22 November 2016

Ikan Gelama Masam

Entri ringkas ja hari ni

hujan2 ni tekak nak makan yg pelik2...panas2..
dah lama dok mengidam sigelama masam ni
akhirmnya dapat..dgn harga rm10/5 ekor

(rendam dulu lbh kurang setengah jam
sebelum digoreng)
anak2 mmg tak makan la makanan
 mcm ni
masa goreng pun depa cakap bau busuk hehe

kalau ada ikan gelama tu
mesti partnernya sayur masak lemak
so  jadilah petola campur kobis masa lemak

18 November 2016

Chicken Lemon with Honey Grilled

Kadang2 tekak ni menolak nasi
mengada2 betul tekak ni
lebih2 lagi makanan pedas2.....langsung takleh telan

So minta chef  in da house buatkan
ayam madu lemon ni
Alia perapkan ayam ni semalaman

seketul pun dah kenyang

17 November 2016

Mulberi

Betul lah kata org
pokok mulberi ni senang sangat nak tanam

ni saya minta rantingnya yg dipotong oleh jiran sebelah
seminggu dicucuk dalam pasu
dah mula keluar tunasnya

setelah 2 minggu
mula keluar bunganya


buah sulung
tuaian sulung
yg kaler hitam tu mmg manis

16 November 2016

Ditawarkan Kerja Di Kedai Makan

Alhamdulilah...
dah dapat CPU komputer yg baru
anakanda kat KL belian dan poskan..disetting siap2
guna windows1 lagi

so bila sampai kat rumah
Alia tolong cucuk2 kan segala kabel ja

Baru2 ni..alkisanya saya teringin nak makan nasi kerabu
so bersaa Alia,saya ke warung Kak su didepan masjid Kulim tu
oleh sebab bkn hari minggu..pelanggang tak ramai

Ketika nak bayar
dok sembang2 punya sembang
sebab saya tau tuan punya warung tu orang kelantan

Dia mengeluh takda pekerja..kelam kabut jugak la kalau time ramai pelanggang
so dia offer saya bekerja dengannya
dia punya serius sampai sanggup hantar saya balik
jika kerja dgnnya

pujuk punya pujuk..bodek punya bodek..
selangkah  saya berjalan nak ke kereta..selangkah dia mengikutinya

last2 saya cakap akan tanya suami dulu
akan bincang dgn anak2 dulu

Akhirnya dapat jugak saya melepaskan diri

dan rasanya itu kali pertama dan terakhir saya makan kat situ..

07 November 2016

Makan - Makan Di Boat Noodle Sunway Carnival Mall

Boat noodle-Sunway Carnival Mall
ni petang hari terakhir si abang berada dirumah
gambar diambil utk dihantar pada siayah di Johor


rm1.90 mi ni..
so kami oder 6 mangkuk


 kra-pow chicken rice
rm11.90

yg ni super sedap
rotinya tersangat lembut- dikukus
Sangkaya bermaksud 'kastard'..

 yum meatball-rm8.90
sos dia...pedas ditekak saya
terimakasih pada sianak yg belanja

05 November 2016

Pameran United Buddy Bears Di Padang Kota Lama

Assalamualaikum
Apa kabar semua..
Ya ALLAH..rasa mcm dah terlalu lama membiarkan blog ni tanpa entri baru
bukan takde cerita..tapi dek komputer rosak
(tunggu hujung tahun kut baru boleh tukar baru)
dan laptop pulak slow sesangat

Rasanya penduduk sebelah utara ni
sedia maklum tentang Pameran United Buddy Bears (UBB)
di Padang Kota Lama,Penang
yg berlangsung selama 2 bulan
September-Oktober
ada la jugak terpalit dgn sedikit kontroversi..


So ketika anak sulung balik bercuti sempena deepavali lps
adik2 dan mak nya tak melepaskan peluang utk kesana

 kami sampai jam 11.30 pagi
masih tak ramai pengunjung lagi
cuaca pun sekejap anas sekejap redup...berangin..
 pameran disertai 168 buah negara



mak budak pun nak join jugak





yg ni Malaysia punya




 
hye..I,m from Georgia

 
and I,m from Guatemala

Baru separuh padang menapak
saya mengalah..membiarkan anak2 menyaksikannya sendiri
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.