18 May 2017

Sudu & Garfu Candy Crush @ KFC


Kata Alia,dia ada suprise utk emak..
semasa membuat pesanan kfc,saya cuma tunggu dimeja
tup2 bila pesanan sampai
tu dia...
ada 4 corak sudu dan garfu Candy Crush
(dia tau saya pemain tegar candy crush)

dengan setiap pembelian RM 30 
anda layak membeli satu set sudu dan garfu ni pada harga RM3..

16 May 2017

Kejutan Hari Ibu Oleh Anak2...


Kelmarin Alia keje syif pagi
pukul 6-3 ptg
dan dia wasap saya
nak bawak mak keluar kat satu tempat malam nnt
saya tak beri apa2 respon..

lepas solat magrib
beriya2 dia mengajak saya kelaur
berbagai pujuk rayu kerana saya enggan keluar malam2

saya menyuruhnya keluar bersama adik2 ja kalau nak makan
tp katanya ayah tak benarkan mereka meninggalkan mak sorg2 kat rumah

akhirnya saya akur(keluar dgn perasaan malas)

Dia membawa saya ke Charcoal

Diatas sebuah meja saya tgk ada jambangan ros dan belon

"mak..duduk sini.." kata Alia

oohh..suprise hari bu...

semua menu dah siap dioder
pandai depa 3 beradik ya
dgn si abang yg kat  Putrajaya tu pun terlibat sekali











 






terimakasih la ya anak2


15 May 2017

Kafe Roti Bakar


Dengan selera makan kejap ok..kejap tak..
saya suka melayan selera makan bila ada selera nak makan
jimat masa,jimat tenaga heehee

Pagi semalam melayan selera bersama anak2
kat Kafe Roti Bakar,Giant
bersarapan sekaligus makan tengahari sekali





tu dia..tengoklah depa punya selera makan
masing2 oder 2 hidangan dan 2 air seorang
saya punya nasi goreng
tu pun minta waiter tu
tlg bungkuskan..tak abis makan..!!


13 May 2017

Sakitnya Tu Disini

Khamsi 11 hb yg lepas
saya da temujanji dgn doktor
di Klinik kesihatan Kulim

saya kesana seawal jam 7 pagi
sampai2 ja dah hampir 50 org yg dok tunggu
sedangkan kaunter dibuka jam 8 pagi
ok..letak ja kad..dan mula lah sesi menunggu sambil mengantuk..

tiba giliran saya jumpa doktor
terkejut dia bacaan gula saya naik mendadak
sedangkan sbelum ni cun ja angkanya

dia tanya saya makan apa
saya katanya dok amalkan koko minda
uihh patutlah..manis tu
milo/koko...langsung takleh minum...

saya langsung takde selera makan..letih lesu..
so diarahkan utk dimasukkan sebotol air

uuhh sakit jugak la sejam menunggu air tu habis menitik 
setitik demi setitik
saya minta nurse tutupkan langsir
dan terlelap la seketika
dgn sejuk aircond,dgn muzik perlahan,dgn sunyinya..
bila terjaga ..alamak baru separuh air yg masuk badan saya

dah habis...jumpa doktor semula
"haa baru nampak segar sikit.."
usik doktor.

Bila kita kat spital/ klinik
baru oleh tgk macam2 sakit manusia ni
beratus2 org dgn beratus2 mcm penyakit

10 May 2017

Kafe Nana's Classic


Alhamdulillah..
selera makan dah datang sedikit
tak la asyik minum air ja 24 jam
walaupun kdg2 tgk nasi dah meremang bulu roma dek tak lalu

So petang semalam ajak Alia keluar
tak plan pun nak ke sini-Nana's classic ni
plan nak pekena cendul pulut durian

tak apalah..lain kali ja

ok..ni dia Nana's Classic tu
terletak di taman Kempas
deko dalamamnya mmg ohsem
kaler hijau-putih..menyegarkan mata


chicken grill dan fish & chips




ditekak saya western foodnya biasa2 ja rasanya

tp kueteow goreng kerang ni mmg menyengat
nampak sedikit tp buila di kuis2..berlambak
mengah jugk nak habiskan

kami tapau nasi goreng lamb chop

totaly harganya  rm58...

30 April 2017

Sarapan Di Urban Inn

Sejak Alia bekerja sbg chef di Urban Inn ni
dah beberapa kali dia ajak makan2 kat sini
tp seringkalui ditolak
kalau yg ditapau,diorder tu dah biasa
tp katanya tak sama makan kat sana dgn yg ditapau

so ahad lepas suami pun mengajak saya kesini
niat nak suprisekan chef Alia

tp sebaik kereta berenti didepan Urban Inn ni
dia dah nampak
terus melambai2
sambil tanya nak datang sarapan kat sini ke 


2 biji oren diblend utk satu gelas
tanpa gula

ni air gulanya jika nak manis

 saya order fish & chips
nampak kecik dan sikit ja tp saya mampu makan separuh ja


28 April 2017

Seoul Garden,Juru Auto City


Assalamualaikum
Datang kesini pada minggu lepas
tp disebabkan saya berulang alik ke hospital kulim
ke klinik kesihatan 
maka entri ni tertunda pulak

Anak lelaki balik bercuti 21 hb lepas
so dia yg bawak sekaligus belanja mak dan adik2nya kat Seoul Garden ni

Jika pembaca semua pengemar steam boat
dgn berpuluh2 jenis pilihan makanan 
di Seoul Garden ni la tempatnya

2 jenis sup yg boleh dipilih pada satu2 masa
anak2 memilih sup ayam yg tak pedas utk emaknya
utk depa pilih tomyam yg super pedas
 ayam yg diperap tu sedap dibakar
 pelbagai pilihan seafood

kimchi
last sekali kami sudahi dgn makan aiskrim ,kek dan buah2an

fuhh...kalau larat makan...
duduklah kat situ dari pagi sampai petang pun
kalau perut 'besar'..makanlah sampai tak larat nak bangun
harganya..boleh pokai kalau melayan selera kat sini tiap minggu

21 April 2017

Putu Bambu VS Serabai

Putu bambu perisa pandan
rm3/5 bini

serabai
dah berkurun tak makan ni
so tekak teringin nak makan

dicicah bersama kuah durian
boleh jugak dimakan bersama sri kaya

sayangnya dek ketiadaan selera makan
terbiar mcm tu ja

20 April 2017

Akhirnya...Ke Hospital Jua..

Semalam saya ke klinik yg biasa saya kunjungi
utk berjumpa doktor mengenai masalah kai saya yg membengkak ni/edema

ubat yg diberi sebelum ni
Rasitol-dah tak berkesan

makin hari makin bengkak 
hinggakan saya terpaksa solat duduk diatas kerusi

bila jumpa doktor
dipicit2 kaki saya ni

"I tak boleh bg U ubat dah
U kena p hospital sekarang jugak..."

gullpp...saya telan air liur

"Doc tak boleh chek kat sini ke.."
saya cuba merayu

"Sekarang ni duit tak penting dah bg saya
kesihatan U yg lebih utama.
di hospital depa ada segala kemudahan,kelengkapan.."

"now U nak pergi ke tidak.."
soalnya bila saya masih terkebil2

oklah doktor..saya mengalah


sampai di hospital Kulim
(nasib baik tak jauh mana pun)

anak saya drop emaknya ni depan jabatan kecemasan
ketika tu tak ada pesakit lain
sebaik menghulur mykad dikaunter
MA nya keluar dan terus periksa keadaan saya
diberi kad utk ke Zon Kuning (separa kritikal)

dengan hati yg berdebar2 saya melangkah masuk ke zon kuning
sebaik kad dihulur
nurse terus menyuruh saya berbaring dikatil utk pemeriksaan lanjut
sambil membebel kat saya

"mana kadnya.."

"saya takde kad,ni first time mai sini.."

"ooo...org kaya la ni..dok p swasta ja.."

"takde la nurse.."

Diambil darah,dibuat pemeriksaan jantung,di xray

semuanya mengambil masa 5 jam

terimakasih para doktor yg comel2 belaka,peramah,bercakap sambil tersenyum
terutama sekali doktor Sumaiyah

saya diberikan surat rujukan utk follow up kat Klinik desa Sg Ular
oklah..tak perlu ke hospital bila kehabisan ubat

19 April 2017

WW: Aiskrim

Menikmati aiskrim dikala cuaca panas membahang
adalah sesuatu yg amat menikmatkan 
aiskrim bukan saja disukai oleh kanak2
malah digemari oleh hampir kebanyakan golongan dewasa

Sangkaya
101 mall

Mama Miya
penang

Puncak Mutiara Cafe
Penang

Puncak Mutiara Cafe
Penang

Bukit Bendera
Penang

So mana satu pilhan hati anda..

18 April 2017

Mee Wantan

bersarapan pagi ni dengan mee wantan
rm5..not so bad..  
siap hantar ke rumah lagi pagi2              

17 April 2017

Gulai Ikan Keli Versi Utara

Bahan2:
-2 ekor ikan keli
(siang,potong dan saya rendam
dalam air yg diperah limau nipis seketika)
-1 paket rempah kari ikan
-3 ulas bawang putih
-5 ulas bawang merah
-Daun kari
-sesudu halba campur
-air asam jawa
-sebiji timun(buang empulurnya)
-daun kesum
-santan

Cara2:
-panaskan minyak masak
-masukkan bawang putih,bawang merah yg telah dimayang
-masukkan halba campur
-bila dah garing bawangnya,masukkan rempah kari ikan
yg telah dibancuh bersama air asam jawa
-biarkan mendidih dan garing
-masukkan santan
(kalau nak pekat,masukkan sedikit ja air)

-bila dah 2,3 kali mendidih
(sekali mendidih,kacau..sekali mendidih.kacau)
-masukkan ikan keli
-kemudian masukkan timun dan daun kesum
-tak perlu dimasak lama2 ya sb ikan keli tu lembut isinya
-sesuaikan garamnya..bolehlah diangkat

16 April 2017

Masak Lemak Labu

Tekak kampung
selera kampung

Labu ni dibeli 1/4 bahagian ja
sebab saya sorg ja yg makan
anak2 tak pandang pun menu mcm ni

 Masak lemak labu
campur dgn bayam
digandingkan dgn ikan gelama masam
gandingan yg awesome

untuk dia orang
saya masakkan bawak masam  manis
cukup satu lauk ni ja
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.