21 April 2017

Putu Bambu VS Serabai

Putu bambu perisa pandan
rm3/5 bini

serabai
dah berkurun tak makan ni
so tekak teringin nak makan

dicicah bersama kuah durian
boleh jugak dimakan bersama sri kaya

sayangnya dek ketiadaan selera makan
terbiar mcm tu ja

20 April 2017

Akhirnya...Ke Hospital Jua..

Semalam saya ke klinik yg biasa saya kunjungi
utk berjumpa doktor mengenai masalah kai saya yg membengkak ni/edema

ubat yg diberi sebelum ni
Rasitol-dah tak berkesan

makin hari makin bengkak 
hinggakan saya terpaksa solat duduk diatas kerusi

bila jumpa doktor
dipicit2 kaki saya ni

"I tak boleh bg U ubat dah
U kena p hospital sekarang jugak..."

gullpp...saya telan air liur

"Doc tak boleh chek kat sini ke.."
saya cuba merayu

"Sekarang ni duit tak penting dah bg saya
kesihatan U yg lebih utama.
di hospital depa ada segala kemudahan,kelengkapan.."

"now U nak pergi ke tidak.."
soalnya bila saya masih terkebil2

oklah doktor..saya mengalah


sampai di hospital Kulim
(nasib baik tak jauh mana pun)

anak saya drop emaknya ni depan jabatan kecemasan
ketika tu tak ada pesakit lain
sebaik menghulur mykad dikaunter
MA nya keluar dan terus periksa keadaan saya
diberi kad utk ke Zon Kuning (separa kritikal)

dengan hati yg berdebar2 saya melangkah masuk ke zon kuning
sebaik kad dihulur
nurse terus menyuruh saya berbaring dikatil utk pemeriksaan lanjut
sambil membebel kat saya

"mana kadnya.."

"saya takde kad,ni first time mai sini.."

"ooo...org kaya la ni..dok p swasta ja.."

"takde la nurse.."

Diambil darah,dibuat pemeriksaan jantung,di xray

semuanya mengambil masa 5 jam

terimakasih para doktor yg comel2 belaka,peramah,bercakap sambil tersenyum
terutama sekali doktor Sumaiyah

saya diberikan surat rujukan utk follow up kat Klinik desa Sg Ular
oklah..tak perlu ke hospital bila kehabisan ubat

19 April 2017

WW: Aiskrim

Menikmati aiskrim dikala cuaca panas membahang
adalah sesuatu yg amat menikmatkan 
aiskrim bukan saja disukai oleh kanak2
malah digemari oleh hampir kebanyakan golongan dewasa

Sangkaya
101 mall

Mama Miya
penang

Puncak Mutiara Cafe
Penang

Puncak Mutiara Cafe
Penang

Bukit Bendera
Penang

So mana satu pilhan hati anda..

18 April 2017

Mee Wantan

bersarapan pagi ni dengan mee wantan
rm5..not so bad..  
siap hantar ke rumah lagi pagi2              

17 April 2017

Gulai Ikan Keli Versi Utara

Bahan2:
-2 ekor ikan keli
(siang,potong dan saya rendam
dalam air yg diperah limau nipis seketika)
-1 paket rempah kari ikan
-3 ulas bawang putih
-5 ulas bawang merah
-Daun kari
-sesudu halba campur
-air asam jawa
-sebiji timun(buang empulurnya)
-daun kesum
-santan

Cara2:
-panaskan minyak masak
-masukkan bawang putih,bawang merah yg telah dimayang
-masukkan halba campur
-bila dah garing bawangnya,masukkan rempah kari ikan
yg telah dibancuh bersama air asam jawa
-biarkan mendidih dan garing
-masukkan santan
(kalau nak pekat,masukkan sedikit ja air)

-bila dah 2,3 kali mendidih
(sekali mendidih,kacau..sekali mendidih.kacau)
-masukkan ikan keli
-kemudian masukkan timun dan daun kesum
-tak perlu dimasak lama2 ya sb ikan keli tu lembut isinya
-sesuaikan garamnya..bolehlah diangkat

16 April 2017

Masak Lemak Labu

Tekak kampung
selera kampung

Labu ni dibeli 1/4 bahagian ja
sebab saya sorg ja yg makan
anak2 tak pandang pun menu mcm ni

 Masak lemak labu
campur dgn bayam
digandingkan dgn ikan gelama masam
gandingan yg awesome

untuk dia orang
saya masakkan bawak masam  manis
cukup satu lauk ni ja

11 April 2017

Kopicatz

Salam


Dengan mengenakan bayaran sebanyak RM5 seorang
pencinta2 kucing dibenarkan bermanja2,membelai2 kucing selama setengah jam

Lokasinya 


 si debab ni lekas saja mencuri perhatian kami 


anak2 masing2 meriba dan membelai kucing


berat yg ni berapa kg agaknya..


Eleena kegelian bila kucing cuba bermanja dengannya









kami keluar dari sana jam 7.30 ptg
disambut dgn panorama yg sangat cantik ni

09 April 2017

Minum Petang Di Dannet & Co

Assalamualaikum

Petang semalam lepas menghantar Eleena 
 utk belajar kereta
saya,Alia dan Tasha ke Dannet & Co

dah lama teringin nak makan dekat sini
tp disebakan datang waktu pagi utk mengering kain
kedai ni  masih belum dibuka
ianya terletak berdekatan dgn kedai dobi


 saya punya order
Creamy al funghi
 Alia punya order-fish sandwich

Dan ni Tasha punya order
chicken chop
Ya Rabbi budak ni
saya makan tak sampai separuh lagi
kakaknya makna baru beberapa suap
dia dah licin
cuma yg saya tak puas hati
saya order jus apple
tp jus apple yg diberi adalah yg dalam kotak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.