31 March 2020

Salad

Salad..hidangan popular bg yg nak berdiet
Kenyangkah mkn salad???

Bagi saya ianya mmg mengenyangkan
Apatah lg hidangan ni boleh dipelbagaikan
dgn campuran yogurt,mayonis,minyak zaitun,cuka dll

Yg ni salad sayur2an
Letak tomato ceri,hirisan kobis
Nk tambah sayur2an lain pun boleh

Salad buah2an
Gaulkan ja berbagai jenis buah2an
dgn yogurt,mayonis
Sejukkan...so sedap


Salad cajun ayam goreng


Macaroni salad

30 March 2020

Puding Karamel



Puding karamel yg dibuat oleh chef Alia kelmarin
Meskipun dah ada selera nk makan
Tp saya tak boleh mkn ikut selera pulak
Sekadar sesuap dua je
buat melepaskan rasa teringin

Sejak diperintahkan dok kt rumah ni
Memasak ,makan,masak,makan
ja kerja 3 beradik tu..

28 March 2020

Aiskrim

Cuaca panas sekarang ni
mkn aiskrim ni..fulamakk...

27 March 2020

Alhamdulillah...Dah Habis..


Kelmarin 26 hb
seperti yg diminta pihak hosp kulim
saya kesana bersama suami
Kalau bkn kerana wabak yg melanda
dah angkut anak2 sekali buat teman berbual

Rasa 'seronok' pulak..
Jalanraya lenggang
Kedai2 semua tutup
Dan tak susah nk cari parking
kt spital
Tak ramai org

Setelah discan suhu badan
saya dan suami dibenarkan masuk

Kami ke wad 3
Dan tak perlu menunggu lama
Katil telah disediakan

Datang nurse,cucuk jarum kt tgn
Kemudian on kan ubat
Saya tgk laju jgak ubat tu 'berjalan'
Lbh kurang sejam dh abis

Kemudian dtg lg nurse.
Ni sbnrnya ubat utk testing ja
Bkn betul2
Kami nk tgk reaction badan akak
boleh terima ke tak ubat ni
Akak ok..kan..

Ya..ok..jwb saya dgn muka seposen

Lps rehat sejam
Pukul 1 tghari
Baru dimasukkan ubat yg betul ni
Kena tunggu lbh kurang 3 jam baru habis

Maka duduklah saya terconggak
Kt atas katil tu
Sbil membilang titisan ubat yg turun

Akhirnya jam 4 lbh baru abis
Ohhh...saya seolah dh serik
Jika diminta utk mengulanginya lg

Harap2 ubat ni berjaya la
menambah darah saya
Dah tak sabar utk buat angiogram

25 March 2020

WW: Mari Makan Spageti


Biasanya saya minta Alia 
Masakkan spageti bila tekak tak lalu nasi
/

 Spageti bolognese


Creamy al funghi

Carbonara


Spageti aglio olio


24 March 2020

Panggilan Dari Hospital


Beberapa hari lepas
Pihak hospital kulim call
Minta saya kesan pd 26 hb ni
Utk proses memasukkan iron
kali kedua

Setelah kali pertama dulu
Sepatutnya 2 minggu berikutnya
kena kesana lg

Tp dek kekalutan wabak yg melanda
Terlewat la sikit

Sebenarnya saya agak takut2
utk ke hospital
dlm keadaan sekarang
Yalah dgn sistem imun badan yg lemah
mudah sgt dijangkiti

Kalaulah ini cuma follow up biasa
Saya dh minta postpone dh

23 March 2020

Surat Cinta Untuk Anak2ku







SURAT CINTA UNTUK ANAKKU



Anakku...
Bila aku tua,
andai aku jatuhkan gelas atau terlepas piring dari genggamanku,
 Aku berharap kamu tidak
menjerit marah kepadaku,
karena tenaga orang tua sepertiku semakin tidak kuat,
badanku pun sakit-sakit.
Pandangan mataku semakin kabur.
Kamu harus mengerti dan bersabar denganku.
💌
Anakku
Bila aku tua,
andai tutur kataku lambat/pelan
 dan aku tidak mampu mendengar apa yang kamu katakan,
 Aku berharap kamu tidak menjerit padaku,
"Ibu tuli kah ?",
"Ibu bisu kah?"
Aku minta maaf anakku.
Aku semakin MENUA...
💌
Anakku...
Bila aku tua,
andai aku selalu saja bertanya tentang hal yang sama berulang-ulang,
 Aku berharap kamu tetap sabar mendengar dan melayaniku,
seperti aku sabar menjawab semua pertanyaanmu saat kamu kecil dulu,
semua itu adalah sebagian dari proses MENUA.
Kamu akan mengerti nanti bila kamu semakin tua.
💌
Anakku...
Bila aku tua..
andai aku berbau busuk,
 hamis dan kotor,
Aku berharap kamu tidak tutup hidung atau muntah di depanku,
 dan tidak menjerit menyuruh aku mandi.
Badan aku lemah,
 Aku tidak ada tenaga untuk melakukan semua itu sendiri.
Mandikanlah aku seperti aku memandikanmu semasa kamu kecil dulu.
💌
Anakku...
Bila aku tua,
seandainya aku sakit,
temanilah aku,
 aku ingin anakku berada bersamaku,
 dan ketika waktu kematianku sudah tiba, aku berharap kamu akan memegang tanganku dan memberi kekuatan untuk aku menghadapi kematianku.
Jangan cemas,
jangan menangis,
hadapi dengan iman.
Aku berjanji padamu,
bila aku bertemu Allah,
Aku akan berbisik kepadaNya supaya senantiasa memberkati dan merahmati kamu
 kerana kamu sangat mencintai dan taat padaku.

Terima kasih banyak karena mencintaiku...
terima kasih banyak kerana telah menjagaku...
Aku mencintai kamu lebih dari kamu mencintai dirimu sendiri..
💌

21 March 2020

Timun Tikus



Timun Tikus adalah tumbuhan liar yang biasanya hidup menjalar dan melilit pokok. Buah timun tikus yang masih muda boleh dimakan atau dijadikan ulaman dan rasanya seakan-akan rasa timun biasa.

Nama Lain dari timun ini adalah Terung Kemal, Terung gemal, Akar Bukit. Timun Tikus bersifat menjalar, berbunga atau dengan kata lain masuk dalam keluarga Cucurbitaceae.

Pokok timun memiliki 35 species di seluruh dunia yang tumbuh di daratan Afrika, Autralia, Oceania hingga ke Asia.

Tikus timun adalah sejenis tumbuhan liar yang berwarna hijau dan kemerah-merahan apabila sudah tua yang biasanya kita temui di pekarangan rumah atau di dalam hutan.

Tumbuhan ini seperti timun biasa, yang membezakan hanya dari saiznya yang sekecil jari tangan. Daun dan batang juga kecil tidak seperti timun biasa yang mempunyai daun dan batang yang lebih besarTumbuhan ini seperti timun biasa, yang membezakan hanya dari saiznya yang sekecil jari tangan. Daun dan batang juga kecil tidak seperti timun biasa yang mempunyai daun dan batang yang lebih besar



20 March 2020

Jom Makan Buah-Buahan

Teringat2...terngiang2..
lagu tentang buah2an yg diajar
oleh cikgu pelatih masa saya form 1 dulu
Seronok bkn main waktu tu
sbb diajar mengunakan slide dan audionya kuat bergema

Duku lamgsat dan buah nangka
Buah betik dan buah jambu
Kalau makan buah2an
Sihat seluruh badan

Rasa limau manis
Belimbing cempedak dan durian
Harga tidak mahal
Dijual dikedai atau dipinggor jalan..

Ha mcm tu la lagunya












19 March 2020

Keluarga 69


Betul2 mcm dlm filem P Ramlee
 -Keluarga 69
Alkisahnya selasa lps telah berlangsung
majlis akad nikah abg ipar saya (duda)
dgn pasangannya, Cik Ida
Org sekampung jugak


Isteri abg Rahman ni
meninggal dunia 2 th lepas
Akibat kanser darah

Manakala isteri barunya adalah ibu tunggal
Perkahwinan pertamanya,
suaminya meninggal dunia
Arwah suaminya adalah bapa sedara kpd biras saya

Lps tu dia kawen lagi
namun jodoh tak panjang
Tp saya tak pasti
Ketika anaknya berkahwin dgn
anak abg ipar saya ni
Dia dh bergelar ibu tunggal ke belum
Anak2 abg ipar saya semuanya telah berkahwin
Manakala sebelah isterinya 
masih ada 3 org lg yg solo
Jodoh dikala masing2 dh bercucu
Cik Ida ni
(Bkn cik sbb belum kawen
tp dh namanya mcm tu)
adalah besan pada abg ipar saya
Oleh sbb perintah kerajaan melarang sebarang majlis
Kenduri sabtu ni dibatalkan
Cuma ada sikit jamuan utk jiran tetangga

18 March 2020

Covid- 19

*Buat sementara waktu ni, sila tangguh kenduri kahwin. Hanya yang nak kahwin bini muda sahaja dibenarkan sebab memang dari dahulu ia dibuat senyap-senyap tanpa menjemput ramai orang pun.*

Hahaha...ada yg buat 
lawak pulak disaat2 genting mcm ni 

17 March 2020

Ubat Jardiance


Ubat ni diberi doc
ketika saya ada temujanji awal bln ni
Kata doc pakar yg memberinya
ubat ni masih baru di Malaysia
Harganya pun boleh tahan
Lebih kurang rm200 sekotak
Dlm sekotak tu ada 10 biji tablet ja
Dia ng 5 kotak,byhand
Bkn ambil kt farmasi hospital

Kesannya ya ampun
Rasa mcm nk tido dlm bilik air
Siap pakej rasa mual,kembung perut
byk buang air dan cherry berry
Mungkin lain org lain kesannya
Ubat ni utk merawat masalah jantung 
dan menambah darah


15 March 2020

Mykori


Amboiii..bkn main seronok
3 beradik ni pi berjimba di Mykori
Honeydew kakikori tu rm26
Kalau si emaknya ikut sekali
Idok le teman nk mengodernya




Heran saya dgn selera anak2 ni
Makanan ala jepun,korea suka sgt mkn
Saya..mungkin sbb faktor usia dh kut
Cari nasi jugak..

13 March 2020

Kuih Sema


Ada yg pernah dengar nama kuih ni tak..
Ni kuih sema a.k.a gula tarik
Makanan tradisional org2 kelantan dan terenganu



Setelah berpuluh2 tahun tak makan kuih sema ni
Saya meminta adik di kelantan mengirimnya
bersama sedikit barang2 lain

Bahan utk membuatnya cuma gula dan tepung gandum
Tp prosesnya tu sedikit renyah

12 March 2020

Buah2an Yang Rare

 Pernah tak dlm hidup ni
sesekali rasa teringin
utk menikmati makanan/buah2an
yg pernah kita mkn dizaman kanak2 dulu

sayangnya ianya takda dijual di pasaraya atau kedai buah

ni buah kemunting
jika ditanya anak sekarang
pasti mengeleng kepala,tak kenal

buah kundang/setar/remia
saiz ja berbeza


buah markisa
rasanya kt Cameron Highlands
ja yg ada ditaman pokok markisa ni
markisa

 buah seralat
di Kelantan dipanggil buah mentega

 kerian rasanya manis2 kelat




buah sntul/setol

11 March 2020

Bertahniq

 Alhamdulillah
Cucu sulung telah ditahniqkan oleh
Imam dari Palestine

Semoga Arash membesar sbg lelaki
yg cintakan agamanya,ibubapanya..


Pandai ja dia tenung muka tuan imam tu
Siap tersenyum lagi

09 March 2020

Resepi Kerabu Nangka Muda Versi Kelantan

BAHAN - BAHAN 

 Nangka putik ( biasanya kalau beli di pasar, 
dah siap buang kulit )

 2 ekor ikan dibakar dan diambil isi sahaja 

5 ulas bawang merah

 1/2 sudu teh lada hitam 

2 - 3 sudu besar kerisik 

Santan secukupnya ( kalau boleh santan segar, perah sendiri )

 Garam dan gula secukupnya 

Budu secukupnya

 CARA - CARA 

 1. Nangka putik bersihkan dan potong dalam ketulan sederhana senang nak rebus nanti

 2. Sediakan periuk masukkan air secukupnya dan letak nangka putik, siap sedia untuk direbus sehingga empuk 

3. Setelah empuk angkat dan toskan 

4. Seterusnya, bawang merah dan lada hitam ditumbuk sehingga halus

5. Masukkan isi ikan dan tumbuk lagi, kemudian masukkan kerisik dan boleh gaul rata

 6. Jangan lupa perasakan dengan gula dan garam secukupnya

 7. Sediakan satu mangkuk besar dan masukkan nangka yang telah ditoskan,

 kalau macam ada lagi ketulan boleh hiris lagi nipis

8. Masukkan bahan tumbuk dan gaul sebati,
 kemudian masukkan santan secukupnya, 
santan ni kalau nak berkuah sikit, boleh lah masukkan banyak sikit.

sedap diratah mcm tu ja
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.