang = rumpai laut mentah)

~ rumpai laut biasa di jual yg kering...jd basuh sebersih2 nya hingga air jernih...kemudian rendam semalaman...basuh lagi & tos kan...sedia di hidang bersama rencah

untuk sambal kelapa

- kelapa parut secukup nya...di sangan garing
- isi ikan rebus atau ikan bakar secukup nya

* - sedikit halia
* - bawang merah
*- 3 batang serai

- tumbuk lumat semua bahan bertanda....kemudian tumbuk isi ikan...gaul sebati bersama kelapa...rasakan garam gula...

bahan tumis
- 3batang serai di ketuk
- 3ulas bawang putih di ketuk
- 2 ulas bawang merah kecik di mayang
- daun limau purut
- sekeping asam gelugur
- garam gula
- santan pekat secukup nya
- 1 sdb cili giling

- tumiskan bawang putih, merah, cili giling & serai
- masukkan santan pekat, asam keping, daun limau di carikkan
- masukkan sedikit air biasa...rasakan garam gula
- masak hingga pecah minyak & pekat

sedia di hidang bersama kerabu sare...jgn lupa sehiris limau








21 August 2021

Sejuk

Kata org Kedah sejuk gedi
Maknanya sejuk sesangat la tu

Kat rumah saya ni cuma1 bilik air ja
Yg ada water heater
Bilik Alia..
Walaupun dia tak ada tp masing2 malas 
nk tumpang mandi kt bilik dia

Bagi saya,lagi sejuk lagi puas mandi
Lagi sejuk,lagi syok tido,berselimut

Sering saya katakan pada Eleena dan Tasha
Bila lewat mandi pagi sbb sejuk
" takda org mati sbb mandi air sejuk.."

20 August 2021

Mi Hailam

Salam jumaat penuh barakah
Hujan diluar...cuaca sejuk dan nyaman..
Dah 2,3 hari tekak tak lalu
nak telan nasi
So hari ni masak mi hailam
Utk saya ja sbb ahli keluarga lain
tak boleh tidak kena mkn nasi

Sambil makan mi hailam
Sambil pantau sianak dara memasak
Lauk pauk yg ringkas2 ja

Sambal sotong


Isi ikan goreng


Dan sedikit sayur campur



19 August 2021

Sup Pemanas Badan

Sekarang musim hujan kan
Kt tempat saya ada beberapa tempat yg dah banjir
Bila cuaca sejuk dingin
Mula la mengidam nk makan benda2 panas..
Antaranya kalau dapat menghirup kuah sup...alangkah nikmatnya..

Jom tgk resepi yg mungkin boleh memberi idea yg kawan2 sekelian

Sup ni samada dimasak oleh saya araupun chef Alia ataupun anak ketiga,Eleena
Yalah..campak2 ja bahan2nya


Sup ketam dimasak oleh Eleena
Utk ibunya yg tak da selera makan

Sup gearbox


Sup cendawan tiram campur tauhu telur



Sup kepala ikan merah


Paling simple sup sayur


Sup tulang


Sup daging


Sup sayur campur


Sup ayam



Sup tauhu telur

Kebanyakan bahan membuat sup sama ja
Saya biasanya campur serbuk sup bersama sup bunjut
Dan kiub ayam
Kalau sup sayur tu letak tepung jagung

Utk lebih aroma..letak batang saleri dan daun ketumbar utk sup daging/tulang
Nak makan perahkan limau nipis,cili padi,bwg goreng..



18 August 2021

Airtangan En Suami

Alhamdulillah...DIA menjodohkan saya
dgn seorang lelaki yg penuh tanggungjawab
ringan tulang ,penyayang
Dan rajin didapur
Pendek kata,kalau saya tak sihat
Dan teringin nak mkn sesuatu
Dia akan usaha mendapatkannya
Samada memasaknya sendiri atau membelinya
Cucur udang ni dibuat utk minum ptg kelmarin
Dihidangkan bersama kuah kari,kuah sambal tumis dan sos cili...
Ha pilih ja nk cicah kuah apa
Ni antara menu kepakaran beliau



Sambal belacan yg ditumbuk
Bkn main lumat lg ya
Tp sbb dia kurang gemar pedas yg melampau
Kaler sambal ni agak kemerahan sbb byk letak cili merah



Ni saya mintak nk mkn gulai tetel
Teringin nk cicah dgn roti

Yg ni pulak gulai kacang remunggai
Dari potong,kupas semuanya dibuat sorg2 sbb saya tak larat nk bangun





Bagaimanapun ada ketikanya tak menjadi jugak
Contohnya donat ni
Ada ke patut dok grg donat
Boleh dia masuk berborak dgn saya kt bilik



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.